Monday, August 10, 2020

ADA VIDEO DISERTAKAN: LIHAT BEGINILAH SALAHGUNA KUASA BERLAKU .Sekarang dah lain, timbalan menteri pun dah cukup ‘power’, sindir Anthony




Semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH), semua menteri dan timbalan menteri diingatkan agar tidak sekali-kali mengeluarkan surat sokongan kepada sesiapa sahaja.
Mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberitahu, ini lebih-lebih lagi kepada ahli parti sendiri.
Pesanan itu diberikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Ketua Pesuruhjayanya ketika itu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Malah jelas Anthony, bukan sahaja tidak boleh memberikan surat sokongan, malah minit daripada Menteri juga mesti ditulis dengan perkataan yang umum dan tidak mempengaruhi sebarang keputusan.
“Yang dibenarkan hanya “Untuk pertimbangan” atau “Sila teliti cadangan tersebut”.
“Itu cara pentadbiran semasa zaman PH. Ya lah.. Menteri PH tak power. Datang lobi Menteri pun tak guna. Semuanya tak boleh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut Anthony, sekarang sudah lain, timbalan menteri pun dilihat sudah ‘cukup power’ dengan surat sokongan dijadikan modal kempen pemilihan parti.
“Macam-macam boleh. Memang power! Hebat Menteri dan Timbalan Menteri sekarang,” katanya.
Beliau turut berkongsi tangkap layar laporan berita bertajuk ‘Video shows Bersatu Youth chief hopeful promising support letters for votes’ yang diterbitkan portal Malaysiakini semalam.
Malaysiakini semalam melaporkan, calon ketua Pemuda Bersatu (Armada) Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sebagai timbalan menteri, dia dapat “permudahkan” urusan untuk membantu ahli Armada melalui exco-exco yang dilantik kelak.
Timbalan menteri belia dan sukan itu berkata demikian dalam klip video yang dikatakan dirakam ketika Wan Ahmad Fayhsal berkempen bersama Armada Pahang bagi pemilihan calon Ketua Armada yang dijadual berlangsung pada 27 September ini. 


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers