Tahniah kepada GRS (PN + BN) dan PBS kerana menang PRN16.


Hambali

Bentuklah kerajaan seberapa segera dan mula berkerja menunaikan janji kepada rakyat masa PRN. Buktikan yang kamu adalah kerajaan yang mampu dan dapat menyelesaikan semua masalah di Sabah dalam tempoh 26 bulan yang Warisan plus tidak mampu buat. Harap isu ini akan selesai dalam tempoh terdekat ini;


01. Bebas PTI seluruh Sabah - Hantar pulang segera 

02. MA63 dilaksanakan serta merta

03. Buktikan bukan MALAYA yang berkuasa disini

04. Royalti minyak naik 20% atau lebih

05. Jalan aspal semua jalan sekitar  bandar

06. IC khas utk Sabah

07. Kesesakan jalanraya diselesaikan termasuk di daerah Keningau 

08. Bantuan kewangan sepanjang tahun untuk golongan berpendapatan rendah

09. Penyerahan geran-geran tanah diperhebatkan

10. Wujudkan Undang-Undang Anti lompat parti

11. Sabah BUKAN lagi negeri termiskin 

12. Kembalikan dan buktikan status Wilayah Sabah tanpa gagal.

Kalau ini dapat diselesaikan dalam tempoh 26 bulan atau kurang, sememangnya anda lebih layak jadi kerajaan dan perlu disokong sepenuhnya!!!

No comments: