Tuesday, July 7, 2020

DULU ANWAR DIBELA, MENGAPA TIDAK KITA BELA MAHATHIR ? INI JAWAPANNYA...



Kompius...

Kita bertanya, mengapa perlu beriya-iya  nak angkat Mahathir sebagai PM ni?  Bukankah Mahathir dah takde parti?

Mereka jawab, Alaahh...dulu sewaktu Anwar dizalimi dan dipecat dari Umno, Almarhum Ustaz Fadzil Noor datang membela Anwar, waktu itu Anwar pun tiada parti, kan?  Seabb itu kita kena sokong Mahathir, katanya.

Aku termenung sambil picit kepala.  Mantik apakah ini? 

Apa kaitan kisah Anwar dizalimi dengan fitnah ke atasnya pada tahun 1998 dahulu dengan kisah Mahathir sekarang?  Siapa fitnah Mahathir sekarang?  Kalau dulu Anwar dipecat, siapa yang pecat Mahathir dari PM?  Siapa yang menzalimi Mahathir?  Bukankah Mahathir telah 'memecat' dirinya sendiri tanpa bertanya khabar dengan kawan-kawan dalam PH?  Bukankah pimpinan PH iaitu Keadilan, Dap dan Amanah telah dizalimi oleh Mahathir apabila beliau bertindak sedemikian sehingga memudahkan kerja para pengkhianat ikut atap masuk dan kerajaan PH tumbang?  Kita zalimi Mahathir atau Mahathir menzalimi seluruh rakyat Malaysia yang memberi mandat kepada PH? 

Janganlah kerana terlalu gopoh mahu bodek Mahathir maka buat kiasan yang tiada langsung persamaan..  Nampak sanagt akal kita pendek .


WFAUZDIN NS


No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers