Sunday, July 12, 2020

BEBERAPA AKTIVITI DI PARLIMEN PD


11 JULAI

KHIDMAT NASIHAT GUAMAN SYARIE PARLIMEN PORT DICKSON
Telah berlangsungnya sesi pertama Khidmat Nasihat Guaman Syarie di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson pada hari ini.
Sebanyak 4 kes dikendalikan oleh Peguam Syarie, Sdr. Kamarul Arifin berkaitan tuntutan tanah pusaka, harta hibah, perintah turun milik orang yang meninggal dunia dan satu kes berkaitan tuntutan PERKESO.
Ada sepasang suami isteri yang sejak jam 6 pagi lagi bertolak dari Felda Bukit Rokan Gemencheh semata-mata hadir ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parlimen Port Dickson ni bagi mendapatkan khidmat nasihat guaman.
Moga usaha ini memberi manfaat kepada semua pihak.
Sertai KEADILAN Port Dickson dengan mengisi borang di pautan berikut :
#

9 JULAI

Bersama pimpinan dan anggota KEADILAN Negeri Sembilan yang diketuai saudara
di Seremban petang tadi.
Sempat berbicara mengenai laporan Philip Alston mantan pelapor khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan masalah kemiskinan dan hak asasi manusia di Malaysia.
Saya tegaskan perkara tersebut harus diberi perhatian sesegera mungkin oleh pimpinan dan anggota agar tiada rakyat yang tercicir dan terpinggir dari arus pembangunan.
Turut ditekankan soal pemantapan parti yang harus tegak atas asas dan khittah perjuangan mengangkat agenda reformasi.
Saya juga ingatkan mereka agar dapat mempertahankan mandat rakyat serta harus sentiasa bersedia perkukuh dan pelihara parti bagi menghadapi kemungkinan pilihanraya umum bila-bila masa dari sekarang.

9 JULAI

Mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.
Saya bangkitkan beberapa masalah di Port Dickson yang perlu penyelesaian dan pertimbangan segera oleh kerajaan negeri.
Antara yang disampaikan termasuk rintihan pengusaha ‘banana boat’ yang hilang mata pencarian akibat pandemik Covid-19, isu-isu nelayan, masalah banjir dan saliran serta kelewatan pembinaan projek perumahan PR1MA.
Semoga kesemua isu rakyat ini dapat diselesaikan secepat mungkin.




No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers