JIKA PH NAK BAWA CARA LAMA, LEBIH BAIK PILIHANRAYA SAHAJA



Assalamualaikum wbt....

Tuan dan Puan,

Dah lama saya tak bersiaran. Tetapi, bila melihatkan kecelaruan Politik yang berterusan, saya terpanggil untuk menulis semula.
Menjawab isu PERTUKARAN kembali Kerajaan kepada PH...suka saya memberitahu anda bahawa ianya bukan 129 kerusi tetapi mungkin 123 kerusi sahaja. Simple Majoriti memang boleh di miliki oleh Pakatan Harapan. Kita tunggu sehingga minggu hadapan dan jika ianya dapat di persepakati @ di persetujui oleh semua pimpinan tertinggi komponen PH.

PN masih mengguna pakai sistem kuno UMNO dengan menawarkan atau mengula-gulakan MP2, Adun2 dan juga rakyat dengan pemberian yang kita anggap sebagai 'saguhati berbudi' dan...mereka berjaya!. Itu fakta yang tepat. Maksudnya...'Aku bagi ko sesuatu, ko kena balas dengan kesetiaan". 

Dalam masa yang sama, PN juga sepatutnya bersyukur kepada kerjaan PH yang banyak lebih lagi wang negara hasil pentadbiran 22 bulan mereka. 

Namun, perlu kita ketahui bahawa ekonomi tidak akan pulih sehingga 2023 (atau mungkin lebih). Kemampuan PN juga terhad ketika mereka terpaksa 'membayar harga' yang mahal untuk berkuasa dengan suatu jumlah yang terlalu mewah.

Secara umumnya...PN telah GAGAL dan akan terus menghadapi masalah yang berterusan. Terutama apabila ada ahli2 UMNO atau PAS yang jelas menolak persepakatan PN. Mereka hanya mempergunakan kedudukan Muhyiddin dan Azmin bagi merencanakan pelan UNTUK BERKUASA SEMULA!. Mustahil untuk mereka mempercayai PPBM dan orang-orang yang terbuang dari PKR. Ya...ianya amat2lah mustahil.
Tetapi...bagaimana pula dengan kedudukan pemimpin-pemimpin PH sendiri?.

1. Siapa pula yang bakal menerajui negara sebagai PM ke-9?. DS Anwar atau Tun M?. Dapat sokongan majoriti atau camane?

2. Jika PH berjaya mengambil alih semula Putra Jaya..adakah Menteri2 PH masih mengekal idea2 yang tidak popular, lapuk, bodoh dan mendatangkan kemarahan rakyat?

3. Adakah pentadbiran PH akan meneruskan dasar-dasar yang penuh dengan sopan santun (yang bodoh) sehingga dengan mudahnya di fitnah dan di cerca serta di hina oleh pembangkang?..atau,

4. Mereka (Menteri PH) masih berterusan mengekalkan balaci-balaci UMNO/PAS di dalam pentadbiran negara atau masih melantik orang UMNO @ PAS menjadi Pegawai Khas dn S/Usaha Politik?

5. Masih terus membiarkan penyokong PH 'kehausan'? atau,

6. Masih terus membelakangi penyokong-penyokong mereka?..atau,

7. Ada di antara Menteri @adun PH yang terus mengekalkan sifat lagak, angkuh, sombong dan takabbur?.

Jika itulah yang akan berlaku seperti sebelum ini...maka biarkanlah sahaja PN memerintah ketika ekonomi TIDAK MUNGKIN DAPAT DI PULIHKAN DALAM MASA SETAHUN DUA INI.
Tak percaya? Maka percayalah dan ada komen tak? Saya tanya ikhlas jer ni.


Mohd Asri Bakar.
(Pengerusi perwakilan suara dan harapan rakyat)


No comments: