KITA TIDAK PERNAH BELAJAR DARI SEJARAH...!!!


PENYOKONG JANGAN DIBIARKAN BERTEKAK.LEBAI AKAN CUCUK

 

SETAHUN yang lalu...Aku telah beberapa kali cuba ingatkan, jangan berKONFRANTASI, jangan biarkan penyokong terus bergaduh sebab ia akan merebak dan mempengaruhi orang sekeliling PT95. Khalid Samad hanya tersedar dan sebut dalam FB Live hanya selepas kerajaan PH tumbang walhal aku dan ingatkan dia setahun lebih awal.

 Lainnya dah jadi sejarah yang berulang. Sejarah 1996-98 dimulai dengan pergaduhan penyokong keduanya akhirnya DSAI terpelanting pada 2 Sept 1998.

 Pergaduhan yang sepatutnya kita elak berulang lagi pada tahun 2018-2020 dan akhirnya kerajaan PH tumbang angkara usaha kali kedua PT95 nak sailang DSAI.

 Nama

Shahbudin Husin

sebagai pendesak disebut dalam mesyuarat sebagai alasan menyalahkan DSAI dan "justifikasi" untuk mereka bertindak keluar dari PH. Sebab itu aku berbeza pandangan dengan SH ketika itu dlam bab mendesak PT95 sebab aku berpendapat ia mesti dilakukan dngan mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat "ketetapan" peralihan kuasa.


 AKIBAT KEBEBASAN BERSUARA

 Di era PN ni SKMM ada kempen dan TV siap ada slot khas membincangkan isu kesan dan akibat Kebebasan Bersuara.

Pada peringkat awal PH menang PRU14 dan jadi kerajaan RAMAI penyokong termasuk Facebookers pro PH macam saya dan

Ibrahim Mat Isa

menegur tentang bahaya Kebebasan Bersuara TANPA HAD. Berkali-kali saya dah sebut Kebebasan Bersuara mesti hadir dengan tanggungjawab dan had yang digariskan. Draw the line.

Malah bukan setakat menulis, mengkritik di FB, saya panjangkan pandangan saya melalui Whatsapp kpd pimpinan PH termasuklah yang berstatus Menteri dan Timb. Menteri. Tapi jawapannya sungguh mengecewakan.

 Selebihnya adalah sejarah. Apa yang cuba saya sampaikan ialah, PH mesti belajar dari kesilapan ini. Lihat perkara penting mendidik rakyat seperti ini yang GAGAL dilakukan oleh PH angkara jentera Komunikasi dan Penerangan yang lemah.

 Jika ditakdirkan PH jadi kerajaan semula selepas PRU, jngn diulang lagi perjuangan tolol Kebebasan Bersuara TANPA HAD. Rakyat Malaysia belum cukup matang untuk menangani kebebasan ini. Ia mesti bertahap dan mendahulukan pendidikan awam.

 

ZUS DIN


No comments: