INILAH PEJUANG DAN PEMIMPIN YANG RAKYAT NANTIKAN...

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri


Isteri dan anaknya berada dalam Parlimen untuk bawa suara rakyat, suara keramat.  Bukan beliau pilih isteri dan anaknya berada di situ, tetapi rakyat yang memilihnya.  Mengapa rakyat pilih?  Kerana isteri dan anaknya adalah seorang pejuang, yang sanggup alami penderitaan berpuluh tahun dan berjuang bersama rakyat marhaen di bawah.

Mengapa ada suara2 sumbang terhadap isteri dan anaknya?  Mereka cemburu dengan kedudukan kedua2 insan ini?  Mereka tuduh kedua2 insan ini naik kerana itu pilihan Anwar?  Sewaktu kedua2 insan ini sedang menderita dan dizalimi, berarak dan berhimpun bersama rakyat di tengah2 semburan gas FRU di era reformasi, di mana kamu ketika itu?  Ketika sang isteri ini mendukung anaknya yang bongsu dan kakak sulung ini pula asyik membimbing tangan adik2nya di perkarangan mahkamah bagi menemani ketua keluarga tersayang dibicarakan atas satu tuduhan fitnah, di mana kamu ketika itu? 

Sememangnya mereka layak untuk diangkat sebagai pemimpin.  Anwar telah berjaya memimpin ahli keluarganya menjadi seorang pejuang rakyat.  Atas kejayaan memimpin ahli keluarganya menjadi seorang pejuang, lebih2 lagi membimbing ahli keluarganya menjaga moral dan akhlak, susah tentu insan ini layak untuk menjadi pemimpin negara. 

Anwar, seorang yang amat merendah diri dan bertolak ansur dengan rakan2nya.  Tetapi, apabila berhadapan dengan musuh2nya, beliau umpama singa kelaparan.  Suaranya lantang bergema di Parlimen apabila membawa suara rakyat.  Tidak pelik, ketika beliau berucap tidak ramai yang berani menganggu ucapannya atau mencelah, kerana silap2 cakap, mereka sendiri akan menjadi mangsa.  Beliau berani bersuara lantang kerana beliau berada di pihak yang benar dan pihak musuh tidak dapat mencari walau satu pun kesalahan atau penyelewengan yang telah dilakukan oleh anak Permatang Pauh ini.  Beliau tegas menyuarakan soal rasuah kerana beliau tidak pernah terpalit dengan rasuah. 

Beliau berprinsip.  Tidak mudah tergoda dengan tawaran untuk menjadi TPM walaupun hanya 6 bulan sebelum menjadi PM.  Beliau tahu, ini bukan soal jawatan dan kedudukan beliau.  Ini soal rakyat.  Ini soal reform yang rakyat mahukan.  Mendapatkan mandat rakyat kembali bukan bererti meninggalkan reform.  Doakan yang terbaik untuk keluarga meraka.

WFAUZDIN NS

No comments: