BEBERAPA PERISTIWA YANG BERLAKU


HAMDAN TAHA

Hari ni tun Dr M umum dia tubuh parti baru. Saya dari tahun 90 sehingga sekarang masih tetap tidak pernah menyokong Tun Dr M ini...
Tapi ada sikap yang saya harus puji kepada beliau. Sikap keyakinan diri yang kuat yang ada pada beliau. Tidak banyak melawak dan serius bila berlawan. Watak itu membezakan dia dan musuh politiknya seperti anwar dan pak lah juga najib...beliau sentiasa menang kerana watak melawan yang tinggi...umur sahaja yang menyebabkan sedikit keterbatasan...
Dia tubuh parti lagi untuk dia terus melawan dengan musuh barunya iaitu TSMY. Bezanya sekarang TSMY ada pendekar pendekar baru yang sentiasa menjaganya iaitu Umno dan Pas. Dua pendekar ini sangat hebat pencak silatnya dan ada ilmu kebal bersama mereka....
Kita tinggu perkembangan selanjutnya selepas parti baru Tun Dr M di tubuhkan. Cuma keyakinan saya parti itu lebih bagus dari Amanah dari segi kekuatan nanti. Sudah pasti Tun Dr M bukan tubuhkan sebuah parti untuk menjadi pengikut tetapi untuk menjadi ketua....
Selamat maju jaya tun Dr M...
DAP parti paling karut dan merasakan mereka ni malaikat dan orang baik belaka...
Bila orang umno di dakwa bukan main lagi buat kenyataan setuju dan seolah olah Umno tu semua yang ada di dalamnya peyamun dan perompak...SPRM di puji...Mahkamah di puji...Hakim pun di puji...bla bla bla bla..
Sekali pemimpin mereka di bawa ke mahkamah oleh SPRM...terus tukar nada...ini pendakwaan politik bukan ada bukti....tidak dapat di buktikan....dan saya akan lawan habis habisan...saya akan bersihkan nama saya di mahkamah.....
Ayat yang sama dengan Dato Najib ialah saya akan bersihkan nama saya di mahkamah....tapi ingat bila dah di jatuhkan hukuman jangan pula kata Hakim salah buat keputusan....
Cakap tak serupa bikin LGE dan Penyokongnya...yang lebih teruk Tun Dr M pun boleh berkata pendawaan LGE di lihat ke arah pendawaan politik....

Nampaknya convid dah merebak rebak antaranya acara balik kampung pada raya haji
Hari ini dah sampai Shah Alam.seksen 23 nampaknya.....yang lebih bahaya merebak kepada anak anak dan mereka ke sekolah....dua jenis sekolah pulak...sekolah kembangsaan waktu pagi....petang ke sekolah kafa....
Ini semua akan lebih menyulitkan. Jika serangan awal dulu dari klauter tabliq nampak lebih mudah di cari dan di panggil kerana kita boleh kenal pasti mereka...
Tapi kali ini tak tahu....tiba tiba kena sahaja....semoga Allah selamatkan kita....Perlis dah tutup semula....Kedah juga sepatutnya ambil pendekatan yang sama....PKP seluruh Kedah....
Saya paling kelakar sekali ialah bila menteri kewangan bagi tahu Tabung Harapan yang di buat oleh kerajaan PH itu telah di gunakan untuk membayar hutang 1MDB
Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah sumpah saya tak bagi 1 sen pun pada tabung itu.....
Yang bagi ke tabung itu adalah orang yang semuanya benci Dato Najib dan 1MDB....mereka lah yang berbaris bagi derma ke Tabung Harapan itu.....rupanya duit pembenci Najib dan 1MDB itu lah yang di gunakan bayar hutang 1MDB.....Kah kah kah kah....
Saya tak tahu lah siapa menteri yang buat keputusan itu. Jika menteri kewangan baru ini yang buat pun kelakar....jika LGE yang buat pun lagi kelakar.....
Jentera Umno dan Pas asyik balun duit tu LGE sapu kononnya....rupanya selamatkan Najib Razak punya hal.

No comments: