SIAPA SUKA PRU 15 DIADAKAN SEKARANG?


HAMDAN TAHA


Nampaknya dua tiga  hari ini berlegar cerita presiden umno dan bekas Presiden umno duduk berbincang santai topiknya PRU ke 15....termasuk kenyataan itu di buat oleh Dato Seri Zahid Hamidi...

1. Bagi saya Umno memang cukup bersedia dan suka supaya PRU di adakan secepat mungkin kerana dengan PRU Umno amat yakin mereka akan menang besar dan menjadi kerajaan semula. Masa itu sudah tentu Umno akan menjadi PM Dan TPM ini lah pemikiran yang ada di dalam perkiraan mereka. Keyakinan mereka cukup tinggi

2. Jika PRU yang lebih untung sudah tentu ialah Dato Seri Zahid dan juga Dato Seri Najib tambahan pula jika BN menang besar dan kes dua pimpinan ini masih berjalan dan belum ada sebarang keputusan berbanding jika PRU 15 di adakan tiga tahun lagi macam macam boleh terjadi pada mereka. Itu sebab mereka suka PRU itu sekarang....lagi cepat lagi bagus...

3. Pas juga sama seperti Umno mereka merasakan jika PRU sekarang mereka yakin jika benar di terjemahkan MN mereka akan turut sama menjadi pemerintah dan keyakinan mereka kali ini MN boleh menang besar. Itu pun jika pembahagian kerusi tidak ada perbalahan antara Umno dan Pas....jika ada pun Pas rasa mereka tetap akan muat dan menang kononnya rakyat dah muak dengan PH...Umno dan Bersatu yang semua ada masalah dalaman....kecuali Pas tak ada masalah dalaman...dan sekarang dah ada tiga MB lagi lah taiko dah hebat...keyakinan mereka juga sangat tinggi....

4. Bersatu sebuah parti yang sekarang ini sedang carca marba. Apakah betul mereka suka PRU ke 15 itu di lakukan sekarang ???. Apa kah untung TSMY jika ada PRU dan yakinkah beliau jika PRU ke 15 selepas itu dia akan di angkat semula sebagai PM. Boleh kah percaya kepada umno dan Pas akan beri laluan kepadanya...apakah Bersatu akan dapat bertanding di banyak kerusi seperti PRU ke 14. Bersedia kah Umno dan Pas beri kerusi yang banyak kepada Bersatu....jika sekadar bertanding 10 ke 15 kerusi sahaja tang mana TSMY boleh di angkat jadi PM lagi....Umno dan Pas tak kan lah nak bagi laluan mudah pada Bersatu....kerana jika PRU bersatu yang perlukan Pas dan Umno....Umno dan Pas tak perlukan Bersatu....sekarang betul Umno dan Pas perlukan Bersatu....kerana tampa Bersatu runtuh lah kerajaan PN ini....

5. Azmin Ali n geng....Hamzah Zainuddin juga dengan Geng. Apakah mereka juga suka di adakan PRU sekarang ????? Jeng jeng jawapannya tidak sama sekali....kedua dua geng broker maut ini tak akan suka di adakan PRU sekarang. Mereka suka jika PN kekal memerintah kerana mereka adalah orang yang paling untung dan berkuasa. Mereka boleh lembukan Umno dan kudakan Pas...kerana mereka pegang jawatan menteri yang kuat kuat sekarang....apa jaminan mereka akan di benar bertanding di kerusi sekarang. Apakah Umno di Larut senang senang nak bagi ke Hamzah sekali lagi...tak ada telor ke Umno Larut...begitu juga Umno dan Pas Gombak....apakah sanggup mengundi Azmin yang ada kes berat...Umno dan Pas Gombak tak ada maruah ker...siapa Azmin di Gombak jika tampa PKR...tak ada nilai pun...begitu juga lah di Mersing...tanah merah dan kerusi kerusi yang telah di bawa lari dari parti asal....maka dua kelompok ini akan memujuk Muhyuddin supaya jangan bubar parlimen...mereka akan selamatkan kerajaan PN ni apa cara sekali pun...

6. Pendapat saya PRU ke 15 tidak akan berlaku awal walaupun ada usaha ke arah itu. Kecuali Agung yang membuat keputusan tampa ambil nasihat dari PM. Tetapi apakah kita bersedia untuk PRU dalam keadaan Convid dan kewangam yang terbatas. Jawapannya tidak...kerajaan perlu sediakan sekuran kurangnya 1 bilion untuk PRU. Belum di ambil kira parti parti politik lagi...mereka belum sempat kumpul duit lagi sekarang....

---------------------------------------------------------------

Di sebelah PH apakah mereka pun suka untuk di adakan PRU ke 15. Jawapannya juga tidak mereka tahu buat masa ini jika ada PRU ke 15 bukan mudah untuk berdepan dengan Umno dan Pas...mereka juga tahu bahawa selama 21 bulan memerintah mereka di berikan imej yang buruk kerana berbagai bagai masalah telah berlaku dalam tempoh itu...

Orang Melayu telah berjaya di pulihkan sokongan mereka kepada menolak DAP. DAP telah tertanam sebagai musuh no satu orang Melayu di kampung....

Sebelum PN mengambil alih kerajaan saya yakin orang Melayu menolak PH meningkat. Sokongan ketika itu boleh lah di kira sehingga mencapai 85 ke 90 peratus memihak kepada parti bukan PH.

Begitu juga bukan Melayu pada 21 bulan PH memerintah ramai bukan Melayu juga mula tidak yakin kepada PH sehingga di buktikan dalam beberapa PRK kerana masalah ekonomi dan juga kebodohan menteri menteri PH ketika itu yang di lihat tidak berkeupayaan,tidak menjaga penyokong dan bodoh bertindak,Penyokong Umno juga yang Untung.

Tetapi sekarang selepas PN memerintah saya yakin orang Melayu yang menyokong PN dari 85 ke 90 peratus mula merosot...sekarang tinggal sekitar 70 peratus sahaja. Antara sebabnya ialah perebutan kuasa di antara Pas...Umno dan Bersatu dalam kerajaan di lihat keterlaluan. Umno tidak berubah...Pas pula telah berubah...berubah prinsip dan di lihat ada orang Melayu kurang senang dengan keadaan sekarang...

Persoalannya pula bukan Melayu mula di lihat kembali menyokong PH kerana mereka di takutkan dengam gabungan MN dan PN yang di kuasai sepenuhnya oleh parti Melayu...ini di lihat menidakkan undi mereka. Mereka mula kembali menyokong PH.....selain dilihat MCA yang mempunyai cuma 2 kerusi telah melebihkan kaum itu dalam isu UEC,melantik bangsa Cina dengan membuang bangsa Melayu di beberapa Pelabuhan, juga memberikan bantuan 58 juta kepada Utar..ini amat mengecewakan Melayu dan Pas mula dibenci.

Pandangan peribadi dari ssaya

Hamdan Taha

Pekebun sambilan




No comments: