BERCAKAP DENGAN MULUT YANG BERBISA UMPAMA DOA



Kita selalu berdoa supaya PH jadi kerajaan sepenggal dulu. Sebabnya, kita geram dengan menteri yang implement benda yang tak masuk akal pada tanggapan kita, contohnya Dr Dzul larang hisap rokok dalam kedai makan.

Lalu kita kutuk dan katakan, kerajaan sepenggal.

Akhirnya kerajaan PH jatuh. Belum pun sepenggal. Dan Covid19 pun datang dan jangan kata nak hisap rokok dalam kedai makan, restoran dan segala macam kedai pun kena tutup berbulan!

Kita selalu sebut ini semua salah DAP sebab nak perli atau pulang balik kecaman walaun dan lebai PAS terhadap apa juga masalah yang timbul sehinggakan ia menjadi umpama stigma yang susah nak padam dari ingatan.

Sampaikan salah laku dan arahan tak logik kerajaan PN sekarang yang merapu pun kita benamkan semuanya dalam komen dan penulisan sebagai ini semua salah DAP.

Akhirnya ia jadi kematu dalam fikiran ramai orang susah lagi nak dipadamkan umpama ubat gigi dan Colgate.

Ramai orang mempraktikkan kaedah marketing yang salah terhadap sistem hasutan kepada rakyat. Sedangkan kita tahu, kita mahu kumpulan ini dan kumpulan itu akan tetapi kita memburukkan kumpulan itu sendiri.

Bagi aku, yang ada sedikit ilmu dalam bidang komunikasi yang serap dari teori barat dan Islam, sewajarnya aku menarik perhatian sahabat semua supaya mengubah persepsi demikian agar kita betul-betul memberikan tamparan kepada pihak lawan.

Mengambil contoh isu semasa sekarang bila paip air di Kelantan masih lagi keluar air selut,masih ada lagi kawan-kawan menulis "ini semua salah DAP". Sebenarnya itulah ayat paling salah untuk kita menggambarkan betapa tidak cekap kerajaan Kelantan menangani isu air paip negerinya.

Sepatutnya dalam hal itu bantai sahaja kerajaan negeri Kelantan. Hentam semahu anda. Tunjukkan kebencian anda kepada perkara samdul dan bodohnya Kerajaan negeri menyelesaikan masalah air paip negeri itu.

Baru betul marketing kita. Baru tepat kecaman kita. Dan baru rakyat menerima kehadiran kumpulan kita yang bukan mahu menaikkan individu tapi kita mahu melaksanakan sistem dan membaik-pulih kelemahan yang berlaku yang dibuat oleh kerajaan negeri sekarang.

Kasihanilah DAP. Parti itu terlalu acap kali ditohmah tanpa kita sedari. Begitu juga Parti Amanah Negara atau Amanah yang disebut sebagai khadam DAP.

Sekarang masanya anda cop walaun PAS itu sebagai khadam MCA dan penyangak tebuk atap. Biarkan mereka sedar diri kerana buat atau sokong perbuatan mungkar melakukan Kudeta Langkah Sheraton. Sampai bila kita nak bagi muka dengan kumpulan yang berlagak alim tapi buat kerja tak halal!

Okay takat tu dulu. Nak tulis waktu siang tadi mengantuk sangat. Lepas buka posa ni ada tenaga balik.. semoga esok hari ada kecergasan untuk balun puak tebuk atap lagi.

Hahaha..
Sekian
Abg Aim 😎




No comments: