KAMI SEDIA MENANTI KEMUNCULAN RAFIZI



Selamat Hari Raya Korban.  Dia telah berkorban segala2nya.  Tenaga, idea, wang ringgit bahkan  mengorbankan kesenangan keluarganya demi untuk kita semua.  Usahanya berbaloi apabila PH akhirnya berjaya menjatuhkan rejim Najib, Umno/Bn.

Apabila kerajaan PH yang terbentuk bermula Mei 2018 hanya bertahan selama 22 bulan dek angkara pengkhianat dan disokong pula oleh Umno dan Pas, maka hutang Sdr Rafizi Ramli kepada kita selesai.  Dia telah tunaikan janjinya untuk membina negara, tapi bukan tugasnya untuk menentukan tiada iblis dan syaitan di dalam kerajaan PH. 

Beliau pernah membayangkan akan ada pengkhianatan terutamanya di dalam partinya sendiri, ramai yang tidak meyakininya.  Sebab itu, beliau tawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Presiden Keadilan pada pemilihan yang lalu.  Beliau mahu elak pengkhianatan berlaku terutamanya di dalam parti.  Malangnya, berapa ramai yang percaya dengan beliau? 



Sekarang kita lihat sendiri apa yang berlaku.  Tidak guna menyesal sekarang.  Biarkan Rafizi menarik nafas dan berehat dulu.  Biarkan dia menunaikan hutangnya kepada keluarganya yang banyak terabai sebelum ini.  Biarkan dia mencari rezeki sekarang setelah banyak dia berhabis untuk kita.  Setelah semuanya berjalan baik untuk diri dan keluarganya, percayalah, anak muda ini akan kembali mengatur langkah pencaknya di gelanggang politik yang semakin menggila ini.

Mengisi ruang yang ada, akan ada golongan atau kumpulan yang akan terus bergerak.  Golongan atau kumpulan ini menjadikan perjuangan Rafizi sebagai inspirasi wajar kita sokong dan bantu. 

SELAMAT HARI RAYA RAFIZI DAN KELUARGA!!

WFAUZDIN NS

No comments: