Tahniah Mujahid! TH catat pendapatan RM1.55 bilion setengah pertama 2020.Amacam walauns....

Tahniah Mujahid! TH catat pendapatan RM1.55 bilion setengah pertama 2020

Tahniah Mujahid! TH catat pendapatan RM1.55 bilion setengah pertama 2020

Walaupun diserang dan dibuat pelbagai fitnah terhadap menterinya, Lembaga Tabung Haji (TH) telah berjaya mencatat pendapatan pelaburan sebanyak RM1.55 bilion dalam tempoh setengah tahun pertama tahun 2020.

Pengumuman TH semalam bahawa mereka memperolehi pendapatan RM1.55 bilion untuk setengah tahun pertama adalah bukti kejayaan apa yang dibuat oleh menterinya sebelum ini, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Semalam, TH mengumumkan pendapatan itu dengan disokong oleh pelaburan di pasaran sukuk dan saham.

Menurut kenyataan itu, pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM1 bilion iaitu 65 peratus dari jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari hingga 30 Jun 2020.

Pelaburan hartanah pula telah menjana pendapatan RM204.57 juta, manakala pelaburan instrumen pasaran wang Islam menyumbang sebanyak RM187.13 juta dan RM150.27 juta pula daripada pelaburan ekuiti.

“Peningkatan pendapatan ini telah menghasilkan keuntungan bersih sebanyak RM1.25 bilion berbanding RM849.66 juta pada tempoh enam bulan yang sama pada 2019. Jumlah aset TH juga melebihi liabiliti sebanyak RM1.86 bilion pada 30 Jun 2020,” kata kenyataan itu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, mereka kini sedang memberikan tumpuan untuk mengurangkan impak dari Covid-19 yang melanda dunia.

“Impak besar dari wabak Covid-19 ke atas ekonomi dunia dan negara adalah menjadi cabaran yang paling utama bagi TH dalam menguruskan pelaburannya demi melindungi kepentingan pendeposit.

“Kami juga telah mengambil langkah untuk mengenal pasti kesan Covid-19 ke atas pelaburan melalui pemantauan berkala.

“Dari segi operasi pula TH perlu menjadi lebih efisyen dengan menambah baik perkhidmatan dan mengurangkan kos,” kata Nik Mohd Hasyudeen.

No comments: