LAPORAN COVID 19 HARI INI.KEDAH BERJAGA JAGA TERMASUK JIRAN PERLIS DAN PULAU PINANG






Kluster Sivagangga dah merebak dari Kedah . Negeri mana selepas ini? 🤔
Polis buat sekatan jalan raya mulai 10 malam tadi


Polis melakukan sekatan jalan raya di Sanglang bermula malam tadi. - Foto BERNAMA
Polis melakukan sekatan jalan raya di Sanglang bermula malam tadi. - Foto BERNAMA

Laluan ke Kuala Sanglang ditutupShare



SANGLANG: Laluan utama ke Kuala Sanglang ditutup 10 malam tadi, selepas kerajaan negeri Perlis mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO).
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata polis melakukan sekatan jalan raya di empat laluan masuk ke Kuala Sanglang bagi membendung penularan wabak COVID-19.
"Empat sekatan itu ialah di Simpang Tiga, Jalan Padang Keria, hadapan Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Sanglang dan hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun," katanya hari ini.
Beliau berkata, seramai 20 orang anggota dan pegawai diletakkan pada setiap sekatan jalan raya.
"Orang ramai yang berada dalam kawasan TEMCO (Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul) diminta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak penularan wabak," katanya.
Semalam, media melaporkan kerajaan Perlis melaksanakan TEMCO selama 28 hari bermula 10 malam tadi di dua kampung, iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.
Perlis sehingga semalam mencatat 30 kes dengan 11 kes baharu daripada kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga. – BERNAMA

No comments: