Tak turun padang, penduduk Jalan Atas Paloh petik nama Takiyuddin....mmmmmm..padan la dengan muka ....

 

Tak turun padang, penduduk Jalan Atas Paloh petik nama Takiyuddin



Penduduk Jalan Atas Paloh Kota Bharu hari ini memetik nama Ahli Parlimen mereka Datuk Takiyuddin Hassan ekoran wakil rakyat mereka dikatakan tidak turun padang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sekarang.

Salah seorang penduduk Wan Rafeah Wan Mohamad mempersoalkan kenapa Yang Berhormat langsung tidak turun padang mendengar luahan rasa penduduk Jalan Atas Paloh yang kini seolah-olah tidak terbela.

Wan Rafeah Wan Mohamad




“Tiap-tiap hari penduduk kampung datang bertanya dengan saya. Saya tidak ada jawapan. Ia membuatkan saya rimas dan serabut kerana orang kampung perlu diberikan jawapan yang sepatutnya daripada YB,” katanya.

Wan Rafeah yang juga Muslimat Pas Pengkalan Pasir turut meluahkan rasa kecewa apabila sejak PKP hinggalah sekarang seorang pun YB tidak menjenguk nasib mereka.

“Janji tetap janji, dulu janji macam mana? Sekarang senyap doh!,” kata beliau.

Sementara itu, seorang lagi penduduk mengakui Takiyuddin tidak mengenali beliau tetapi beliau kenal wakil rakyatnya itu kerana beliau mengundi tokoh itu dalam pilihan raya lalu.

“Minta YB Takiyuddin turun padang, saya kenal dia sebab saya yang sokong dia. Kita bukan orang DAP, kita orang Pas.

“Kita hok sokong dia, bagi kerusi ke dia sekarang ini,” katanya dalam loghat Kelantan.

Terdahulu, beberapa penduduk Jalan Atas Paloh mengadakan dialog secara langsung di Facebook Naqib Hassan malam tadi bagi menjawab balas kenyataan daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKINK) berhubung Pengosongan Tanah Hak Milik PKINK di Lot PT79 Seksyen 5 Jalan Atas Ploh Jajahan Kota Bharu Kelantan.

Kira-kira 16 keluarga penduduk Jalan Atas Paloh hari ini menuntut PKINK menunaikan janji pampasan dan ganti rugi yang setimpal kepada mereka sebelum menghalau mereka keluar daripada tanah berkenaan.

Penduduk terbabit tidak berpuas hati kerana mereka telah dijanjikan setiap isi rumah yang tinggal dikawasan ini layak mendapat sebuah rumah dengan harga RM50,000.00 daripada harga asal iaitu RM160,000.00. Sementara menunggu rumah mereka dirobohkan, dan dijanjikan untuk dipindahkan ke rumah transit di Badang.

Wakil Penduduk Mohd Naqib Md Hassan turut membuat laporan polis berkenaan perkara itu (seperti di bawah);

1. Saya Mohd Naqib bin Md Hassan nombor kad pengenalan 821002-03-5097 mewakili penduduk kampung Jalan Atas Paloh, Kota Bharu.Kelantan. (iaitu 16 buah rumah yang belum dirobohkan oleh pihak PKINK)

2. Sebelum ini penduduk telah melantik En.Hashim (Penghulu Kota Bharu) sebagai orang tengah dalam isu perobohan rumah dan pampasan namun beliau menarik diri dari menyelesaikan masalah ini.Setelah itu penduduk bersepakat melantik saya sebagai wakil kepada penduduk Jalan Atas Paloh yang terlibat.

3. Pihak kami tidak berpuas hati dengan kezaliman pihak PKINK yang ingin merobohkan rumah kami tanpa nilai pampasan dan gantirugi yang setimpal dan yang tidak masuk akal.

4. Pada tarikh 19/09/2020, saya dihubungi oleh penduduk kampung Jalan Atas Paloh menyatakan ketidakpuasan hati terhadap PKINK.

5. Penduduk disini menuntut rumah pangsapuri yang dijanjikan oleh PKINK semasa perjumpaan pada 03.Mei.2013 bertempat di tapak Lot PT66,seksyen 2, Jalan Atas Paloh (tapak lama rumah terbakar) bersama YB Dato’ Takiyudin (Ahli Parlimen Kota Bharu) dan Almarhum Tok Guru Dato’Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat.

6. Kami dijanjikan setiap isi rumah yang tinggal dikawasan ini layak mendapat sebuah rumah dengan harga RM50,000.00 (Lima Puluh Ribu Sahaja) daripada harga asal iaitu RM160,000.00. Sementara menunggu rumah kami dirobohkan, kami dijanjikan untuk dipindahkan ke rumah transit di Badang.

7. Perkara ini telah diucap sendiri oleh Almarhum Tok Guru Dato’Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Mat selaku Menteri Besar Negeri Kelantan ketika itu dan disaksikan sendiri oleh Dato’Takiyudin, Ahli Parlimen Kota Bharu. Pihak PKINK sedia maklum dan telah digezetkan perkara ini.

8. Penduduk disini memohon pampasan ataupun gantirugi yang setimpal mengikut keluasan rumah kerana ada penduduk disini yang tidak menerima bayaran walaupun RM 0.01 dan ada yang mendapat RM 500.00 sehingga RM 1000.00 sahaja. Bayaran ini adalah sangat tidak munasabah kerana sebagai penduduk asal kampung ini,kami telah menghabiskan banyak wang untuk membina dan menyelenggara rumah kami. Ada sebahagian penduduk disini telah membayar cukai hasil tanah (T.O.L). Bayaran tersebut dibayar sejak diperkenalkan oleh kerajaan sehingga kini.

9. Penduduk yang telah berpindah secara paksa rela memohon tuntutan pampasan perpindahan bukan sekadar bayaran RM1000.00. Penduduk kampung mengeluh kerana kos bayaran tersebut tidak mencukupi untuk kos perpindahan lebih-lebih lagi ada penduduk yang meneruskan kehidupan serba kekurangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid -19.

10. Penduduk memohon kerja-kerja meroboh dihentikan serta-merta kerana bekalan air terganggu, jalan raya rosak, kawasan menjadi kotor dan berisiko pembiakan nyamuk Aedes.

11. Memohon wakil rakyat iaitu Adun kota lama YB Dato’ Anuar Tan bin Abdullah dan YB Parlimen Kota Bharu Dato’ Takiyudin bin Hassan dan Pengarah PKINK untuk melihat dan mendengar sendiri keluhan rakyat, seterusnya membantu menyelesaikan masalah penduduk.

12. Kami mempunyai ramai saksi yang telah menyaksikan peristiwa MAJLIS PELANCARAN PROJEK PERUMAHAN MAMPU MILIK KERAJAAN NEGERI KELANTAN PANGSAPURI 420 UNIT 15 TINGKAT DI LOT PT66 SEKSYEN 2,JALAN ATAS PALOH BANDAR KOTA BHARU,KELANTAN.

13. Majlis perasmian oleh YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Mat Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan pada 22 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 3 Mei 2013 jumaat jam 11.00 pagi. (rujukan keratan akhbar SINAR HARIAN bertarikh 1.05.2013). Diucapkan sendiri oleh YB Dato’ Takiyudin bin Hassan yang mewakili PKINK dan kerajaan negeri.

14. 16 Rumah yang masih belum dirobohkan diwakili oleh Ketua Rumah masing-masing seperti di bawah.






No comments: