JIKA MAHU KEPADA KEADILAN HARUSLAH MENYOKONG ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM - GERAK98 PAHANG



Kita faham dilema yang dihadapi oleh beberapa pimpinan Umno sekarang ini. semua tahu mereka tidak berpuas hati dengan PM, Muhyiddin Yassin yang jelas telah membuli parti yang memiliki jumlah Ahli Parlimen teramai di dalam kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional sekarang.

Namun, pemimpin Umno terutamanya yang ada kes di mahkamah merasa bimbang sekiranya Umno membuat keputusan yang tidak mengikut kemahuan Muhyiddin. Khabarnya telah ada ugutan demi ugutan telah dibuat bagi memaksa Umno terus menyokong PM dan kerajaan sekarang. Pemimpin Umno tahu bahawa di alangan menteri kanan kerajaan Perikatan Nasional itu juga terdapat beberapa orang yang ada kes, contohnya kes semburit, kes pembelian helikopter dan sebagainya, tetapi mereka semua selamat kerana berada di bawah kerajaan pintu belakang. Bagaimana pula dengan nasib pemimpin Umno sekiranya tidak mengikut kemahuan Muhyiddin?

Kita mahu pemimpin-pemimpin Umno buat keputusan yang bijak demi kebaikan mereka. Sekiranya mereka mahukan kes mereka diadili di mahkamah dengan adil tanpa campurtangan dari sesiapa dan membolehkan mereka mempertahankan diri masing-masing, maka memilih untuk menyokong Muhyiddin satu kesilapan besar. Apakah kamu yakin Muhyiddin akan bertindak adil seperti yang kamu harapkan?

Mereka tiada pilihan jika mahu melihat keadilan itu terlaksana melainkan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim sebagai PM bagi membolehkan reform institusi khususnya mahkamah itu dilaksanakan. Ya, Anwar Ibrahim sudah pasti tidak akan membantu kamu untuk melepasi undang-undang tetapi yang pasti Anwar Ibrahim tidak akan mencampuri urusan mahkamah setelah institusi kehakiman dan mahkamah yang ada sekarang ini diperbetulkan. Kamu pasti akan diadili oleh mahkamah yang adil tanpa campurtangan eksekutif lagi. Ini reformasi yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim.

Terpulanglah kepada semua Ahli Parlimen sekarang, samada mahukan sebuah kerajaan yang akan dibersihkan dari amalan rasuah, kronisma dan salahguna kuasa atau mengekalkan kerajaan tanpa mandat rakyat ini yang penuh dengan ketidakadilan serta bobrok ini. Jika kamu masih yakin kerajaan sekarang ini mampu memberikan keadilan kepada kamu,. itu hak dan pilihan kamu. Jangan nanti apabila kamu sudah terjerat dan dizalimi, barulah kamu mahu bercakap soal keadilan. Mungkin sudah terlewat ketika itu.

Masa dan peluang masih ada. Memilih Anwar tidak merugikan Umno kerana Anwar tidak pernah bercita-cita untuk memusnahkan jauh sekali mengharamkan Umno. Bagaimana dengan Muhyiddin dan Bersatu? Anwar sanggup berdepan dengan Umno secara anak jantan di gelanggang politik bukan seperti Muhyiddin yang sentiasa mencari tempat berlindung termasuk Istana untuk memperkuatkan dirinya.. Apabila beliau merasa sudah kuat, tunggulah nasib yang bakal menimpa Umno. Jika mahu selamat, Umno harus bernaung di bawah kerajaan yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak pendendam dan menghormati keluhuran undang-undang dan perlembagaan, iaitu Anwar Ibrahim.

#MuhyiddinOut

#AnwarIn

WAN FAUZULDIN WAN SAMAD

Pengerusi GERAK98

Negeri Pahang

No comments: