Mat Sabu minta Muhyiddin letak jawatan secara terhormat


WARTAWAN SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan secara terhormat.

Menurutnya, ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai parti akan mencari jalan terbaik untuk membentuk kerajaan dan menyelamatkan Malaysia serta rakyat

"Menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang menolak pengisytiharan darurat.

"Kami meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan secara terhormat," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini semalam.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini buat masa ini.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat

Katanya, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan ketika ini berjaya menangani wabak koronavirus (Covid-19) dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini dari terus merebak.

Al-Sultan Abdullah berpendapat, tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.

Permohonan dikemukakan ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini



No comments: