AKHIRNYA UMNO TERKULAI WALAU DIBULI BERSATU


Bukan mudah umno mahu tinggalkan PN walaupun umno sedar banyak kali dibuli oleh Muhyiddin dan Bersatu.  Sebab tu, ramai yang kata Umno susah mahu hidup kalau tanpa kuasa walaupun sekadar penumpang.  Berbeza dengan Keadilan, ada kuasa atau tidak, sama saja, prinsip tetap dipegang dan tidak mudah menjual maruah.  Selagi ada jalan, kita tetap berusaha sedaya upaya.  Tiada jalan yang mudah melainkan kita sanggup menjual maruah.

Tidak mudah untuk melawan.  Perlu berani dan pegang pada prinsip.  Itu sebabnya Anwar tidak berunding dengan parti umno kerana Anwar tahu Umno tidak kuat semangat kalau tidak bergantung dengan sang penguasa.  Anwar hanya mencari sokongan dari individu.  Kalau mereka ada kekuatan politik, mereka akan kekal menentang PN.  Kalau mereka tiada upaya, mereka boleh terus berada di bawah ketiak Muhyiddin.

W.Faudzin


No comments: