Azmin dan Hamzah Zainudin yang gila kuasa, kata MT Umno

 

Azmin dan Hamzah Zainudin yang gila kuasa, kata MT Umno
Yang gila kuasa ialah mereka yang melompat parti dan kemudian cuba membunuh parti yang melahirkannya, kata Dr Puad Zarkashi.

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai orang yang gila kuasa.

“Yang gila kuasa ialah mereka yang melompat parti dan kemudian cuba membunuh parti yang melahirkannya.

“Semoga Azmin dan Hamzah terasa pedasnya bila makan cili,” kata Datuk Dr Puad Zarkashi (gambar).


Menurut beliau, pengatur politik macam Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sudah tentu memerah otak untuk gagalkan keputusan Biro Politik Umno sebelum ini yang memberi katadua kepada kerajaan Perikatan Nasional.

“Sebagai Ketua Penerangan PN, Azmin katanya arah cyber troopers PN guna neratif “Umno gila kuasa” dan “Umno mahu Anwar jadi PM”.

“Sebab itu timbul tohmahan kononnya Zahid dan Najib menghantar surat memaklumkan YDP Agung bahawa UMNO menyokong Anwar,” kata Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut beliau, cerita surat itu ditularkan oleh portal MalaysiaNow.

“Portal itu adalah milik Abda Rahman Koya (adik Latheefa Koya). Katanya Azmin Ali adalah penaja portal itu,” kata beliau.

Katanya, Umno menang 7 PRK kerana berlaku kekosongan apabila ada YB yang meninggal dunia.

“Sebagai parti politik sudah tentu Umno kena letak calon. Apakah itu gila kuasa?” tanya beliau.


No comments: