Sidang Media Anwar Ibrahim: Adakah kerajaan bertukar sekali lagi?

 

Firdaus Azil
Sidang Media Anwar Ibrahim: Adakah kerajaan bertukar sekali lagi?
Spekulasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti kerusi mula bertiup kencang apabila beliau dijadual mengadakan sidang media khas tengah hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Spekulasi Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti kerusi mula bertiup kencang apabila beliau dijadual mengadakan sidang media khas tengah hari ini.
Beberapa media memetik sumber sebagai berkata Ahli Parlimen Port Dickson itu akan membuat satu pengumuman penting, dipercayai mengenai jumlah sokongan yang diperlukan untuk mengambil alih kedudukan sebagai perdana menteri.
Sebuah portal turut melaporkan Anwar sudah mencapai kata sepakat dengan 20 wakil rakyat dari Perikatan Nasional untuk beroleh majoriti sokongan daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat.
Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mempunyai jumlah majoriti yang tipis apabila usul menggugurkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Arif Md Yusoff hanya disokong 111 berbanding 109.
Untuk rekod, Ahli Parlimen Kota Marudu dari Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Maximus Ongkili tidak hadir ketika usul dibentangkan pada 13 Julai itu.
Tonton sidang media oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di LIVE TV dan Facebook Astro AWANI mulai jam 12 tengah hari ini.

No comments: