Kes Lim GuanEng..Hanya keterangan seorang saksi ?


Jamzuri Ardani

Pertuduhan rasuah ke atas Lim Guan Eng adalah dibuat sepenuhnya berdasarkan kenyataan saksi pendakwa iaitu Datuk Zarul Zulkifli.

Pertuduhan ini tidak ada bezanya dengan kes liwat DSAI sebelum ini di mana kes pendakwaan dibuat sepenuhnya berdasarkan kenyataan saksi pendakwa iaitu Saiful Bukhari.  Mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas DSAI atas alasan, "tiada sebab untuk mahkamah meragui kenyataan saksi pendakwa".

Melalui kenyataan saksi pendakwa iaitu Datuk Zarul, LGE tidak berkata "tidak" dan tersenyum ketika beliau menawarkan 10% dari keuntungan projek itu kepadanya ketika bersamanya di dalam kereta. Bukan LGE yang meminta, tetapi beliau yang menawarkan. LGE juga tidak berkata "Ya", cuma beliau 'gagal berkata tidak' ketika ditawarkan oleh Datuk Zarul.

Tidak ada bukti transaksi, tidak ada wang yang dirampas, dan tidak ada saksi lain yang berada dalam kereta tersebut.  Sepenuhnya berdasarkan kenyataan saksi pendakwa.

Bukan untuk membela sesiapa, tetapi nilailah sendiri dan bandingkan dengan kes-kes lain yang sedang dibicarakan.

Semoga Allah tunjukkan kepada kita yang benar sebagai benar, yang bathil sebagai bathil.



No comments: