Tuesday, July 14, 2020

WAJIB TOLAK PAS :



Pembohongan selama beberapa puluh tahun selama ini,  akhirnya Allah tunjukkan wajah sebenar siapa itu PAS.

Selama ini rakyat Melayu Islam terpukau dengan konsep kononnya PAS ingin tegakkan syiar Islam dibumi Malaysia ini. Ye lah, bila tiada kuasa dan sebagai parti pembangkang utama..sudah pasti pelbagai cadangan serta janji PAS hendak ke Bulan ( logo PAS ) amat mengiurkan jiwa jiwa walaun PAS. Sedangkan hakikatnya roket pun PAS tak mampu dicipta ( kiasan kerana PAS akui Malaysia akhirnya adalah negara majmuk dan mustahil dapat laksanakan Hukum hudud ).

Allah sudah berikan PAS peluang untuk memerintah Malaysia bersama dengan Umno dan Bersatu. Namun, apa yang mampu PAS lakukan,  walaupun Menteri Undang Undang sudah diberikan kepada pemimpin tertinggi PAS untuk mengubal Perlembagaan negara dan dibentangkan di Parlimen.. PAS juga tidak mampu untuk lakukan. Untuk rekod juga sudah 3 kali Hadi Awang sendiri menangguhkan pembentangan di Parlimen.

Nyata PAS sendiri akui hukum Hudud  ( Nyawa Badan PAS ) mustahil dilaksanakan kerana negara Malaysia adalah berlandaskan masyarakat majmuk. Habis tu selama ini yang PAS laungkan malah siap diadakan perhimpunan raksasa RUU355 adalah wayang drama semata mata. RUU355  dilacuri akhirnya untuk menjadi salah satu bentuk hiburan bagi ahli PAS sahaja.

Lihatlah Negeri Kelantan selama 40 tahun PAS memerintah apa yang PAS lakukan dan usahakan,  bukannya Kelantan semakin maju malah semakin ketinggalan serta mengikut data Kelantan adalah negeri termiskin diMalaysia.( Rujuk kepada Menteri Radzi Jidin anak jati Kelantan). Adakah wajar diberikan peluang kepada PAS selama 40 tahun semata mata untuk menangani isu Air Bersih. Sedangkan negeri sekecil Perlis yang tiada minyak pun mampu menyediakan pasarana air bersih dan terawat yang baik waima Kedah sekalipun walaupun tiada telaga minyak.

Sesudah PAS menjadi kerajaan Persekutuan, nampak ketara PAS tidak mampu melakukan apa yang dijanjikan. Daripada janji manifesto untuk memberikan pendidikan percuma kepada RAKYAT apatah lagi untuk menghapuskan PTPTN.  Apatah lagi untuk mestrukturjan semula bayaran TOL lebuhraya. Hudud sudah pasti PAS tidak mampu tunaikan kerana ditentang oleh Umno, MCA, MIC dan GPS.  PAS cuma mampu berbohong setiap kali diadakan PRK ataupun PRU.

Alasan serta dalil terkini yang dicari pemimpin tertinggi PAS untuk menunaikan semua janji PAS adalah - Jika PAS dapat memerintah kerajaan Persekutuan Malaysia secara bersendirian atau disebut PAS secara SOLO barulah PAS dapat  tunaikan semua janji PAS dan laksanakan Hukum Hudud diMalaysia.

Amboiiii... PAS bercakap umpama kononnya pemimpin PAS boleh berjalan diatas air nampaknya. Sedar diri ker ?

Hakikatnya Pru-14 PAS bertanding sebanyak 160 kerusi parlimen iaitu terbanyak dalam sejarah PAS atau jika bertanding di 222 kerusi parlimen sekalipun, PAS cuma menang 18 kerusi sahaja..kerusi parlimen yang lain ..hangus deposit dan milik Umno atau PH. Malah jika dilihat Pru pru sebelumnya jelas kerusi parlimen dimenangi parti PAS semakin merosot dan ditolak RAKYAT.

RAKYAT dari kalangan Melayu Islam juga  nampaknya telah nampak wajah PAS disebalik jubah yang dipakai. Sebelum ini RAKYAT tiada sebab untuk menolak parti PAS sebagai pilihan seperti dalam Pru-14 yang lalu kerana PAS bermati- matian menafikan sebagai  rakan sekutu Umno. Sekarang PAS sudah pun mengaku serta cuma parti politik yang bersifat sekular liberal  untuk kepentjngan Dunia semata mata walaupun dasar Parti PAS yang ditulis adalah ISLAM. Itu cuma terjadi didalam buku pendaftaran PAS sahaja. Diluarnya PAS sama seperti Umno, Dap, PRM, Gerakan,  Bersatu, PKR atau GPS (sekadar menyebut contoh) sahaja tiada bezanya dari segi bentuk pentadbiran dan Perlembagaan setelah memerintah Malaysia. Sama seperti diawal Kemerdekaan negara Malaysia masih negara Sekular dan  Perlembagaan juga tetap sama tiada apa yang berubah setelah PAS memerintah Malaysia.

Jadi sudah sampainya parti politik seperti PAS yang sanggup melacuri agama Islam selama ini malah diwartakan sesat oleh Jakim ditolak oleh RAKYAT.

Dan paling malang adalah negeri Kelantan dikala negara Malaysia sudah maju dan akan mempunyai kereta terbangnya sendiri , namun isu air bersih terawat masih gagal diselesaikan oleh pimpinan PAS yang buntu idea untuk pembangunan negeri Kelantan. Adakah Kelantan berada diAfrika? Atau salah DAP kerana tidak memerintah Kelantan? Seharusnya dan wajib  pemerintahan negeri ditukar tampuk pemerintahan daripada PAS kepada UMNO ataupun parti lain yang lebih idealis dan realistik dengan keadaan semasa.

Dilantik Duta ke Timur Tengah bertaraf Menteri sekalipun PAS tidak mampu untuk menarik pelaburan berbillion duit Arab untuk melabur diMalaysia waima diKelantan, ditambah lagi mempunyai telaga minyaknya sendiri.

Dosa PAS kafirkan Umno juga belum diMaafkan. Sehinggakan ada ahli Umno yang mati dikafirkan PAS serta diminta tanam dijirat Cina. Adakah begitu ajaran ISLAM yang syumul ?

Tolak PAS undi Umno.

Dari Hijau kepada Biru.

Inikalilahhh.



Ahli Umno Kelantan.

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers