Ramai orang tanya kenapa MCA kalah tempat Cina dan salahkan MCA tidak kerja keras dan Jangan Bagi MCA kerusi Melayu.


* Penting - Sekarang Saya menjawab secara third person point of view . Ertinya, apa yang Saya katakan tidak mewakili pendirian politik Saya, dan Saya tidak memihak mana mana pihak melainkan bincangkan pemerhatian Saya . Paham ini dulu sebelum baca . 

* Kalau tak setuju atau tak percaya, copy paste ini dan tanya kawan Cina penyokong PH ini betul ke tak . 

1. Orang Cina Malaysia bukan sahaja menolak MCA . Saya 100 confirm, Kalau kawasan Cina ditanding oleh UMNO, PPBM ( selepas 2020), PAS ( selepas 2015), MIC, pasti semua kalah.

2. Adakah orang Cina menolak Parti Parti di atas berdasarkan Perkauman ? Tidak sekali. Orang Cina sokong PAS ( sebelum 2015), PPBM ( sebelum 2020), PKR , Warisan dan Amanah yang merupakan Parti Parti yang dipimpin oleh Melayu Islam.

3. Kenapa Cina menolak BN, PN ? Kerana mereka berpendapat teguh bahawa kebanyakkan pemimpin seperti DS Najib Razak, DS Zahid Hamidi, DS Bung Mokthar, DS Aziz Baling, Dan lain-lain pemimpin adalah perasuah. 

Percayalah, Kalau DAP tubuh kerajaan dengan UMNO, orang Cina akan buang DAP serta merta dalam PRU yang seterusnya. 

Kelihatan orang Cina mula bantah DAP sewaktu PH memerintah, seperti di PRK Tanjung Piai dimana YB Wee Jeck Seng dapat kenaikan undi Cina berbanding waktu PRU. Ini menunjukkan orang Cina bukan sokong DAP semata mata. PRK sandakan masih awal sebelum isu Tar College  

4. Orang Cina rasa DAP dan Tun M tak Rasuah ? Bagi DAP , orang Cina rasa teguh bahawa YBLim Guan Eng tidak rasuah kerana persepsi yang dicipta oleh YB Lim Guan Eng . banglow adalah Boleh diterima, naik kapal terbang pun Ekonomi.

Orang Cina rasa Tun M makan rasuah, tapi sanggup tutup Mata kerana Belum bongkar terbukti nyata, dan berjaya dalam menolak UMNO yang kebanyakkan orang Rasuahz

5. Ini maksudnya, Apa Jua MCA buat pun, selagi BN dan PN tidak Bersihkan persepsi rasuah secara maksima di Mata pengundi Cina, BN PN tidak dapat menawan hati pengundi Cina.

6. Orang Cina juga memuak dengan polisi polisi BN yang dipimpin UMNO, dan pemimpin pemimpin dan rakan rakan Melayu yang nak tutup sekolah Cina, kurangkan bajet untuk sekolah Cina, agihan biasiswa yang tidak adil, Perancangan ekonomi yang tidak memihak dan tidak adil kepada kaum Cina.

Saya Sudah jelaskan mengenai hak bumiputra, Jawapan kebanyakkan Cina adalah, tidak menolak sangat , tetapi tak boleh tahan Perasuah yang jadi kaya dalam polisi ini.

Saya tanya Tun M juga kaya, macam mana Boleh sokong ? Jawapan mereka kembali kepada point ke - 4

7. Apakah petua orang Cina untuk Mengundi ? Parti - Parti termasuk Sekutunya  yang Boleh  menunjukkan bahawa pemimpin Parti dia Bersih , atau kurang rasuah secara ketara berbanding dengan Parti lawan, dia akan dapat hati pengundi Cina.

Contohnya, Kalau Boleh buktikan, secara fakta DAN PERSEPSI bahawa YB Lim Guan Eng dan pemimpin - pemimpin lain Di DAP , masing masing kaya Raya maka rasuah Berbillion, miliki 5 rumah nilai jutaan, ada private jet, Ada bukti duit itu adalah daripada rakyat secara nyata dan jelas . Maka Cina mungkin akan undi MCA ataupun undi rosak dalam PRU akan datang 

Adakah semua Di atas pendirian Saya ? Tidak . Saya hanya cakap tentang pemerhatian Saya atas trend mengundi orang Cina, untuk pertimbangan anda semua.

Adakah Saya salahkan mana mana Parti? Tidak , Saya hanya katakan minda pengundi Cina .

Kalau tak percaya Saya ? Copy ni paste kepada kawan Cina anda yang menolak BN PN, tanya diaorang betul ke tak . 


Sekian .


Ulasan Apek Cina.


No comments: