YDP YADIM dikecam pakai kopiah Pas ketika program rasmi



Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan telah menampilkan imej kepartian dalam program rasmi yayasan tersebut.

Dalam gambar yang dimuatnaik di laman Facebooknya semalam, Nasrudin dilihat memakai kopiah berlambang Pas ketika program YADIM di sebuah masjid di negeri Perak semalam.
Program Cuci-cuci Masjid dan Musaadah Covid19 itu telah diadakan di Masjid Fazullah Kg Teluk Kepayang dan turut hadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri.

“YADIM Peduli meneruskan program Cuci-Cuci Masjid dan Musa’adah Covid 19’ di Masjid Fadhlullah Bota Perak.

“Lebih kurang 20 buah kampung dari qaryah tersebut mendapat sumbangan asnaf daripada YADIM,” tulis AJK Pas Pusat itu.

Tindakan tersebut telah mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan adakah YADIM ini adalah milik Pas.
“Yadim sudah diPas kan ke?,” soal pemilik akaun Facebook bernama Bidadari Besi.

Dalam pada itu, pemilik akaun bernama Pak Teh Pak Lang tindakan tersebut adalah kesan daripada tindakan kerajaan melantik ahli politik memegang jawatan tersebut.

“Bagi jawatan kat ahli politik penunggang agama ni, semua benda nak dipolitiknya,” katanya

Abu Thoriq As-suri pula berharap agar pemimpin tersehut tidak lagi memakai kopiah berlampang Pas itu lagi selepas ini semasa program YADIM.

“Harap kopiah Pas tu tak lagi dipakai selepas ini.

“YADIM kan badan dakwah yang sepatutnya natural, tak menyebelahi mana-mana pihak, apatah lagi parti politik,” katanya.


No comments: