Hishammuddin dakwa sebahagian jentera BN disahkan positif Covid-19

 

Hishammuddin dakwa sebahagian jentera BN disahkan positif Covid-19

Bekas Naib Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa sebahagian daripada jentera BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah disahkan positif Covid-19.

Menteri Luar Negeri tersebut berkata beliau kagum dengan semangat jentera BN sepanjang kempen yang lalu walaupun risiko jangkitan wabak tersebut masih tinggi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang baru pulang dari Sabah terutama jentera BN agar menjalani saringan Covid-19 sekiranya terdapat gejala.

“Saya tahu ada sebahagian daripada jentera BN telah disahkan positif. Saya harap semua yang positif ini tabah dan segera beroleh kesembuhan.

“Biarpun semasa kempen tempoh hari setiap SOP telah dipatuhi namun kita berdepan dengan virus yang tidak boleh dilihat.

“Risiko dijangkiti tetap tinggi. Sebab itu saya kagum, biarpun sedar risiko ini, namun ia tidak sedikitpun melemahkan semangat jentera BN untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara,” katanya di Facebook hari ini.

No comments: