APA KERAJAAN PN NI NAK LAKUKAN?

 90,000 orang hilang kerja dari Januari ke Oktober tahun ini (data SOCSO).

741,600 orang tidak bekerja setakat Ogos 2020 (data DOSM).

51,000 kedai pelbagai jenis perniagaan (retail) dijangka ditutup dalam masa 4-5 bulan akan datang (data Retail Group Malaysia).


Sektor perhotelan dan pelancongan belum pulih.

Sektor penerbangan belum pulih.

Sektor O&G juga terkesan.


Kalau dulu, yang bawa teksi tidak selesa kerana pemandu Grab ambil penumpang mereka. Kini, saya difahamkan ada pemandu Grab juga yang senasib; manakala ada pemandu teksi yang telah menyerahkan teksi mereka balik kepada syarikat sebab tidak ada penumpang sewaktu PKPB ini.


Semua pawagam GSC, TGV tutup sementara bermula 2 November ini.

Kedai serbaneka (departmental store) Robinsons akan tutup sepenuhnya.


Proses pembelajaran begitu ramai pelajar dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke IPT terganggu kerana tidak dapat hadir kelas atau kuliah secara fizikal. Berapa ramai yang mampu kelas online?


Dan saya belum sentuh isu kesihatan awam dan petugas barisan hadapan, termasuk 10,000 anggota PDRM yang terpaksa kuarantin akibat COVID-19.


Ringkasnya, keadaan sekarang amat mencabar.


Tapi apa sebenarnya perancangan Kerajaan untuk hadapi ini?


Apa projek yang akan didahulukan? Apa projek yang perlu ditangguhkan?


Bagaimana kita boleh pastikan bantuan bukan sahaja sampai ke tangan golongan yang paling memerlukan, tetapi lebih dari itu memastikan mereka yang paling terkesan mampu bangkit semula?


Ini antara sebab Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan gesa Kerajaan untuk duduk berunding, berbincang, bertukar fikiran sebelum Belanjawan 2021 dibentang 6 November ini.


Fahmi Fazil.



No comments: