Esok Dah 1 Ogos, Wajib Pakai Face Mask Atau Denda RM1,000

Tengku Kudin Que

Mulai esok, 1 Ogos 2020, orang ramai adalah diwajibkan untuk memakai pelitup muka ditempat awam dan semua lokasi pengangkutan awam yang sesak, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Sesiapa yang gagal untuk mematuhi peraturan itu boleh dikompaun RM1,000 dibawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Keputusan mewajibkan penggunaan pelitup muka itu adalah selepas mengambil kira penambahan beberapa kluster baru dan mendapat saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadi, jangan lupa pakai face mask ya!

#ulang siaran
#kita jaga kita


No comments: