Saturday, August 8, 2020

BARU SEDAR TUBUHNYA PELBAGAI PARTI ITU ADALAH HAK DEMOKRASI

AGAKNYA...La ni OT95 dah sedaq kot yg menubuhkan parti baharu adalah hak demokrasi...😁
***************
Dari FB wall DAKJ
1. Tun Dr Mahathir berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya tidak ada pilihan melainkan menubuhkan sebuah parti politik baru walaupun menyedari bahawa sudah ada banyak parti politik, terutama di kalangan orang Melayu di negara ini.
2. Beliau menambah parti politik yang beliau tubuhkan dahulu bagi menjatuhkan kerajaan kleptokrasi Mohd Najib Abdul Razak, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), telah dilarikan (hijacked) oleh Presidennya, Muhyiddin Mohd Yassin.
3. Bersatu yang dihijack itu tidak lagi memperjuangkan matlamat asalnya iaitu menghapuskan kerajaan kleptokrasi sebaliknya bekerjasama dengan kleptokrat bagi menghidupkan semula pemerintahan kleptokrasi.
4. Beliau berkata, pejuang-pejuang asal Bersatu tidak ada tempat lagi dalam parti tersebut dan tidak akan dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
5. Oleh yang demikian, kata Dr Mahathir mereka tidak ada pilihan lain melainkan menjadi ahli sebuah parti baru yang berasaskan semangat perjuangan dan bukannya duit.
6. Parti baru yang bakal tubuhkan itu akan berasaskan perjuangan untuk orang Melayu dan Pribumi. Ini kerana parti-parti Melayu-Pribumi yang ada sekarang telah menggadai maruah bangsa Melayu, agama Islam dan hala tuju perjuangan.
7. Dr Mahathir berkata, parti baru itu akan memastikan yang rakyat Malaysia dari kaum-kaum lain juga akan mendapat pembelaan dan layanan sewajarnya.
-A. Kadir Jasin




No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers