Monday, August 31, 2020

KUASA KE TIGA PEJUANG TIADA PELUANG LANGSUNG.


Sebelum mendaftarkan Pejuang secara rasmi, Tun Mahathir Mohamad pernah mengatakan parti itu tidak akan menyertai PH atau pun bergabung dengan PN.
Katanya, Pejuang akan bergerak bersendirian berdasarkan hala tuju dan perjuangan parti itu untuk melawan rasuah, kleptokrasi dan penyelewengan dalam negara.
Walaupun mengakui partinya tidak mungkin mampu memenangi pilihanraya, tetapi Tun Mahathir yakin pihak yang ingin menubuhkan kerajaan akan memerlukan sokongan mereka bagi mencukupkan jumlah kerusi.
Dalam erti kata lain, dengan pendirian tidak menyertai PH dan tidak juga menyokong PN, Tun Mahathir mahu meletakkan Pejuang sebagai kuasa ketiga dalam PRU15 akan datang.
Bolehkah hasrat itu dicapai?
Dari segi teori, cita-cita yang diimpikan Tun Mahathir itu memang ternampak murni dan seolah-olah tiada masalah untuk dicapai, lebih-lebih lagi dengan auranya sebagai negarawan dan bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Tetapi, dari segi realiti, khususnya berdasarkan keputusan PRK Slim baru-baru ini, keputusan Pejuang bergerak sendirian tidak ubah seperti pilihan “bunuh diri”.
Dalam suasana sistem politik sedang bergerak menuju sistem dua parti, adalah sukar untuk sebuah parti kecil dan baru ditubuhkan dapat menjadi pilihan pengundi.
Lebih-lebih lagi kerana Pejuang hanya parti berasaskan Melayu dan Bumiputera, sementara parti Melayu dan Bumiputera yang lain sudah lama bertapak kukuh dalam pemikiran pengundi, bukanlah mudah untuk memperolehi sokongan yang mencukupi untuk menjadi kuasa ketiga.
Dalam PRK Slim, lihatlah bagaimana hanya 2,115 undi saja yang mampu diraih oleh calon Pejuang, itu pun dengan sokongan dan kehadiran beberapa pemimpin PH yang turut sama berkempen.
Cuba bayangkan berapakah undi yang mampu diperolehi oleh Amir Khusairi Mohd Tanusi kiranya tiada sama sekali penglibatan atau sokongan kempen daripada pemimpin-pemimpin PH?
Mahu tidak mahu, Tun Mahathir harus sedar, berdasarkan keputusan PRK Slim itu bahawa Pejuang tidak mampu bergerak bersendirian dan keinginannya untuk menjadi kuasa ketiga sebenarnya tidak melekat dalam hati para pengundi.
Pilihan pengundi hanya ada dua – Parti A atau Parti B.
Tiada parti C dalam pilihan pengundi dan lihatlah bagaimana cita-cita Pas yang ingin menjadi kuasa ketiga dalam PRU14 lalu langsung tidak kesampaian.
Kalau Pas, sebuah parti yang lebih lama, ada nama dan ramai ahli pun tidak diterima untuk menjadi kuasa ketiga, apakah Pejuang mampu melakukannya?
Oleh kerana mustahil untuk Tun Mahathir bergabung dengan PN yang didalamnya ada Muhyiddin Yassin, Bersatu dan UMNO, pilihan yang tinggal pada beliau hanyalah dengan membawa Pejuang masuk menyertai PH.
Sebagaimana sebelum PRU14 lalu, beliau telah membawa Bersatu menyertai PH, maka kali ini juga beliau harus melakukan perkara yang sama.
Cuma, oleh kerana PH sekarang sudah meletakkan Anwar Ibrahim mengetuai gabungan pembangkang itu, Tun Mahathir harus bersikap terbuka menerima kepimpinan bekas timbalannya itu.
Jika dalam hatinya masih ada perasaan tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir harus belajar membuang perasaan tersebut, bukan saja demi untuk menjatuhkan Muhyiddin, UMNO dan Bersatu serta bagi mengelakkan Najib Razak kembali berkuasa, bahkan juga untuk masa depan Pejuang yang di dalamnya ada masa depan anaknya sendiri, Mukhriz Mahathir.
PRU15 masih ada peluang untuk PH bangkit semula dengan syarat Tun Mahathir sedia merendahkan diri dan egonya untuk kembali bergandingan tangan dengan Anwar menyelamatkan negara ini.
Walaupun era Tun Mahathir boleh dikata sudah berlalu, tetapi pintu untuk beliau menebus segala kesilapan masa lalunya tidak pernah tertutup.
Apa lagi, sejarah telah membuktikan Anwar seorang yang sangat pemaaf dan tentunya sedia menerima Tun Mahathir dan Pejuang ke dalam PH dengan seadanya.
Hanya satu, Tun Mahathir harus menerima dan menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri PH tanpa sebarang syarat atau keraguan dalam hatinya.
Kalau tidak, Pejuang tidak akan mampu berjuang dan lebih mungkin terkubur tanpa sebarang kerusi kemenangan dalam PRU akan datang.
 (Shahbudindotcom 31/08/2020)

Ha..Ha..Ha....


Ibrahim Mat Isa

Tak matang. Macam kanak-kanak Ribena


PELUANG TERBENTANG UNTUK KULI MUNCUL HERO UMNO


Walaupun desakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan segera meletakkan jawatan langsung tidak mendapat sambutan ketika ini,!ia tidak bermakna kedudukan Muhyiddin Yassin akan selamat buat selama-lamanya.
Tengku Razaleigh membuat desakan itu berikutan Bersatu telah bersetuju menukar wajahnya daripada parti Melayu dan Pribumi kepada parti pelbagai kaum.
Bagi Ku Li, dengan perubahan itu, Bersatu tidak layak lagi berada dalam pakatan Melayu/Islam Muafakat Nasional yang didukung oleh UMNO dan Pas.
“Dengan berlakunya perubahan yang diumumkan oleh Bersatu, wajar pemimpin UMNO yang menganggotai kabinet berundur daripada kerajaan sekarang,” ujar beliau dua hari lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, tindakan keluar dari kabinet itu perlu dilakukan secepat mungkin.
“Ini patut dilakukan secepat mungkin supaya kita tidak membuang masa dan dapat memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar seperti kedudukan anak muda yang susah mencari pekerjaan dalam keadaan kita menghadapi pandemik Covid-19 yang mengancam negara pada masa ini,” tambah beliau.
Jika diperhalusi, desakan Ku Li itu adalah bertujuan agar kerajaan PN tumbang dengan sendirinya, Muhyiddin dijatuhkan dan PRU awal dapat diadakan dengan segera.
Desakan beliau itu sebenarnya selari dengan kenyataan beberapa pemimpin UMNO, termasuk Zahid Hamidi, Najib Razak dan Annuar Musa tentang perlunya Muhyiddin mengadakan PRU awal bagi mendapat mandat baru yang lebih selesa.
Di sebalik desakan PRU awal itu, baik oleh Zahid Hamidi, Najib dan khususnya Ku Li, ia sebenarnya adalah bertujuan untuk membolehkan UMNO dapat lebih awal menerajui semula Putrajaya sepertimana era BN dahulu.
Tetapi, nampaknya pemimpin UMNO yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang lebih sayangkan kedudukan peribadi mereka berbanding masa depan parti.
Apakah mereka tidak sedar apabila UMNO kembali menerajui Putrajaya nanti dan pemimpin UMNO sendiri menjadi Perdana Menteri, lebih banyak kelebihan boleh diperolehi?
Tidakkah juga mereka sedar bahawa dengan Muhyiddin daripada Bersatu menduduki kerusi Perdana Menteri sekarang, UMNO hanya berada di kelas kedua dalam kerajaan di mana bukan saja UMNO tidak diberikan kerusi Timbalan Perdana Menteri dan kementerian yang penting, bahkan dua menteri kanan telah dilantik daripada Bersatu?
Begitu pun, dalam hal ini, oleh kerana desakan Ku Li itu yang bermaksud agar PRU awal dapat segera diadakan tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pemimpin UMNO yang nampaknya lebih mementingkan kedudukan peribadi berbanding maruah parti, ia juga sebenarnya adalah peluang keemasan untuk bekas Menteri Kewangan itu menonjolkan dirinya sebagai hero.
Ku Li kini tidak perlu lagi mengharapkan sesiapa yang lain untuk melakukan apa yang didesaknya itu, sebaliknya beliau sendiri mesti memulakannya.
Oleh kerana kedudukan majoriti PN di Parlimen hanya ada dua undi, Ku Li kini perlu mencari tiga atau empat Ahli Parlimen untuk bersamanya mengumumkan menarik diri daripada menyokong Muhyiddin.
Tindakan menarik sokongan itu akan segera membuatkan PN tumbang dan Muhyiddin tiada pilihan lain selain terpaksa membubarkan Parlimen untuk diadakan pilihanraya semula.
Melalui pilihanraya semula di mana Najib tidak boleh bertanding dan Zahid Hamidi masih berdepan 87 kes mahkamah yang belum selesai, Ku Li sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO secara automatik berada di senarai paling atas sebagai calon Perdana Menteri.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan mungkin belum sesuai dinamakan sebagai calon Perdana Menteri kerana tiada pengalaman pentadbiran di peringkat persekutuan.
Lebih daripada itu, tindakan berani Ku Li menarik sokongan terhadap Muhyiddin sehingga Parlimen terpaksa dibubarkan sudah tentu akan membuatkan namanya dijulang dan disanjung tinggi oleh seluruh warga UMNO.
Oleh itu, apabila UMNO berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam PRU awal yang diadakan, Ku Li dengan sendirinya akan dianggap sebagai hero dan penyelamat kepada UMNO serta paling sesuai menjadi Perdana Menteri.
Kemudian, dalam usianya sekarang, setelah menjadi Perdana Menteri untuk setahun dua atau sehingga PRU seterusnya, beliau masih mempunyai masa untuk menyusun dan melatih pemimpin pelapis untuk menggantikannya.
PRU awal juga adalah detik terbaik melemaskan kedudukan Bersatu, malah Muhyiddin sendiri di Pagoh dengan beribu-ribu ahli Bersatu keluar parti, turut sukar untuk mengekalkan kemenangannya.
Kalau kedudukan Muhyiddin pun belum tentu, nasib Hamzah Zainuddin, Azmin Ali dan lain-lain daripada Bersatu lagilah lebih gelap jadinya.
Maka, ayuhlah Ku Li…jangan dilepaskan keemasan yang sedang terbentang sekarang ini!! 
(Shahbudindotcom 31/08/2020)




PERSEPSI AKIBAT KEBODOHAN


Rina Hamzah&Ibrahim Mat Isa

Mujur sekarang ini yang perintah negara Perikatan Nasional. Kalau masih Pakatan Harapan pasti ada yang buat posting,

"Sejak DAP memerintah ni, menteri pun dah tukar pakaian serupa dengan komunis."

Itu contoh. Kemudian akan ada penyokong UMNO dan PAS bebal bodoh kongsi gambar komunis lama yang ditempek dengan muka Lim Kit Siang.

Orang Melayu akal cetek memang mudah terpedaya dengan hasutan perkauman dan kebencian. Lalu, golongan itu pun sokonglah pemimpin Melayu yang kononnya Islam tapi sebenarnya lahanat dan kaki rasuah!

Politik orang Melayu berlegar sekitar itu sahaja. Tentangan antara yang berpendidikan dan cerdik DENGAN puak bodoh yang mudah termakan hasutan.

Syabas! Hari ini para menteri PN pun berpakaian komunis juga. So apa beza?




MALAYSIA BELUM MERDEKA SELAGI MESRA RASUAH, KRONISME, PENINDASAN

PEJUANG TIADA AURA, PKR DALAM SITUASI TERBAIK GEMPUR PN

MCA DIBERI BETIS NAK PEHA?

KOMENEH KAH PAKAI BAJU CAM GINI?



Ibrahim Mat Isa

Masa PH menjadi kerajaan, ini juga kostum sambut merdeka. Masa tu, naik gatal mata membaca posting walaun kononnya baju komunis, DAP menjulang kembali perjuangan komunis, kerajaan PH semakin dikomuniskan DAP.

Jenuh cybertroopers PH menjawab.

Hari ini terbukti sudah bahawa cybertroopers PAS dan UMNO ialah puak celaka yang mesti dilawan.

Adakah kamu nak menyatakan kerajaan tebuk atap ini sudah jadi komunis?

TUHAN HANYA BERSAMA MEREKA BUKAN ORANG LAIN?

VIDEO: MERDEKA ITU APA? - ANWAR IBRAHIM


ADA PENYOKONG PARTI KOMPONEN PH KECAM ANWAR KERANA HILANG KUASA?



CNP DARI TULISAN YANG DI EMAILKAN

Selama ini pihak admin sentiasa bersabar apabila ada beberapa bekas pegawai kerajaan dan penyokong pro Amanah menyerang, menghina, mengutuk, menyindir dan memperlekehkan Anwar.
Admin tak mahu ambil port kerana tidak mahu bergaduh. Admin fikir dari bergaduh sesama sendiri lebih baik bergaduh dengan kumpulan pengkhianat dan penyangak.

Kumpulan anti Anwar dari kalangan Amanah ini juga sangat kasar.
Mereka salahkan Anwar atas segala-gala yang berlaku.
Anwar yang bersalah kerana Azmin khianat.
Tun tak bersalah bila satu parti PPBM khianat. Tapi Anwar yang bersalah.

Yang beri kuasa besar kepada Azmin dan Zuraidah sehingga mereka berdua boleh bermaharajalela ialah Tun tapi tetap Anwarlah yang bersalah. Anwarlah paling jahat.

Anwar bersalah bila Kenny Chua khianat. PKR pecat Kenny serta merta. Tapi beberapa ADUN WARISAN yang khianat tak salah. Semuanya salah Anwar.

Kemudiannya mereka mainkan naratif Janda Baik. Video ada. Bukti ada kata mereka. Naratif itu dimainkan pro kartel. Dan disambung oleh pro Amanah. Admin memerhatikan dari jarak jauh. Tergamaknya mereka bergabung dengan kartel untuk kecam Anwar. Dah tak ada idea sangat ke?

Kemudiannya masa surat akaun bersumpah disebarkan RPK, golongan ini paling laju troll dan menyumpah Anwar.

Pernah satu ketika dulu. Sewaktu PH baru memenangi PRU14. Berita melaporkan AGONG ketika itu tak cenderung pada perlantikan Tun sebagai PM7. Kumpulan Amanah yang anti Anwar ini pun ramai-ramai la tunjuk protes kat Facebook. Siap cakap
"Kenapa la Anwar tak mampus je dalam penjara"?
"Kalau tak keluar lagi bagus"
"Patut duduk je dalam penjara tu diam-diam"

Aik. Yang tak setuju Agong. Tapi Anwar juga yang kena?
Salah seorang yang bercakap tu pun pernah dipenjarakan. Kes langgar Sultan Perak masa rampasan kuasa. Tapi boleh pula mereka fikir Anwar patut duduk dalam penjara sampai mati.

Manusia apa macam tu? Sungguh pun para admin tak sokong Tun tapi bukannya benci. Kami zahirkan ketidaksetujuan kerana tindak tanduk Tun merugikan PH dan melemahkan sokongan rakyat ke atas PKR, DAP dan AMANAH. Ringkasnya melawan Tun kerana para admin mempertahankan PKR, DAP dan AMANAH.

Tapi apa pula alasan mereka menyerang Anwar dan membela Tun? Ia adalah demi kuasa. Mereka bencikan Anwar kerana Anwar bertegas untuk tidak lagi terikut-ikut rentak Tun yang sumbang lagi mengelirukan. Kononnya Tun kuat dan ada sokongan Warisan Dap dan Amanah. PKR hanya perlu setuju sahaja dan Tun akan jadi PM 6 bulan.

Apa dia ingat Anwar ni puppet ke? Manusia tak ada perasaan? Untuk memastikan semua pegawai yang hilang jawatan dapat semula jawatan mereka, mereka mahu paksa Anwar bersetuju dengan tuntutan tak masuk akal Tun. Nonsense!

Bila plan A tak jadi ubah plan B. Shafie jadi PM lak. Ini semua kerja gila. Bukan nak sangat Shafie jadi PM lebih kepada Tun cuba halang Anwar by any means. Entah apa yang dia takut sangat pada kemaraan Anwar tak tahu la admin. Yang pasti dia orang pertama membela semburit yang kantoi video. Description: 🤣.

Kalau nak diikutkan. Kau dah caci maki orang tu. Benci dan menyumpah dia macam-macam. Mestilah kau rasa malu nak harapkan sokongan dia lagi. Betul tak?
Ini beza dengan pro Amanah yang anti Anwar. Maki Anwar teruk-teruk pun masih mengharapkan sokongan dari Anwar dan PKR.
Bukan semua pro Amanah anti Anwar. Sebilangan besar dari mereka pun nampak perangai tak tentu hala Tun. Dan menolak campurtangan Tun dalam gabungan PH. Mereka mahukan PH stabil dan kukuh supaya boleh focus melawan musuh sebenar.

Begitu juga dengan PKR. Tak ada masa nak pergi maki hamun mana-mana pimpinan Amanah dan pro Amanah yang anti Anwar. Focus melawan PN itu lebih utama. Tapi bagi kumpulan Amanah yang anti Anwar ni, mengecam Anwar paling utama. Sehari tak up status maki Anwar tak sah. Semuanya salah Anwar. Kucing dia sembelit pun salah Anwar. Anak dia jatuh basikal pun salah Anwar. Takde internet pun salah Anwar. Semua salah Anwar.
Anwar Ibrahim PM Rakyat..




"DENIAL SYNDROME" MENULAR SEMULA.



1)   Penyakit angkuh sombong ini telah berjangkit kepada sebahagian pimpinan Amanah dan DAP umpama COVID-19 di ketika ini. Bertahun sebelum PRU14 saya sering menulis tentang sikap Denial Syndrome PA$ dan Najib UMNO BN. Ia juga pernah saya sebut dan tulis mengenainya ketika kekalahan moral UMNO BN di PRU10 1999.

2)   Penulisan saya di era Reformasi dalam hal Denial Syndrome memfokuskan sikap UMNO BN yang sentiasa menafikan kekuatan PKR, PA$ dan DAP dlm BA sehinggakan lama kelamaan mereka kehilangan Pulau Pinang dan Selangor. Siapa sangka? Begitu sekali gerakan Reformasi digagaskan oleh DSAI berjaya sedikit demi sedikit merobek ego UMNO BN dan PM4 ketika itu?


3)   Ia tidak pernah termimpikan kerana dulu BN dianggap kebal. Berterusan BN pernah hilang negeri-negeri seperti Kedah, Perak dan Terengganu. Penyakit Denial Syndrome menyebabkan mereka memproses maklumat tidak tepat dan tindakan mereka bukan yang terbaik sehingga akhirnya BN hilang undi majoriti kepada PR yang mendapat lebih kurang 51.8% undi pada PRU13 tahun 2013. Tahun 2018 di PRU14 UMNO BN akhirnya tumbang.

4)   Itu pun mereka (UMNO BN) masih angkuh dan sombong. Masih dalam Denial Syndrome. Mereka nafikan juga kekuatan Media Alternatif ketika era 1998-2004 dan membiarkan kami para netizen Pro PEMBANGKANG memenangi Perang Siber di era Reformasi. Selain blog dan Laman-laman web pro Reformasi, antara platform debat paling popular waktu itu ialah Forum Gerak Reformasi (FGR). Sahabat-sahabat  alam maya di situ adalah antara hero-hero yang tidak didendang dan dilupakan sedangkan mereka lah perintis kepada penguasaan media atas talian bagi BA, PR dan kemudiannya PH.


5)   Pentadbiran PM4 tersilap catur apabila terus berada dalam Denial Syndrome dan cuba mempertikaikan Media Alternatif. Hanya apabila Pak Lah mengambil alih jawatan PM, UMNO BN mengakui akan bahaya Media Alternatif dikuasai pembangkang.

6)   Bermula dari situ seorang rakan sekolah saya yang merupakan salah seorg Exco Pemuda UMNO ketika itu mula mencatur gerakan media maya bagi UMNO BN. Bermulalah Perang Siber yang lebih sengit dan complex termasuk penggunaan pelbagai platform Social Media (SocMed) yang mula popular di Malaysia.


7)   Saya menulis semula berkaitan Denial Syndrome bermula 2015 sehingga ke PRU14 kerana sikap PA$ yang terus menafikan kekuatan PH dan kemampuan Amanah menggarap sokongan kerana secara bijak mengukuhkan Muafakat PH.

8)   Manakala UMNO BN pula ketika itu masih belum belajar dari kesilapan lalu, masih turut berada dalam Denial Syndrome menafikan kekuatan PH dengan penyertaan OT95 dan Bersatu. Bagi menjelaskan situasi ini tentang PA$ dan UMNO saya pernah menulis dan menyebut "DENIAL SYNDROME" AKAN MEMBUNUH SOKONGAN.

 
9)   Ternyata Najib dan UMNO BN tergamam menerima kekalahan pada 10 Mei 2018 yang setelah lama kita menunggu akhirnya beliau naik ke pentas dan akui bahawa tiada pihak mendapat majoriti jelas (masih dlm DENIAL SYNDROME) maka pihak BN akan memberi laluan bagi YDPA melantik PM seterusnya.

10)                      Hari ini, selepas kekalahan calon Bebas THE KETAPANG yang disokong OT95 dan pejuWANG, sebahagian pemimpin #K3 Amanah (belum nampak komen DAP) DIJANGKITI penyakit "DENIAL SYNDROME". Mereka masih tidak mahu mengakui bahawa OT95 sudah tidak relevan lagi dan sokongan kepada beliau tidak lagi se "gah" sebelum PRU14.


11)                      Para Ahli Akademik dan Penganalisis Politik telah beberapa kali memberi amaran tentang masalah populariti OT95 ini. Ilham Centre mengingatkan PH bahawa mereka perlu mengambilkira kemerosotan populariti Org Tua itu jika mahu terus bersekutu dengannya. Hari ini Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib dari UKM turut beri komen mengenainya. UUM sudah, UTM sudah, UKM sudah beri pandangan yang sama, tapi ada dlm PH yang masih "ignore" maklumat itu, natijah dari DENIAL SYNDROME. Link berita :

12) Tak perlu saya sebutkan kajian dalaman PKR yang memberikan nasihat kepada DSAI mengenai Approval Rating terhadap Abah Yiddin, OT95 dan DSAI sendiri. Menjelang PRU15 nanti kita akan tahu. Diharapkan sewaktu itu Sdr Rafizi Ramli dan INVOKE akan muncul semula dengan kajian-kajian yang lebih terkini dan meyakinkan. Doakanlah.
13) Sekali lagi...saya ingin ingatkan kepada Anai-anai PANtuk dan #K3...bahawa sesungguhnya DENIAL SYNDROME AKAN #MEMBUNUH_SOKONGAN...!!

Wallahualam.
- Zus Din
30 Ogos 2020
 

Bebas dan Muda : Satu Refleksi Wajah Malaysia




Malaysia tidak pernah lari daripada sejarah kepimpinan anak muda. Sejak dari era pembebasan ketika dijajah, kita diperkenalkan dengan figura seperti Almarhum Ahmad Boestamam, Kesatuan Melayu Muda, Almarhumah Shamsiah Fakeh yang mula berpolitik seawal usia 23 tahun bersama Partai Kebangsaan Melayu Malaya. Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad. Bahkan umur Tun Sambathan juga ketika itu masih di awal 30 an ketika mula mengetuai diskusi menuju kemerdekaan.

Nah, ini membuktikan bahawasanya anak muda Malaysia yang tulen memang tidak asing lagi dalam merebut tampuk kepimpinan negara dahulu. Bahkan parti- parti tradisional seperti UMNO dan PAS telahpun berani untuk meneruskan tradisi mengangkat kepimpinan muda.

Lihat sahaja susur galur mantan perdana menteri Malaysia yang keenam. Mula berkecimpung dalam politik sebagai ahli parlimen Pekan pada usia 23 tahun. Beliau memimpin sebagai Menteri Besar Pahang dan berada di dalam kabinet bahkan sebelum usia 30 tahun. Ini semua membuktikan isu kepimpinan muda ini bukanlah isu baharu tetapi hakikatnya topik yang taboo.

Tak kurang juga dengan figura-figura aktivis kemasyarakatan dan gerakan islam yang lantang menyuarakan isu-isu rakyat. Dari kerusi guru Yayasan Anda, presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, mengetuai demonstrasi Baling sehinggalah kini di kerusi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Tempat dan tugas yang berubah-ubah, namun mesej yang dibawa tetap tuntas dan jelas.

Justeru, ini membawa kita kepada satu persoalan wajar. Berapa ramai anak muda yang lahir dari rahim persatuan pelajar dan aktif di universiti yang akhirnya memanjat di tangga politik? ramai! Tetapi soalnya berapa ramai yang membuka ruang untuk generasi seterusnya tampil menggantikan mereka di tampuk kuasa? Entah berapa lapisan generasi mantan aktivis pelajar, aktivis masyarakat dan golongan profesional muda yang berbakat dan akhirnya melebam di peringkat bawah kerana ruang di atas tidak dikosongkan.

Malaysia sebenarnya masih lagi tersepit dalam kerangka ideologi politik kepartian. Kepimpinan yang terlampir pada figura, bendera atau dana. Sedangkan revolusi politik yang diketuai anak muda adalah berteraskan idea dan jana-daya. Politik yang menggerakkan dan merubah nilai-nilai norma yang bukan sahaja dibawa oleh orang tua, bahkan jua anak muda yang telah tercemar dek kerakusan kuasa. Politik anak muda sepatutnya menongkah sistem lapuk dan penindasan, bukan sekadar reaksi atau sebuah pergerakan populis yang tidak pasti arah tujuan.

Dalam era politik dipenuhi dengan zombi-zombi reformasi, yang menyarung ideologi reformasi selama dua dekad, tetapi membelakangi mandat rakyat. Bertahun-tahun menjadi pendekar adab, bersyarah buku Sheikh Al Musnid Syed Naquib Al Attas, tetapi akhirnya terjunam dalam kegelapan surat sokongan.

Mungkin sahaja mempunyai platform segar boleh jadi ruang dalam mencungkil bakat-bakat kepimpinan baharu. Tetapi untuk menyatakan ini idea yang dapat membebaskan Malaysia daripada kebejatan politik orang tua. Itu falasi yang perlu dibetulkan. Kepimpinan mereka yang berusia muda sudah bertapak di watan ini jauh lebih lama. Ada yang memerdekakan. Ada yang telahpun terbukti di mahkamah sebagai kleptokrat.

Pemimpin datang dan pergi. Figura muda bakal berusia lambat laun. Parti majoriti tidak mustahil menjadi minoriti. Tetapi ideologi adalah nilai yang akan menjadi navigasi moral dan komitmen dalam melahirkan polisi. Yang perlu diutamakan adalah apa yang dibawa dan apa yang akan ditawarkan.

Moga-moga anak muda Malaysia akan terus menegakkan panji-panji kebenaran dan keadilan sosial di manapun mereka memilih untuk menyerahkan budi. Masyarakat tidak punya banyak ruang dan kotak ekonomi yang mesra marhaen. Kesenjangan, kemiskinan, pendidikan, wajib menjadi obor perjuangan semua anak muda yang mahu bebas untuk berkuasa.

Selamat Menjiwai Kebebasan Anak Muda!


‘Atiqah Syairah Shaharuddin
Ketua Srikandi KEADILAN Tanjong Karang


Merdeka tahun ini bawa seribu satu makna - Amirudin Shari






Sambutan hari kemerdekaan 31 Ogos tahun ini sangat berbeza dengan sambutan tahun-tahun sebelum, namun ia menjadi satu sambutan yang cukup bermakna.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyedari bahawa pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi rakyat sehingga ada yang terpaksa berkorban demi mempertahankan negara.

"Tahun ini, sambutan kemerdekaan adalah amat berbeza dan memberi seribu satu makna. Negara kita telah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tahun ini.

"Kita diserang wabak COVID-19 sehingga menyebabkan kita terpaksa melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir 3 bulan, satu pengalaman yang belum pernah dirasai generasi hari ini.

"Berkat usaha, kegigihan dan pengorbanan para petugas baris hadapan, kita akhirnya telah berjaya keluar dari PKP dan kini dalam fasa PKPP," katanya menerusi akaun rasmi Facebook miliknya.

Amirudin juga memuatnaik sebuah video sebagai tanda penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang sudah berkorban selama ini.

"Wabak COVID-19 ditentang dengan cukup hebat demi mempertahankan negara ini dan rakyatnya. Tanpa para frontliners, hari ini kita belum tentu dapat merayakan sambutan hari kemerdekaan tahun ini.

"Video ini dedikasikan buat seluruh petugas perubatan, petugas keselamatan, penjawat awam, pemandu Grab dan penghantar makanan Foodpanda serta para petugas baris hadapan yang mempertaruhkan nyawa demi memelihara kemerdekaan negara ini.

"Merdeka ini merdeka kita, merdeka kita ini untuk anda. Terima kasih frontliners!" katanya.


Blog Archive

My Blog List

Followers