Antara Bubar Parlimen dan Pengembalian Semula Mandat Rakyat


1. Dipercayai, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diberi peluang mengadap KBDYMMSPBYDP Agong terlebih dahulu untuk membuktikan dan menyenaraikan sokongan Ahli Parlimen terhadapnya.


2. Namun seandainya keberadaan Muhyiddin ke istana mengadap YDPA bertujuan untuk memohon perkenan pembubaran Parlimen, maka permintaan tersebut sudah pasti ditolak dengan mentah kerana negara ketika ini sedang menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19, iaitu gelombang Genome 164 Kluster Super Spreader.


3. Telah dicanang sebelum ini oleh Muhyiddin, pilihanraya umum akan dilaksanakan segera setelah PN menang Pilihanraya Negeri Sabah. Adakah kerana ketika itu Muhyiddin sendiri telah sedar bahawa beliau sudah tidak mempunyai sokongan Ahli Parlimen?


4. Di sebalik pelbagai polemik termasuklah perebutan kerusi Ketua Menteri, pertukaran portfolio menteri untuk membeli sokongan dan pergelutan PN-BN dalam pelbagai acara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat begitu tenang membawa isterinya Dr Wan Azizah ke pasar dengan memandu Volkswagen Beetle Classic 1967.


5. Anwar Ibrahim sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk dipersembahkan kepada YDPA dan mengembalikan semula Mandat Rakyat. Jumlah tersebut bukan sekadar untuk menjadi kerajaan yang terpaksa 'memajak' jawatan GLC untuk menjamin kestabilan, tetapi cukup untuk menobatkan DSAI Perdana Menteri sehingga habis penggal tanpa rasa gusar.


6. Dengan adanya jumlah majoriti Ahli Parlimen yang "Strong, Convincing and Formidable" dengan izin untuk Anwar Ibrahim, maka permintaan Muhyiddin untuk membubarkan parlimen adalah tidak wajar sama sekali malah tiada 'locus standi' untuk berbuat demikian.


7. Kini tiba giliran Anwar Ibrahim untuk memacu negara mengikut acuannya selaku pemegang rekod Menteri Kewangan Terbaik Asia suatu ketika dulu. Rekod yang bersih, tiada salah laku, tiada rasuah dan ketirisan dilaporkan sepanjang menjawat jawatan menteri.


8. Kestabilan politik dan seterusnya menstabilkan ekonomi secara tidak langsung akan mengundang pelabur luar khususnya negara kaya dari Arab, Turkey dan Eropah yang selama ini menanti detik DSAI menjadi PM untuk menyuntik pelaburan berskala besar. Mereka yakin dengan 'brand' Anwar Ibrahim.


9. Agenda Reformasi Total yang tuntas merupakan agenda penting yang tidak boleh ditangguhkan lagi. Reformasi sistem, polisi dasar, ekonomi dan sosial, tanahair ini perlukan penjajaran di banyak sektor. 


10. Bagaimana penjajaran ini mampu dilakukan? Biar Anwar Ibrahim cerakinkan agenda Reformasi yang dilaungnya selama ini. 


11. Lebih cepat Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri, maka lebih cepat jua nasib rakyat dibela dengan polisi ekonomi yang mendahulukan rakyat. Anwar Ibrahim begitu obses untuk membantu marhein di bawah, membasmi kemiskinan, ini naratif wajib dalam setiap ucapan beliau.


12. InshaAllah, kita selama ini menyaksikan betapa sukarnya jalan yang dilalui oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi nakhoda negara, percayalah bahawa kesukaran inilah yang akhirnya membawa kepada kemenangan yang paling bahagia untuk rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Rakyat - The People's Champ!


Edy Noor Reduan

Aktivis Blogger

30 September | 8.15am | Bilik Kuarantin Persendirian




No comments: