BACAAN DARI KEPUTUSAN UMNO

 

MD ZULAIMI KAZIN


Umno BN sudah mempersiapkan diri untuk PRU15. Mereka memberi sokongan sementara kepada PN bagi memastikan mereka dalam kerajaan masa PRU15 nanti tapi mereka tidak akan bersama PN.

Maksudnya? Jelas mereka dengan lambang sendiri seperti di Sabah. BN disebut sebagai blok 1.

Mengapa mereka bersandarkan TANPA Anwar dan DAP? Sebab mereka mengharapkan sokongan dari Melayu luar bandar seperti PRU14.

Bagaimana dengan Pas? Pas akan terus bersama dengan Bersatu dalam PN sebagai Blok 2. Keadaan sama dengan Sabah cuma dari segi pembahagia kerusi tidak akan ada perbincangan antara PN dan BN.

Bagaimana dengan PH? Kalau DAD dan Amanah tidak boleh lepaskan Tun maka PH juga akan berpecah dengan PKR akan bertanding bersendirian. Amanah, DAP dan Pejuang akan membentuk 1 lagi blok bersama Warisan di Sabah sebagai blok 3

PKR akan bertanding banyak kerusi dan tumpuan utama di negeri-negeri Pantai Barat dari Perlis sampai ke Johor sebagai blok 4.

Maknanya kita akan lihat 4 penjuru di semenanjung sekiranya PH juga gagal ambil kata putus dalam hala tuju politik. Kita penyokong pun sudah bosan tiada kesepakatan yang benar-benar padu dalam PH.

Blok 1 dan 2 bertemakan kerajaan TANPA DAP dan Anwar. Calon PM? Blok 1 tiada, Blok 2 TS Muhyiddin/Azmin

Blok 4 lebih terbuka dengan agenda utama reformasi. Calon PM? Anwar

Blok 3 membawa agenda menentang kleptokrasi dan pengkhianat. Calon PM? Tun/Syafie Afdal.

Jadi rakyat akan menilai 4 blok ini untuk diangkat memerintah negara. Saya berkeyakinan sekali lagi sifir politik akan diambil kira selepas PRU15 sebab semua blok tidak dapat majoriti mutlak untuk memerintah.

Apakah sekali lagi Blok 1 + blok 2?

Atau Blok 4 + blok 1 ( sekiranya blok 4 menang lebih besar dan blok 1 hanya ada satu saja jalan untuk duduk dalam kerajaan sebab mereka kata TANPA Anwar, kalau terpaksa boleh je ).

Kalau blok 4 menang besar, sukar nak bergabung dengan blok 3 sebab Tun sudah tentu tak setuju untuk Anwar jadi PM.

Sekali lagi rakyat akan perah otak unutk selesaikan sifir politik ini. 



No comments: