PENYOKONG KERAJAAN SEBAR NEGARA YANG LAKSANAKAN PERINTAH DARURAT TANPA JELAS SEBAB



FAEZUDIN PUAD


1. Sejak semalam kelihatan penyokong kerajaan mula menyebarkan senarai negara yang melaksanakan perintah darurat. Antara negara yang disenaraikan seperti Perancis, Jepun, Sepanyol dan Thailand.

 

2. Saya faham tujuan mereka untuk yakinkan rakyat. Tetapi apakah mereka terangkan jenis darurat yang dilaksanakan oleh negara-negara tersebut? Tidak.

 

3. Saya berikan sedikit penerangan. Menurut laporan, Jepun isytihar darurat pada 16 April 2020 dengan memberi kuasa kepada Gabenor untuk melaksanakan perintah berkurung atau kuarantin selama sebulan. 

 

4. Begitu juga dengan Perancis, melaksanakan perintah berkurung selaras dengan pengisytiharan darurat. Perintah ini berkuat kuasa mulai 17 Oktober 2020 dari 9 malam hingga 6 pagi di wilayah Ile-de-France dan lapan bandar lain. 

 

5. Darurat di dua negara Jepun dan Perancis lebih kurang sama seperti langkah kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal Mac tahun ini bertujuan menghadkan pergerakan rakyat. Cuma Malaysia tidak isytihar darurat. 

 

6. Memadai la contoh dua negara. Setakat ini saya tak nampak lagi mana-mana laporan mendakwa darurat di dua negara ini menggantung parlimen daripada berfungsi seperti biasa atau bertujuan mengekang pergerakan ahli parlimen. 

 

7. Sekiranya ada, boleh tunjuk. 

 

Sekian, Wallahualam.

 

 


No comments: