Sunday, October 18, 2020

MUHYIDDIN PUN TAK DEDAH SOKONGAN KEPADA BELIAU.


Image may contain: 3 people, text that says "Malaysia SPROUT YOUR MIND Gazette Home Politik Muhyiddin dulu pun tak dedah nama siapa penyokongnya Puad POLITIK Muhyiddin dulu pun tak dedah nama siapa penyokongnya -Puad By Muhammad Azizul Osman- 17 October 2020 ញ"

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun tidak mendedahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Itu kritikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi terhadap isu menamakan ahli Parlimen mana yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM).

“Soalan paling popular sekarang ini ialah “Do you have numbers?”

“Ramai yang lupa, masa Muhyiddin mendapat perkenan YDPA (Yang Dipertuan Agong) sebagai PM tidak berbangkit pun soal senarai nama.

“Yang penting ialah nombor. Jumlah yang sokong Muhyiddin hanya diketahui apabila berlaku pengundian memilih speaker. Rupanya Muhyiddin ada 113 sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Puad berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terkejut bila Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan kukuh untuk menubuhkan kerajaan baharu.

“Mahathir bertambah gerun bila UMNO mahu bagi ultimatum kepada Muhyiddin. Semua itu kalau berlaku akan menamatkan riwayat politik Mahathir. Meminjam ayat Kadir Jasin, Mahathir tidak tahu nak hidup tanpa kuasa.

“Dalam senarai Anwar, pasti tidak ada nama Mahathir. Tetapi mungkin ada nama Maszlee, Dr Shaharuddin dan Amiruddin,” katanya lagi.

Isu pertukaran kerajaan masih lagi berpanjangan apabila Anwar dengan tegas mendakwa proses rakaman keterangan beliau di Bukit Aman semalam merupakan arahan politik kepada polis untuk menekannya untuk mendedahkan nama-nama ahli Parlimen yang menyokongnya.

Presiden PKR itu berkata, mengikut pemahaman beliau sepanjang proses rakaman keterangan oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman jelas menunjukkan enam kertas siasatan ke atas beliau bermotifkan politik.

Anwar pada 13 Oktober lalu mendakwa mempunyai jumlah sokongan yang kuat bagi menggantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar menghadap YDPA pada Selasa lalu untuk mempersembahkan dokumen sahih sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen terhadapanya.

Dokumen itu, kata Anwar, berbentuk akuan bersumpah dan pengesahan ketua-ketua parti yang menyatakan sokongan kepadanya untuk membentuk kerajaan baharu. – MalaysiaGazette

 

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers