ANWAR TIADA MASALAH, TETAPI KAMI ADA MASALAH DENGAN KAMU, TUN



ANWAR TIADA MASALAH, TETAPI KAMI ADA MASALAH DENGAN KAMU, TUN .KAMI YANG HASUT ANWAR SUPAYA JANGAN LAGI PERCAYAKAN KAMU.





Anwar pun takde masalah dengan kamu Tun.  Buktinya, Anwar sanggup mengalah dan langgar perjanjian, beri kamu laluan terus jadi PM selepas APEC seperti yang kamu idamkan bahkan bonus lagi iaitu tiada tarikh ditetapkan, terpulang kepada kamu bila mahu letak jawatan sebagai PM.  Ertinya, Anwar tiada masalah dengan kamu sejak kamu sertai PH.

Habis tu, siapa yang bermasalah?

Saya nak jawab, yang ada masalah dengan kamu sekarang ini adalah kami di kalangan penyokong PH.  Kami dah lama menunggu kamu tunaikan janji kamu iaitu untuk beri laluan kepada Anwar.  Sewaktu PH jadi kerajaan, kamu sayangkan kuasa kamu dan tidak mahu serah kepada Anwar, ok lah, kami faham.  Tetapi, setelah PH dikhianati dan dijatuhkan, dan kini PH telah jadi Pembangkang, takkan kamu masih segan dan berat untuk nyatakan bahawa kini tiba giliran Anwar untuk calon PH sebagai PM sekiranya kerajaan yang dirampas itu dapat dikembalikan?  Sampai bila kamu mahu orang lain sentiasa berkorban untuk kamu sedangkan kamu mahu terus menongkat langit?

Bagi kami di dalam Keadilan, kami tiada masalah untuk terus jadi Pembangkang sehingga PRU15. Kami sudah biasa dan lama susah.  Apakah kamu bersedia ?

WFAUZDIN NS



No comments: