Sunday, October 25, 2020

ALHAMDULILLAH, NEGARA TERSELAMAT DARI DIHANCURKAN OLEH PERAKUS KUASA



DAULAT TUANKU.  Sesungguhnya keputusan yang dibuat hari ini oleh Ke Bawah Duli Tuanku serta kesemua Ke Bawah Duli raja-raja, amat melegakan rakyat dan kami merafak sembah mengucapkan ribuan terima kasih.


Terima kasih tidak terhingga juga buat Ketua Pembangkang yang juga Presiden Keadilan, Dato Seri Anwar Ibrahim yang dengan berani dan tegas menyanggah serta menolak perancangan bermuslihat oleh rejim pintu belakang yang mahukan darurat dilaksanakan di negara ini.  Terima kasih juga buat semua pimpinan dari berbagai parti yang peka dan prihatin terhadap masalah negara dan rakyat dengan menolak perlaksanaan darurat.  Rakyat jelata juga turut memainkan peranan yang amat baik dengan menyatakan bantahan mereka dengan berbagai cara termasuk di media sosial.  Ini membawa erti bahawa rakyat Malaysia tidak semudah itu untuk diperbodohksn oleh segelintir ahli politik yang mahu "mengkambing hitam"kan bencana Covid19 demi kelangsungan kuasa mereka.


Tercipta satu sejarah, seorang PM yang naik tanpa mandat rakyat yang mengaku kononnya mengetuai sebuah negara Melayu Islam tanpa Dap, mendapat tamparan memalukan apabila cadangannya yang dipersetujui oleh kabinetnya telah ditolak oleh raja-raja Melayu sendiri.  Rakyat terpegun seketika apabila menyaksikan seorang PM yang tidak pernah mereka beri mandat itu, bukan sahaja tiada sokongan majoriti MP-MP di Parlimen, malahan cadangan peliknya itu turut tidak disokong dan ditolak oleh raja-raja .  Ini membawa maksud, PM tiada nilainya lagi.  Sewajarnya jika beliau bermaruah, beliau harus letak jawatan sekarang sebelum menerima akibat yang lebih mengaibkan.  


Titah Tuanku selaku YDP Agong amat bijak dan adil.  Selaku YDP Agong yang memiliki kerajaan ini sudah pasti tidak akan memburukkan negara di bawah naungannya.  Pesanannya terhadap orang-raja politik agar tidak melakukan sesuatu yang mengganggu pentadbiran negara itu amat tepat.  Orang politik jangan lagi leka mengagih-agihkan jawatan dan memberi umpan serta mengugut mana-mana ahli politik yang lain demi untuk kekal berkuasa.  Sewajarnya orang politik memahami konsep demokrasi berparlimen di mana asasnya sesebuah kerajaan itu mestilah diberi mandat oleh rakyat.  Hormati mandat rakyat.  Sekiranya telah hilang sokongan, maka perlulah berundur.  Jika ini gagal difahami, maka inilah punca kecelaruan politik.  


Tanggungjawab ahli-ahli politik pula adalah memastikan kerajaan ini betul perjalanannya.  Menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil tindakan yang tidak bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan untuk memperbaiki kerajaan yang lemah, korup dan gagal menguruskan negara dengan baik.  Itulah yang telah diusahakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.  Rakyat mengharapkan usaha ini tidak terhenti di sini selagi PM juga tidak berhenti dari bermain politik dan terus berada di kedudukannya walaupun beliau tahu beliau tidak lagi mendapat sokongan.  


Ini kemenangan pertama bagi rakyat.  Muslihat sang penguasa telah gagal.  Bersyukur kerana kita memiliki raja-raja  yang bijaksana.  Yakinlah, pemimpin yang tidak direstui oleh rakyat itu tidak akan diredhai oleh Allah.  Lambat laun akan tumbang jua.  Apa akan terjadi di Parlimen awal November nanti? Kita tidak sabar untuk melihat sekali lagi PM dibuktikan tiada sokongan majoriti dan wajib berundur.


WFAUZDIN NS



No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers