Saturday, October 31, 2020

SEMOGA KITA DIBERI KEKUATAN HADAPI KE3SUSAHAN INI


HAMDAN TAHA

 Satu dunia manusia sedang berdepan dengan kesusahan tidak terkecuali kita juga. Kejatuhan ekonomi dan serangan wabak convid tidak di ketahui oleh kita bila kah akan berakhir...

Sebenarnya satu dunia baru berdepan dengan masalah ini sekitar 8 bulan sahaja. Tetapi kesan dari 8 bulan itu sangat terkesan kepada jutaan manusia termasuk lah saya dan kita di malaysia...
Bagaimanakah untuk kita berdepan dengan tempoh yang lama....katakan lah kita terpaksa menempuh lagi 12 bulan atau barangkali 24 bulan lagi....apa akan jadi pada kita semua....terutama kepada golongan yang hilang pendapatan secara total....bagaimana untuk teruskan perjuangan kehidupan...
Berdepan dengan tidak ada langsung sumber pendapatan dan pekerjaan. Hutang meningkat dan keperluan seharian sudah tidak mampu di sediakan termasuk tempat tinggal dan kenderaan telah di tarik oleh pihak bank....apa akan jadi....
Nampaknya baru 8 bulan rakyat telah mendesak benarkan kami keluarkan simpanan kami di KWSP itu tuntutan bukan semua tetapi sebahagian rakyat. Kerajaan dan KWSP jadi serba salah kerana kewangan KWSP jika di benarkan keluar maka mereka pun tidak mempunyai tunai yang mencukupi untuk menampung kehendak pencarum....maka kerajaan tidak dapat membenarkan perkara ini berlaku.....kerana KWSP pun musnah jika perkara ini di benarkan....
Bagi pencarum pula akan mempertikaikan keputusan itu kerana kami betul betul susah dan bakal sensara....itu lah hujah pencarum....hari ini manusia tidak bersedia untuk susah kembali seperti di tahun 50 ke 80 an nampaknya. Kita semua telah di berikan kemewahan olah Allah swt agak lama....generasi baru langsung tidak tahu erti kesusahan....bukan mudah untuk membentuk minda dan persepsi baru kepada generasi baru....bukan mudah...
Jika ekonomi....politik dan wabak masih tidak dapat di pulihkan selama dua ke lima tahun mendatang saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi....tidak dapat saya fikirkan keadaan masa itu....rakyat masa itu barangkali bergelut untuk terus hidup dan sekadar mencari makanan seharian sebagaimana tahun 50 an ke awal 80 an....
Apakah itu akan kembali lagi....teringat masa saya kecil tugas mak dan ayah ialah sekadar mencari rezeki untuk seadanya saja itu pun berkait dengan sumber makanan harian sahaja...tempat tinggal ada di kampung kampun...pekerjaan juga tak ada kecuali bekerja sendiri dan ambil upah untuk gaji harian....tapi mampu bertahan dan tidak ada mengeluh oleh mereka dan anak anak mereka....
Tapi jika itu berlaku sekarang....tak tahu lah nak kata....fikir kan lah...




Cina DAP nih.. nampak?

 

LAPAN (8) BULAN KERAJAAN TANPA DAP, ADAKAH SEMAKIN BAIK…

BOB KELANANG

Image may contain: 2 people, suit


Konon kata hak Melayu akan terhakis, nasib Melayu akan terpinggir, Raja takkan dihormati sebab pentadbiran ada DAP ni.
Nak tubuh kerajaan yang hampir tiada orang bukan Melayu@bumiputera. Perjuangan kononnya.
Tapi sekarang ni dah 8 bulan pentadbiran tanpa DAP.
Lagi teruk nampaknya Melayu2 bercakaran. Ekonomi makin teruk. Ramai yang hilang pekerjaan.
Titah Agong pun dikata sebagai ‘pendapat’.
Speaker Dewan Negara pun pertikai keputusan Agong dan Majlis Raja2.
Kalau Lim Guan Eng lah yang tulis macam mana Rais Yatim tulis, rasanya dah ramai mengamuk kata hina Agong, tak hormat Raja.
Kalau Melayu sendiri buat? Masing-masing diam tak terkata.
Jadi sebenarnya, yang jahat, yang tak reti jaga Melayu, yang buat Melayu terpinggir, yang tak hormat Raja adalah Melayu sendiri. Bukan orang lain.
Now,
Bilangan covid meningkat - salah rakyat
Coverage internet tak bagus - salah student miskin
Ni pentadbiran kucar kacir - Salah rakyat jugak dikata salah pilih…
Dah takde DAP, rakyat pulak yang disalahkan.
Tuhan dah tunjuk dah, yang jahat sebenarnya bangsa sendiri tamak kuasa, bukan orang lain.
Ada je pemimpin yang tak suka benda-benda macam ni... tapi tak nak lawan... Senyap, Bisu.
Play save, takut dapur tak berasap… Life style kena maintain.
Perjuangan? Ketawa je lah bila orang kata perjuangan… membongak je tu.
Belum lagi ulas pasal ketelusan penjawat Jabatan imegresen, PDRM, SPRM, Sistem perundangan yang cacamerba. Macamana rakyat nak contohi pemimpin, kalau pemimpin pun haprak.

C5-GRAND DESIGN NAK BUNUH UMNO? || UMNO AKAN DIHARAMKAN?

live Isu

1. H20 Pecahkan UMNO Drpd Dalam? Surat Sokongan DSZH Tulen? Kes Yayasan ...

SEMAK IMBANG TERAS PEMERINTAHAN DEMOKRASI

APA MAKSUD MEMBATASI UNSUR PENYALAHGUNAAN KUASA

[ LANGSUNG ] Sidang media perkembangan jangkitan kes #COVID19

SAYA SEDIH KENA AJAR TEGAK ISLAM PADA ORANG MELAYU


Bob Kelanang.


JANGAN LUPA AJAR WALAUN SEKALI



Salam Maulidurrasul… 


Nasib baik tak sebut Melayu malas dan bacol, melenting pula puak ni...


Dr Bala juga patut sedih kepada pemimpin PAS yang ada ilmu tinggi tapi tak amal... masih malaun malaunta bila dah jadi kerajaan ada jawatan ada kuasa... lupa pada isi perjuangan semasa jadi pembangkang... perjuangan atas bibir sahaja.


#CEPAT salin gambar nanti jadi Harakah404 la plak… 


KOH KOH KOH…  jilaker!!



APA KERAJAAN PN NI NAK LAKUKAN?

 90,000 orang hilang kerja dari Januari ke Oktober tahun ini (data SOCSO).

741,600 orang tidak bekerja setakat Ogos 2020 (data DOSM).

51,000 kedai pelbagai jenis perniagaan (retail) dijangka ditutup dalam masa 4-5 bulan akan datang (data Retail Group Malaysia).


Sektor perhotelan dan pelancongan belum pulih.

Sektor penerbangan belum pulih.

Sektor O&G juga terkesan.


Kalau dulu, yang bawa teksi tidak selesa kerana pemandu Grab ambil penumpang mereka. Kini, saya difahamkan ada pemandu Grab juga yang senasib; manakala ada pemandu teksi yang telah menyerahkan teksi mereka balik kepada syarikat sebab tidak ada penumpang sewaktu PKPB ini.


Semua pawagam GSC, TGV tutup sementara bermula 2 November ini.

Kedai serbaneka (departmental store) Robinsons akan tutup sepenuhnya.


Proses pembelajaran begitu ramai pelajar dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke IPT terganggu kerana tidak dapat hadir kelas atau kuliah secara fizikal. Berapa ramai yang mampu kelas online?


Dan saya belum sentuh isu kesihatan awam dan petugas barisan hadapan, termasuk 10,000 anggota PDRM yang terpaksa kuarantin akibat COVID-19.


Ringkasnya, keadaan sekarang amat mencabar.


Tapi apa sebenarnya perancangan Kerajaan untuk hadapi ini?


Apa projek yang akan didahulukan? Apa projek yang perlu ditangguhkan?


Bagaimana kita boleh pastikan bantuan bukan sahaja sampai ke tangan golongan yang paling memerlukan, tetapi lebih dari itu memastikan mereka yang paling terkesan mampu bangkit semula?


Ini antara sebab Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan gesa Kerajaan untuk duduk berunding, berbincang, bertukar fikiran sebelum Belanjawan 2021 dibentang 6 November ini.


Fahmi Fazil.



SERIUS NI...


 Shahbudin Husin


Jika diteliti, tuduhan Dr Rais terhadap Agong sangat serius - pertama, beliau menuduh Perlembagaan telah dicabuli dan kedua, mempertikai kedudukan Agong sebagai Raja Berperlembagaan.


Bila lagi Speaker Dewan Negara dan pemimpin Bersatu itu nak disiasat di bawah Akta Hasutan?

MACAMANA BELANJAWAN KEPERLUAN RAKYAT. DUIT PUN MINTA DARI PENEROKA?

 

Belanjawanan keperluan rakyat


Titah Yang Dipertuan Agong pada 28 Oktober 2020 jelas menekankan perlunya Belanjawan yang menyasarkan kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat yang kini tersiksa susulan kegawatan akibat wabak Covid-19.

Buat pertama kalinya, belanjawan yang bakal dibentangkan dititahkan bukan berpaksikan pembangunan, tetapi untuk memastikan kesinambungan perjalanan kerajaan.

Ini kerana, lebih daripada bila-bila masa lain dalam sejarah, kerajaan kini wajib memayungi seluruh rakyat agar terlindung daripada ancaman yang sudah pun meragut nyawa dan memporak-perandakan masyarakat.

Sesuai dengan itu, kita melihat tindak-balas pelbagai pihak, sudah tentu daripada pihak pembangkang, tetapi juga wakil rakyat Perikatan Nasional sendiri menyambut titah Agong, sejurus selepas kenyataan media Istana Negara tular.

Semua seia-sekata menuntut ketelusan dan kewibawaan daripada kerajaan PN bagi memastikan Belanjawan 2021 benar-benar dibentangkan berpaksikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat, walaupun dalam konteks pemulihan ekonomi.

Sesuai dengan itu, penulis ingin memberi beberapa cadangan untuk dipertimbangkan semua pihak, terutama rakyat akan kesesuaiannya disertakan dalam belanjawan itu.

Ini memandangkan kepentingan Belanjawan 2021 maka wajar segala pemikiran yang seiring dengan titah Agong diambil kira.

Apa-apa ide yang menyumbang kepada kelangsungan hidup rakyat, baik dari segi memelihara nyawa mahu pun memulih perjalanan cara hidup dalam norma baru bukanlah perkara remeh yang boleh diketepikan begitu sahaja.

Idea berkaitan kesihatan

  • Diwujudkan dana untuk meningkatkan pemeriksaan Covid19 agar ia lebih meluas dan tidak terhad kepada yang diwajibkan melalui ‘contact tracing’ atau yang mampu membiayai pemeriksaan sendiri sahaja.

Ini termasuk bukan sekadar pengambilan sampel untuk diuji, tetapi pembangunan infrastruktur tempatan seperti makmal pemeriksaan serta logistik seperti bekalan bahan kimia yang diperlukan, selain kumpulan pekerja makmal yang mencukupi bagi menampung peningkatan kadar pemeriksaan.

  • Menaiktarafkan perjawatan semua penjawat awam yang dikategorikan sebagai ‘frontliners’ di lapangan, yakni doktor, jururawat, polis, bomba dan lain-lain, selain kategori pentadbir yang tidak terdedah secara langsung.
  • Menyediakan insentif khas bagi menggalakkan sukarelawan dalam kalangan ‘front-liners’ untuk berkhidmat sementara di kawasan gawat Covid19 seperti Lahad Datu, Tawau dan lain-lain

Insentif yang sama juga dibuka kepada profesional perubatan bukan penjawat awam untuk berkhidmat sementara di kawasa tersebut.

  • Dana strategik pengagihan vaksin perlu diwujudkan bagi penyediaan proses penerimaan, pemprosesan, pengagihan dan aplikasi vaksin kepada rakyat Malaysia.

Ia haruslah merangkumi bukan sekadar pembelian dan pembotolan vaksin, tetapi juga peralat perubatan seperti picagari sesuai bagi vaksin tersebut.

  • Dana kecemasan juga harus disediakan bagi memberi keupayaan kepada Kementerian Kesihatan dengan segera menaik-tarafkan atau mendirikan pusat rawatan bagi menangani peningkatan mendadak kes Covid19 dan melampaui kemampuan sedia ada di kawasan terbabit, seperti di Lahad Datu.

Ide bagi meringankan beban kewangan masyarakat

  • Bank Negara Malaysia diarahkan untuk mengkaji kewajaran menurunkan kadar Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi sebahagian daripada penentu kos pembiayaan hutang di Malaysia dengan menyasarkan OPR pada kadar 0.5% menjelang akhir 2021 berbanding 1.75% sekarang.

Bank Negara juga diarah memulakan kajian ke arah pelaksanaan kadar OPR negatif bagi sektor kewangan jika ekonomi terus lemah sepanjang 2021.

  • Diisytiharkan “tax holiday” atau pengecualian cukai bagi seluruh rakyat bagi tahun 2020 dan separuh tahun 2021.
  • Penangguhan pembayaran selama 18 bulan bagi cukai pendapatan yang masih belum berbayar untuk tahun 2019 dikepada semua keluarga bagi RM50,000 pertama jumlah cukai tersebut.
  • Pelupusan semua penalti kelewatan pembayaran cukai dan saman kerajaan serta apa-apa bayaran kepada GLC dari Mac 2020 sehingga akhir 2021, seperti cukai tanah dan taksiran, cukai pendapatan, saman trafik, bil elektrik, telefon dan air, penyambungan lesen percuma dan tanpa permohonan bagi semua lesen perniagaan kecil, pemandu kenderaan dan lain-lain bemula suku tahun ke-4 2020 sehingga akhir tahun 2021 dengan pemegang lesen yang melanggar undang-undang sahaja perlu memohon semula.
  • Kerajaan memperkenalkan semula gred petrol U92 dengan subsidi minimum 30 sen sekali, gus membenarkan syarikat minyak menjual gred lain petrol lain pada harga terbuka.
  • Kadar SST dikurangkan ke 0% bagi tahun 2021 dan dikaji semula bagi tahun-tahun berikutnya. Seiring itu, perlaksanaaan cukai digital untuk semua syarikat tempatan untuk transaksi atas talian juga ditangguhkan.

Ide pemulihkan perjalanan cara hidup

  • Kerajaan mengiktiraf pecahan masyarakat mengikut pendapatan berlandaskan kategori B40, M40 dan U20 tidak sesuai diguna-pakai pada masa ini dan ditakrif semula sebagai B60, M30 dan U10, dengan semua kemudahan yang dahulunya dinikmati oleh golongan B40 kini terbuka kepada B60, yakni 60% dari rakyat paling kurang pendapatan.

Manfaat kepada M40 pula kini dibuka kepada M30, yakni yang antara berpendapatan menengah yang lebih kecil.

  • Kerajaan melancarkan Kad Sara Hidup bagi semua pemohon golongan B60 untuk membantu pembelian barang-barang asas seperti beras, telur, susu, sabun dan topeng muka.

Barang asas tersebut hanya boleh dibeli dari kedai yang dibenarkan dengan harga yang terkawal.

  • Kesemua sekolah di luar zon merah akan dibuka sejurus perlaksanaan pemeriksaan Covid19 di sekolah tersebut. Selain itu, setiap murid sekolah daripada keluarga B60 yang membuktikan kehadiran lebih 80% sebulan melayakkan keluarga mendapat penambahan elaun melalui Kad Sara Hidup.
  • Bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19, peraturan berkaitan semua aktiviti perniagaan di sekolah diperketatkan, seperti kantin, kedai buku atau koperasi.
  • Barang keperluan asas ditambahkan ke dalam senarai barangan terkawal di bawah Akta Kawalan Bekalan dan Akta Kawalan Harga Dan Anti-Pencatutan. Ini termasuk sabun ketul, pensanitasi, topeng muka dan sarung tangan.

Ide pengurangan kos kerajaan untuk disalurkan ke perbelanjaan lain

  • Jumlah kementerian dikurangkan dengan penggabungan 8 kementerian dan meninggalkan hanya 22, sekali gus mengurangkan jawatan menteri dan timbalan menteri.
  • Gaji dan elaun anggota Kabinet, timbalan menteri dipotong separuh dan jumlah perjawatan pegawai juga dikurangkan.

Jawatan setiausaha politik dimansuhkan sesuai dengan titah Agong berhubung pengurangan aktiviti politik.

  • Penjawat awam berpangkat JUSA ke atas ditawarkan peluang bersara awal dengan sasaran memansuhkan 10% daripada semua jawatan peringkat tertinggi kerajaan, kecuali di sektor kesihatan, keselamatan awam dan pertahanan.
  • Jabatan dan agensi kerajaan yang sesuai akan digabung, misalnya Teraju diserap ke dalam MARA sebagai salah satu jabatan di bawah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA.
  • Agensi latihan seperti MARA dan HRDF diberi mandat untuk mempertingkatkan program latihan atas talian bagi anggota masyarakat yang hilang pekerjaan dengan syarat pentauliahan haruslah menurut piawaian yang berwajib seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Latihan ini boleh ditawarkan secara percuma dan tanpa memerlukan pemberian elaun kepada pelatih.

 

Penulis adalah pembaca FMT.

APAKAH KERAJAAN SUDAH JATUH MISKIN

 

Semalam, Perdana Menteri berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP bagi kegunaan mereka untu menghadapi kesukaran ketika Covid19 melanda ini.

Kata Muhyiddin Yassin, meskipun banyak permintaan ke arah itu, kerajaan melihat jika perkara itu dibenarkan, ia akan memberi kesukaran kepada rakyat di masa hadapan.

Tetapi, bagi majoriti rakyat yang sedang terbeban kehidupan mereka sekarang ini, dapat mengeluarkan RM10 ribu daripada simpanan KWSP tentu saja dapat menyelesaikan banyak masalah hidup mereka.

Lagi pun, bukankah wang itu wang pencarum juga?

Jadi, apa masalahnya jika kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang mereka sendiri?

Tambahan lagi, yang dipohon untuk dikeluarkan hanya RM10 ribu, bukan separuh atau keseluruhan daripada simpanan yang ada dalam Akaun 1 KWSP itu.

Kalau suami isteri bekerja, bermakna dapatlah mereka mengeluarkan RM20 ribu dan pasti banyak masalah kehidupan dan bil-bil tertunggak dapat diselesaikan.

Pelik juga kenapa kerajaan keberatan untuk membenarkannya?

Benarkah kerajaan begitu memikirkan kehidupan rakyat selepas mereka bersara atau kerajaan sendiri mahu meminjam wang tersebut?

Masih ada lagikah sebenarnya wang rakyat dalam Akuan 1 KWSP sekarang ini?

Atau hanya tinggal kertas dan angka saja?

Kemudian tersebar pula surat Felda yang mewajibkan para peneroka memberi sedekah sebanyak RM300 setiap seorang.

Ehhh…sejak bila bersedekah sudah jadi hukum wajib?

Walaupun Pengerusi Felda, Idris Jusoh menjelaskan, sedekah itu bukan paksaan dan tidak diwajibkan, hakikatnya perkataan “diwajibkan” sudah jelas tertulis dalam surat yang kini viral di media sosial itu.

Adakah Felda sekarang sudah jadi miskin dan peneroka lebih kaya sehingga mereka diwajibkan bersedekah?

Dalam konteks yang lebih luas, sama seperti tidak membenarkan wang KWSP dikeluarkan, adakah semua ini menunjukkan kerajaan benar-benar ketiadaan wang dan sudah jatuh miskin sekarang ini? (Shahbudindotcom 31/10/2020)

[[LIVE]]30.10.2020 Apa plan seterusnya Azmin-atok-yidin?

HAI DAPAT IDEA TIN MILO PAS KA INI

 Image may contain: text

ORANG BERAGAMA PUN BEBAL

 

Meskipun mereka bukan Melayu dan non muslim, tetapi mereka faham undang-undang dan peraturan. Mereka sedar mereka bukan "burung hud hud" yang kebal dari undang-undang. Yang penting moral bak kata tuan lebai Hadi.


Image may contain: 1 person, standing


W.FAUDZIN



INGAT DAP MINTA DUIT PENEROKA......

 


Tiada paksaan, Idris Jusoh jawab surat wajibkan peneroka derma RM300

Pengerusi Felda Idris Jusoh berkata tiada paksaan bagi peneroka menderma dalam program “Jom Sedekah” dilancarkan Felda.

PETALING JAYA: Pengerusi Felda Idris Jusoh mengingatkan tiada paksaan dalam bersedekah, susulan surat yang tular membabitkan Felda Sungai Tekam Utara, Pahang, berhubung kutipan derma RM300 terhadap peneroka di kawasan berkenaan.

“Dalam sedekah tidak ada paksaan,” katanya ringkas kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sepucuk surat diedarkan kepada peneroka Felda Sungai Tekam Utara pada 14 Oktober lalu. Surat itu menyatakan, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Jengka 19 dipilih menjadi perintis bagi program “Jom Sedekah” dilancarkan Felda.

Menurut surat dengan cop pengerusi jawatankuasa kemajuan dan kemakmuran kampung Felda Sungai Tekam Utara menyatakan, Idris melalui program “Well Formed Outcome” memberitahu antara perkara dititikberatkan dalam usaha mengembalikan kestabilan Felda adalah elemen “keberkatan”.

Surat itu turut menyatakan, setiap peneroka diwajibkan ke atas diri masing-masing menginfaqkan sumbangan ikhlas yang dianggap sebagai sedekah jariah sebanyak RM300 seorang dan kutipan itu bermula Oktober hingga Mac 2021, dengan kadar kutipan RM50 sebulan atau boleh membuat bayaran pukal.

FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai surat itu.

Terdahulu, Adun Ketari Young Syefura Othman memuat naik surat itu di Twitter miliknya dan mempersoalkan mengenai arahan mewajibkan peneroka bersedekah demi mencari “keberkatan” dalam usaha memulihkan Felda.

Mazlan Aliman.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) Mazlan Aliman berkata, walaupun bersedekah merupakan amalan mulia dan dituntut dalam Islam, tindakan mewajibkannya adalah unsur paksaan dan keterlaluan.



“Dalam situasi pendapatan dan pelbagai potongan dikenakan ke atas peneroka, apatah lagi kesan Covid-19 dan kos sara hidup yang tinggi, saya menggesa pekeliling ini ditarik balik.

“Potongan atau kutipan secara sukarela boleh diteruskan, tetapi ia mestiah bergantung kepada kemampuan dan kesediaan peneroka,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed berkata, jemaah menteri meluluskan cadangan penerbitan sukuk oleh Felda bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan bagi melaksanakan pelan pemulihan Felda yang dikemukakan.

Beliau berkata, kedudukan kewangan Felda dijangka mencatatkan aliran positif bermula 2023 dengan pelaksanaan inisiatif itu.

Bersatu degil mahukan darurat, Umno beri amaran kepada PN

 





Tidak sampai seminggu Bersatu dan Umno berbaik semula selepas permohonan darurat ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong, hubungan kedua-dua parti kerajaan ini kembali keruh.

 

Masakan tidak, Speaker Dewan Negara, Rais Yatim yang meminta kerajaan mencadangkan sekali lagi pelaksanaan darurat kepada Agong jelas bertentangan dengan pendirian Umno yang ketika ini mahukan gencatan politik.

 

Menurut laporan Malaysiakini, seorang ahli majlis tertinggi Umno yang tidak dinamakan tidak bersetuju dengan cadangan Rais, malah cadangan itu dianggap cuba membelakangkan keputusan Agong sebelum ini.

 

"Tindakan Rais Yatim yang meminta kerajaan meneruskan cadangan darurat adalah satu tindakan yang tidak mementingkan rakyat.

 

"Saya tegas untuk menolak mana-mana tindakan yang akan menjejaskan keselamatan rakyat dan patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia," katanya.

 

Terdahulu, Rais menganggap wajar untuk mengadakan darurat tetapi perkara itu perlu dilihat dari sudut kesihatan dan bukannya politik.

 

“Dengan keadaan Covid-19 yang meningkat serta situasi ekonomi rakyat yang terhimpit, amat wajar kiranya pihak berkuasa menyembah jelaskan kepada Seri Paduka sekali lagi agar menerima apa-apa fakta tambahan daripada pihak berkuasa.

 

“Rakyat harus menghormati titah Seri Paduka tempoh hari, bagaimanapun kehendak Perkara 40 itu perlu dipatuhi walaupun bersyarat. Moga langkah-langkah wajar kerajaan dalam konteks pentadbiran darurat tidak disalahertikan,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan..

 

Bagaimanapun pandangan Rais itu menerima reaksi negatif Umno terutamanya dari presidennya sendiri, Zahid Hamidi.

 

Malah, Zahid berkata Umno tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi menjaga kedaulatan Raja-raja dan kepentingan rakyat.

 

Kenyataan Zahid yang berbaur ugutan kepada Bersatu itu memberikan gambaran seolah-olah Umno akan menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), jika Bersatu terus berdegil mahu melaksanakan darurat.

 

Malah kedegilan Bersatu yang tetap mahukan darurat juga menunjukkan kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar mahu menyelamatkan diri dari usul undi tidak percaya di Parlimen.

 

Hubungan buruk yang berterusan antara kedua-dua parti kerajaan itu terus membuktikan bahawa kerajaan PN ketika ini berada dalam keadaan tidak stabil.

 

Ia juga bukan petanda baik buat negara, terutamanya apabila rakyat benar-benar mengharapkan bantuan menerusi pembentangan Belanjawan 2021.

 

Kerajaan Negeri berjaya laksana 40 inisiatif Selangor Prihatin

 

 


 

Sebanyak 40 daripada 43 inisiatif bawah Pakej Selangor Prihatin fasa pertama dan kedua bagi mengurangkan kesan pandemik Covid-19 ke atas rakyat Selangor.

 

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM264.4 juta atau 64 peratus, dibelanjakan daripada peruntukan lebih RM400 juta untuk manfaat lebih tiga juta penduduk

 

“(Pakej Selangor Prihatin) bertujuan memangkin ikhtiar membendung penularan Covid-19 dan menyerap dampak sosio-ekonomi penularan wabak tersebut,” katanya.

 

Kerajaan Negeri pada 20 Mac lalu telah membentangkan pakej fasa pertama dengan dana RM127.8 juta, manakala fasa kedua pula RM272.5 juta pada 1 April lalu.

 

Tiga inisiatif yang masih berjalan ialah bantuan kepada pesakit Covid-19, tabung khas bantuan Covid-19 dan inisiatif Selangor Pay yang ditambah baik menjadi Selangor Advance

 

Pada 13 Julai lalu, Kerajaan Negeri membentang pakej fasa ketiga bernilai ekonomi RM55.85 bilion, termasuk di peringkat penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan.

 

RENTASAN MINGGUAN 088 | KELULUSAN BELANJAWAN 2021, USUL UNDI TAK PERCAYA...

PM YANG ROSAK MESTI DIGANTI DAHULU


 1. Muhyiddin jelas membuktikan dirinya merupakan seorang Perdana Menteri yang rosak dan mementingkan kuasa daripada pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat apabila cuba membunuh proses demokrasi dengan jalan darurat.

2. Malaysia seharusnya terus maju, dihormati, dinamik dan wajib melaksanakan reformasi dan tidak boleh memberikan ruang kepada seorang yang rosak terus berkuasa.

3. Kita mesti tegas dan melakukan perkara yang betul dengan memastikan negara ini tidak ditadbir oleh seorang yang rosak seperti Muhyidin. Sejarah telah membuktikan tidak ada negara yang mampu berjaya jika diterajui oleh seorang Perdana Menteri dan kabinet yang tiada arah tuju.

4. Episod mutakhir negara ini memperlihatkan agenda Muhyidin bersama Azmin Ali merancang untuk menguatkuasakan darurat dinegara ini tanpa memikirkan natijah daripada perlaksanaan darurat akan memudaratkan ekonomi negara lantas mengheret rakyat kepada kesengsaraan.

5. Apa ertinya jika Bajet diluluskan namun negara masih dibawah pentadbiran Perdana Menteri dan kabinet yang rosak ini. Negara seperti memberi isyarat yang salah kepada pelabur asing dengan membiarkan negara masih ditadbir oleh seorang Perdana Menteri dan kabinet sama.

6. Atas asas asas yang jelas ini, GERAK98 menegaskan, kewajipan negara mengambil langkah dan sikap yang betul tanpa kompromi dengan mempastikan pentadbiran negara tidak diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang rosak dan lemah bersama kabinetnya ini.

7. GERAK98 akan meneruskan usaha gigih mempastikan negara mengambil sikap betul berlandaskan prinsip sebenar tanpa berkompromi sama sekali dengan Perdana Menteri dan kabinet yang tiada integriti, tiada majoriti,lemah dan menyalahguna institusi serta instrumen negara kerana agenda peribadi untuk terus kekal berkuasa.

8. GERAK98 menggesa ahli ahli Parlimen didalam sidang Parlimen akan datang menggunakan segala ruang yang ada yang termaktub didalam undang undang wajib berusaha mencari jalan menggantikan Perdana Menteri yang rosak ini dengan seorang yang benar benar berwibawa dan mampu membawa majoriti besar dan membina kerajaan yang kuat dan stabil.

9. Ianya juga selaras dengan titah DYMM dan Raja2 Melayu yang mahu sebuah kerajaan stabil. Menggantikan seorang Perdana Menteri rosak dan lemah adalah langkah paling penting didalam mempastikan sebuah kerajaan itu stabil.

10. GERAK98 bersama seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara dengan jelas menolak seorang Perdana Menteri yang rosak kerana Malaysia kini berada diposisi amat serong dimata dunia.

11. Menolak Perdana Menteri bernama Muhyidin bersama kabinetnya bakal menyelamatkan Malaysia malah negara pasti akan kembali berada dilandasan yang betul untuk membina kembali segala kerosakan yang berlaku dan amat jelas Malaysia akan kembali menjadi sebuah negara yang dikagumi tanpa Muhyidin.

MOHAMAD EZAM NOR/GERAK98/30 OKTOBER 2020,



PKR gagal serah saman RM10 juta kepada Zuraida, kata peguam

 

PKR gagal serah saman RM10 juta kepada Zuraida, kata peguam

Zuraida Kamaruddin umum keluar PKR pada Februari lalu.

KUALA LUMPUR: PKR masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas naib presidennya Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti.

Menurut peguam utama PKR William Leong, mahkamah dimaklumkan plaintif tidak dapat menyampaikan writ saman itu di kedua-dua alamat kediaman dan pejabat Zuraida.

“Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 16 November ini,” kata Leong menerusi aplikasi WhatsApp selepas prosiding pengurusan kes itu di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris yang dijalankan menerusi e-review (dalam talian) hari ini.

Leong berkata, plaintif sudah menghantar pemakluman menerusi pos berdaftar kepada Zuraida memintanya melantik peguam untuk menerima writ saman tersebut bagi pihaknya.

“Kami dalam proses membuat janji temu untuk beliau menerima saman berkenaan. Pengurusan kes akan datang adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada mahkamah berhubung kes ini serta mendapatkan arahan selanjutnya,” kata Leong.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti pada 2 Oktober lalu, mendakwa Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menandatangani suatu bon pada 25 April 2018 yang mengikat beliau untuk membayar RM10 juta kepada parti seperti dinyatakan dalam syarat dan terma bon itu.

PKR mendakwa Zuraida bersetuju untuk membayar sejumlah RM10 juta dalam tempoh selewat-lewatnya 7 hari sekiranya berlaku beberapa perkara, termasuk beliau keluar parti atau menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas selepas menang pilihan raya atas tiket PKR.

Parti itu juga mendakwa pada 24 Februari, Zuraida dalam kenyataan bersama 10 lagi ahli Parlimen PKR, mengumumkan keluar parti tanpa melepaskan kedudukan sebagai ahli Parlimen Ampang, dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) dengan parti pembangkang lain termasuk Barisan Nasional, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

PKR berkata kerajaan persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) kemudian ditumbangkan oleh PN dan defendan dilantik sebagai menteri.

Pada tarikh sama, PKR mendakwa majlis pimpinan pusat parti meluluskan resolusi untuk memecat Zuraida daripada parti berkuat kuasa serta-merta dan mengeluarkan sijil bertarikh 24 Julai yang mengesahkan penamatan keahlian beliau.

Pada 7 Ogos, PKR mendakwa ia, menerusi peguam parti, mengeluarkan surat tuntutan meminta Zuraida membayar RM10 juta selaras dengan terma bon, namun parti mendakwa defendan gagal/enggan membayar jumlah itu, secara keseluruhan mahupun sebahagian.

Plaintif juga mendakwa ia berhak menuntut RM10 juta daripada defendan kerana beliau meletak jawatan sebagai ahli parti namun tidak sebagai ahli Parlimen Ampang, iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket parti, menggunakan logo, lambang, bendera, perkhidmatan dan sokongan parti, yang mana menyebabkan parti kehilangan manfaat dan kelebihan mempunyai ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan menjadi sebahagian daripada kuasa eksekutif.

Plaintif berkata ia bersandar pada Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 yang memberikannya hak untuk mendapatkan semula ganjaran dan faedah berjumlah RM2,049,459.20 yang dinikmati oleh defendan selepas dipilih sebagai calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan menjadi ahli Parlimen Ampang.

Sehubungan itu, plaintif memohon sejumlah RM12,049,459.20 menurut Seksyen 71 Akta Kontrak, merangkumi RM10 juta bawah bon dan RM2,049,459.20 bagi ganjaran dan faedah yang diterima defendan selaku ahli Parlimen serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bawah kerajaan PH dengan kadar faedah 5% setahun serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.



Blog Archive

My Blog List

Followers