KENYATAAN MEDIA AHLI-AHLI PARLIMEN KEADILAN



27 September 2020


Ahli-ahli Parlimen KEADILAN telah mengadakan perbincangan pada hari ini tentang kedudukan terkini Kerajaan Persekutuan berikutan pengumuman Presiden KEADILAN Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 23 September 2020.

Kami memanjatkan doa agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diberikan kesembuhan yang segera dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN memberi sokongan penuh kepada langkah yang diambil untuk mengembalikan mandat rakyat pada 9 Mei 2018 dengan memberi tumpuan ke arah memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesenjangan miskin dan kaya. 

Sebarang sokongan daripada mana-mana Ahli Parlimen harus datang dari keinginan jujur mahu menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, dinamik dan kuat.

Komitmen terhadap keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara integriti Kerajaan yang baharu tidak akan dikompromi sama-sekali. Kerajaan mesti fokus memantapkan tatakelola dan melaksanakan reformasi institusi, termasuk badan kehakiman.

Kami turut mengambil maklum bahawa dengan kenyataan bahawa ramai Ahli Parlimen UMNO BN telah beralih sokongan dan kini menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri.

YB Datuk Johari Abdul

Ahli Parlimen Sungai Petani

Ketua Whip KEADILAN

No comments: