SESIAPA YANG MENYOKONG ANWAR DENGAN IKHLAS MEREKA LEBIH MULIA DARI PARA PENGKHIANAT

 

Kalau kita nak buat benda yg baik, ada orang jahat sokong kita, boleh tak dia sokong atau dia lawan kita? Kalau kita nak buat benda baik, tetapi kita angkat orang jahat jadi pemimpin kita, adakah kita betul dan dapat pahala?

Almarhum tok guru Nik Aziz pernah sebut, jika iblis nak sokong Pas pun tiada masalah. Adakah itu bermaksud Pas mahu berketuakan iblis? Dalam maksud kata2 beliau. Hanya yg berakal boleh menafsirkannya

Jika ada pemimpin2 Umno yg mahu sokong Anwar, dialu2kan. Tetapi, jangan berangan jika mahu Anwar 'bersih dan sucikan' kamu jika kamu ada kesalahan dengan rakyat atau negara. Anwar mungkin boleh maafkan kesalahan peribadi kamu dengannya, tetapi jika kamu merompak harta rakyat, kamu tidak akan terlepas meskipun 10 kajang kertas kamu tandatangan SD untuk menyokong Anwar.

Sesiapa dari Umno yang menyokong Anwar untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yg dirompak itu. kamu lebih baik dari para pengkhianat. Kamu boleh tebus kesalahan kamu yang sebelum ini bersubahat dengan pengkhianat merampas mandat rakyat apabila kamu menyokong Anwar Ibrahim dan PH. Lakukan lah !!

WFAUZDIN NS

No comments: