Menarik sangat tulisan dari Ipohmali...



Hampir 2 Tahun , Para agamawan, Asatizah dok sebarkan fitnah kepada Dr Mujahid dalam group group Whatsapp, termasuk Group Whatsapp taman hatta Group Masjid..

Jangan kata Group Whatsapp, hatta Dalam Kuliah dan Khutbah Jumaat pun yang mana depa fitnah Dr Mujahid jual aset Tabung Haji..Jual Aset Ummat Islam, apalagi kata jual kat Cina..Tujuan mereka menyemai kebencian kepada Dr Mujahid dan Kerajaan PH..

Alhamdulillah hari ini Allah zahirkan satu lagi kebenaran dari fitnah mereka melalui lisan dan tangan mereka sendiri.. Dr Mujahid dibersihkan oleh jawapan mereka sendiri ddi Parlimen.. Tidak kah para asatizah ini berasa malu atas fitnah2 mereka ?

Kalau ikut jawapan Menteri Agama, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi separuh tahun pertama tahun ini, Tabung Haji telah mencatatkan lonjakan keuntungan sebanyak RM 1.25 Billion berbanding RM 800 juta untuk ahun 2019..Iaitu peningkatan sebanyak 80%..

Manakala jumlah aset Melebihi Liabiliti adalah RM 1.9 Billon.. Jumlah Aset yang direkodkan setakat bulan jun adalah sebanyak RM 78 Billion berbanding RM 73 Billion dalam kenyataan Tabung Haji pada september yang lalu..

Bayangkan tak sampai 1 tahun.. Perbandingan dari tahun 2019, Aset Tabung Haji meningkat lebih RM 5 Billion, Kalau ikut logik pengfitnah dari kalangan kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO.. asatizah, hatta Mufti dari Utara.. bila Dr Mujahid gadai habis aset tabung Haji.. patut Aset Tabung Haji bukannya meningkat..Tetapi menurun.. Apa maknanya ? inilah gambaran Kejahatan fitnah kelompok Khawarij dan Ashabiyah seperti PAS dan UMNO...

Ini menunjukan, Pengstrukturan Tabung Haji ini bukan saja berjaya, tetapi menakjubkan.. Jual beli aset berupa Saham, Perladangan mahupun hartanah adalah perkara biasa bagi sebuah syarikat pelaburan seperti tabung Haji, begitu juga yang dilakukan KWSP dan Khazanah.. apa yang penting Aset dan keuntungannya bertambah..

Sebagai contoh mudah, Pada bulan April.. KWSP meenjual lebih 3 juta saham Top Glove pada ketika barangan Latex mendapat permintaan tinggi Dunia disebabkan wabak Covid-19 ini pada harga RM 12-14 Sesaham, Berbanding harga penutup hari ini RM 23 sesaham.. Apakah boleh kita takrifkan KWSP jual Aset orang Melayu ? tidak.. Proses jual beli saham dan pengambilan Untung itu perkara biasa bagi Syarikat pelaburan..

Begitu juga bila Khazanah melupuskan RM 300 juta nilai saham dalam rangkaian pasaraya TESCO yang dipegang Sime Darby.. dan menjual lebih 11 juta saham TNB dengan nilai lebih RM 1 Billion.. Apakah boleh ditakrif Kerajaan Melayu Islam hari ini menggadaikan aset negara dan orang Melayu.. ? Tidak..ini proses biasa Syarikat Pelaburan...

Menjadi kebiasaan sebuah Syarikat Pelaburan seperti tabung Haji, PNB, KWSP mahupun Khazanah menjual sebahagian kepentingan mereka..

Sebagai Contoh mudah bagi peminat abah kita.., Jika Tabung Haji ada pegangan saham dalam penerbitan Harakah.. Jika dia menjual Saham dan kepentingan dia dalam Harakah, Apakah boleh ditakrif menjual kepentingan Islam.. ? Tidak.. Ia satu keputusan yang tepat bilamana Syarikat Harakah banyak Liabiliti, Hutang dengan Pengedar, Pencetak hatta dengan Staf sendiri..

Jangan jadi seperti Syarikat Pelaburan PAS seperti Kohilal dipimpn Nik Amar dulu.. Jangan kata Dividen, Perniagaan burung Unta kononnya dahulu, Entah hilang kemana.. Jangankan Unta, Burung pun tak nampak rupa.. Jangan kata Dividen, Modal pendeposit dan Pelabur Kohilal pun Hilang lesap.. Tinggal Sijil jer..Office pun takda.. lagi teruk dari Scammer Pak man telo..Kohilal Ini baru betul dinamakan gadai, Jual Aset orang Islam..

Ipohmali


No comments: