BETULKAH AJARAN SESAT PROF DR WAN MASERI WAN AHMAD TIDAK PERNAH DIAJAR DI DALAM PAS?




Sebelum saya mengulas panjang, kita baca dulu apa yang dinyatakan oleh PJ Pas Pahang, YB Us Rosli Abdul Jabar di dalam isu ini:


KENYATAAN MEDIA PAS PAHANG BERHUBUNG DENGAN ISU PENDEKATAN AJARAN PROF DR WAN MASERI WAN AHMAD.


Berikutan tersebarnya berita di media sosial dan banyak persoalan di bangkitkan berkaitan pendekatan ajaran Prof Dr Wan Maseri Wan Ahmad yang dikaitkan dan cuba dipalitkan oleh pihak tertentu dengan PAS, berikut adalah respon kami :


1. Beliau telah meletakkan semua  jawatannya di dalam PAS awal tahun 2019 lagi.


2. Berhubung dengan ajarannya, beliau tidak pernah membawa pendekatan ajarannya di dalam organisasi PAS.


3. Beliau dipilih sebagai calon PRU 14 adalah kerana kapasiti beliau sebagai ahli dan jawatankuasa Muslimat PAS Kuantan, ketika itu isu ajaran beliau belum tercetus.


4. Semua ajaran beliau bukan silibus kepada program tarbiyyah PAS kerana PAS telah pun mempunyai silibus sendiri yang telah disusun oleh Dewan Ulama dan Lajnah Tarbiyyah PAS dan PAS tidak pernah mengiktiraf pendekatan ajaran beliau sebagai modul sistem tarbiyyah PAS.


5. Selama ini beliau bergerak menyebarkan pendekatan ajarannya secara individu bukan melalui jawatannya di dalam PAS dan juga bukan sebagai program parti.


6. PAS menghormati semua warta yang telah dikeluarkan oleh majlis atau institusi fatwa negeri-negeri yang berkaitan pendekatan ajaran tersebut.


7. Namun PAS Pahang tetap mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas jasa dan pengorbanan beliau selama ini yang membantu perjuangan PAS, termasuklah kesediaan beliau untuk menjadi calon PAS pada PRU 14 baru-baru ini.


Semoga kita semua sentiasa di dalam pemeliharaan Allah swt, sentiasa berada  di laluan petunjuk Allah swt kerana tiadalah sebaik-baik pemberi petunjuk melainkan Allah swt.


Terima kasih.


YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR

PESURUHJAYA PAS PAHANG.


Pertamanya, saya ingin katakan betulkah ajaran Prof Dr Wan Maseri ini tidak pernah diajar dan diperkenalkan di dalam Pas?  Daripada beberapa sumber berita dan gambar yang diperolehi, ternyata Prof Dr Wan Maseri turut membawa ajarannya ke dalam banyak program anjuran Pas.  


Saya tidak menyalahkan PJ Pas Pahang di atas kenyataan beliau yang jelas bertentangan dengan fakta sebenar.  Mungkin YB Us Rosli tidak tahu banyak tentang kegiatan Prof Dr Maseri atau sememangnya ustaz berbohong 'wajib' demi nama Pas?  Ya, saya tahu di dalam Pas ada hukum membolehkan berbohong demi parti Pas.


Paling menarik, Prof Dr Maseri yang difatwakan ajarannya sesat itu tetap mendapat ucapan terima kasih daripada Pas.  Malangnya, ramai ustaz2 Pas yang hanya berbeza pendapat dengan Pas telah dimaki hamun dan dicerca malah di label macam2.  Lihat apa yang berlaku kepada Us Suhaimi Md Saad , Us Syed Anis, Us Yusof Embong dan ramai lagi termasuk yang terbaru saya lihat adalah Us Mawardi.  Mereka semuanya masih setia dengan Pas, tetapi dikatakan berbagai2 hanya kerana berbeza pendapat dengan beberapa pendekatan Pas.  


Apa pun, jelas kepada kita bahawa Pas di era Hadi Awang adalah parti politik sama seperti parti2 lain termasuk MIC.  Ramai teman2 Pas masih ternanti2 bilakah munculnya Mujaddid baru yang akan membetulkan kembali Pas ke landasan yang selari dengan Islam seperti di era Almarhum Us Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.  


WFAUZDIN NS



No comments: