AKTIVITI DSAI DAN KUNJUNGAN YANG DITERIMANYA


2 JULAI
Hari ini menerima sepucuk surat dari pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang dikirim melalui wakil tatkala kezaliman Israel terhadap Palestin semakin memuncak.
Beliau memohon dukungan umat Islam dan rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kerukunan.
3 JULAI
Menerima kunjungan Pimpinan KEADILAN Sabah diketuai saudari Christina Liew.
Sebagai sebuah parti nasional sedari awal penubuhannya, KEADILAN sudah bertapak di Sabah sebagai wadah anak watan dari segenap kaum dan ras.
Saya hargai sokongan serta dukungan rakan-rakan dan akan meneruskan khidmat bakti kami buat semua rakyat di Sabah.


3 JULAI
Siang tadi saya menerima kunjungan YB Dato’ Ir Hj Ahmad Zakiyuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Mengambil maklum berkaitan pembangunan umat Islam P.Pinang, terutama sekali dalam memperkasakan umat Islam menerusi institusi masjid.
Turut serta dalam perbincangan Syed Mohd Nazli bin Syed Ahmad, Ahli Majlis MAINPP dan Saudara Mohd Fitri bin Ibrahim, Setiausaha Sulit TKM1 Pulau Pinang.



3 JULAI

Terus bersama perkukuh muafakat.
Bersama
Lim Guan Eng
hari ini di pejabat.


No comments: