Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Mesti Ada Kesungguhan & Keberanian Untuk Menjelaskan Alasan



Ramai yang teruja dengan kepetahan dan kelantangan ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Saya tidak hairan kerana kata arwah Haji Ikhwan Nasir kpd saya ( SetPol Tun Dr Ismail )..." Anwar dilahirkan sebagai pemidato hebat. Bagi saya dia luar biasa."
Sebab itu pesanan Anwar Ibrahim pesan kepada Pemuda PKR jangan taksub dengannya kerana kepetahannya berhujah tapi sokonglah dia untuk sama-sama mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih baik. Sebab itulah kita mahukan beliau menjadi PM.
Mahu yang muda lihat Syed Saddiq di 'booo'. Orang muda yang lain diam membisu. Sebagai pemerhati politik adalah sayang negara terlepas pemimpin sehebat DS Anwar yang mempunyai pengaruh yang cukup kuat di kalangan negara--negara Arab.
Kita akan rugi berbillion pelaburan dari negara-negara yang hanya menunggu Pak Sheikh ( panggilan Anwar di kalangan mereka ) menjadi PM. Malah kita akan rugi berbillion apabila pemimpin-pemimpin korup terus merompak wang negara. Negara kaya ini patut rakyat terbanyak ini merasainya bersama.
Ia bukan soal taksub ia soal kelayakan beliau. Bijak, tidak curi wang rakyat, sentiasa di bibir menceritakan nasib soal rakyat ( seperti Tun Razak ), benci kpd rasuah dan berprinsip.



No comments: