LAWATAN DAN BANTUAN ANWAR DI PORT DICKSON


Di Port Dickson hari ni bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia bagi menyampaikan sumbangan kebajikan "Aid For The Needy Covid-19" kepada golongan kurang bernasib baik.
Sebanyak 1,000 pek bantuan keperluan asas disumbangkan GPM di Negeri Sembilan pada hari ini.
Bantuan ini adalah merupakan sumbangan daripada Baladna Food Industries Qatar dengan kerjasama Kedutaan Qatar.
Semoga GPM dapat meneruskan gerak kerja mulia membantu golongan yang terkesan ini.

Seperti biasa apabila di Port Dickson saya tidak akan terlepas daripada melakukan ziarah kebajikan rumah ke rumah di setiap DUN dalam kawasan Parlimen.
Hari ini sebanyak enam buah rumah dikunjungi iaitu di Flat Taman Intan Perdana, Kampung Linggi, Kampung Tampin Linggi dan Air Kuning bagi mendengar keluhan serta rintihan penduduk sekaligus menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Saya doakan kesemua mereka terus diberi kekuatan dan tabah menempuh dugaan yang melanda ketika ini.
"Tolong bantu kami, YB. Rumah kami tiada keperluan elektrik."
Itu luahan yang dilontarkan kepada saya sebaik memasuki rumah milik Kow Kam Fong dan kakaknya sewaktu melakukan ziarah kebajikan pagi tadi.
Menetap di Air Kuning dengan hanya bergantung kepada bateri kereta yang dijadikan sebagai sumber mendapatkan bekalan elektrik ketika ini.
Saya telah memohon agar Pejabat Daerah bersama Pusat Khidmat Rakyat untuk mengambil tindakan segera. Doakan semoga ianya dipermudahkan.

No comments: