Tuesday, June 30, 2020

Isu Pemecatan Speaker Dewan Rakyat*



1. Saya nak tulis tentang hal ini dah lama. Tak dapat masa yg sesuai dan puas saya cari bahan bacaannya tidak berjumpa! Semasa belajar undang2 tahun 70-an dan 80-an dulu, subject ini tidak pernah jadi kajian sebab tidak pernah berlaku.

2. Subject nya ialah tentang Usul Untuk Menukar Speaker atau secara crude nya Usul Untuk Buang Speaker.

3. Speaker yg dimaksudkan ialah Speaker Dewan Rakyat. Bukan Dewan Negara sebab sana dipanggil Presiden walau pun tugasnya sama. Bukan juga speaker radio atau speaker karaoke atau loud speaker telefon. Itu lain! (siapa komen pasal speaker itu kita block! hehehe)

4. Sistem menggunakan Speaker untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Parlimen ini diambil atau ditiru apa yg dibuat oleh Parlimen Britain. Orang kata ikut Westminster. Senangnya ikut penjajah British dulu.

5. Britain atau United Kingdom berbeza dgn Malaysia dlm keadaan yg amat ketara. UK tak ada Written Constitution sedangkan Malaysia ada Perlembagaan Persekutuan (bertulis).

6. Bila Perlembagaan itu bertulis, diwartakan dan ditabalkan sebagai the Sovereign Law of The Land, tidak ada undang2 lain yg boleh mengatasinya. Kalau ada undang2 lain bercanggah dgnnya, undang2 itu dikira batal dan tidak sah.

7. Peruntukan Perlembagaan mengenai Speaker, Deputy Speakers Dewan Rakyat boleh didapati dalam Article 57 dan 58 Perlembagaan Persekutuan. Secara ringkasnya :

a) Speaker itu boleh Ahli Dewan atau bukan. Kalau bukan dia mesti seorang yg layak dipilih.

b) 2 orang Deputy Speakers mesti Ahli Dewan.

c) Pelantikan atau pemilihan Speaker adalah agenda pertama apabila terbentuknya satu penggal baru kerajaan selepas pilihanraya.

d) Angkat sumpah jawatan dan taat setia menjunjung Perlembagaan (seperti biasa).

e) Apabila dia bukan asalnya Ahli Dewan, apabila dilantik sebagai Speaker, dia jadi Ahli Dewan tetapi tidak lah menjadi sebahagian dari Anggota Pentadbiran.

8. Speaker boleh meletakkan jawatan dgn menulis kepada Clerk of the House (Setiausaha Dewan Rakyat) dan secara automatik hendaklah mengosongkan jawatannya :-

a) apabila Dewan Rakyat bermesyuarat kali pertama selepas PRU.

b) apabila Dewan Rakyat dibubarkan.

c) apabila dia hilang kelayakan sebab telah menerima jawatan lain sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat atau mana2 organisasi lain yg dilarang secara khusus oleh Fasal (5) Perkara 57 Perlembagaan.

d) jika pada bila2 masa Dewan itu membuat ketetapan sedemikian.

9. Perkara yg menjadi isu sekarang ialah Perdana Menteri sendiri mengemukakan usul utk mendapatkan ketetapan Dewan memberhentikan Speaker yang ada dan juga salah seorang dari 2 Timbalan Speaker.

10. Keadaan ini tidak pernah berlaku di Malaysia mahu pun di Westminster (setakat yg saya telah baca sejarah dan kedudukan Speaker di UK).

11. Kenapa Speaker itu mahu diganti, tiada alasan yg diberi lagi kerana apa pun hujahannya mesti lah embargo dulu sehingga usul itu dibentangkan di Dewan.

12. Tahun 70-an dan awal 80-an dulu, Tan Sri Ariff, Speaker sekarang adalah lecturer di Faculty Undang2 Universiti Malaya. Saya adalah pelajarnya dan kenal beliau atas hubungan lecturer dgn pelajar. Kemudian dia jadi Peguambela dan Peguamcara sama seperti saya dan rakan2 yang seangkatan. Dia juga pernah menjadi Hakim Mahkamah Rayuan dan dia seorang yg berwibawa.

13. Apabila dia dilantik jadi Speaker, dan kita perhatikan cara dia mengendalikan persidangan Dewan, tiada nampak cacat celanya yang nyata.

14. Apabila dia dilantik jadi Speaker, apa juga afiliasi politik sebelum itu, kalau ikut tradisi Westminster, mesti lah diisytiharkan sebagai telah terpisah dan terputus. Kalau dulu asalnya dia sokong PAS kemudiannya Amanah, dia mesti isytihar sudah berpisah dan tidak lagi menjadi ahli.

15) Soalnya sekarang kenapa dia mesti dibuang? Adakah exceptional circumstances yg membolehkan atau membenarkan dia diganti?

a) Adakah sesi Parliament ini Penggal Baru selepas PRU atau ianya masih Penggal ke-14 selepas PRU-14?

b) Adakah credible evident yg tidak boleh disanggah bahawa Speaker telah atau akan menyebabkan Parliament menjadi huru hara, in total disrepute, scandalous atau ada unsur2 dia telah melakukan an abuse of power?

16) Sama2 kita nantikan apa yg akan dikemukakan!

17) Kalau usul ini kalah dgn undian, lebih baik lah Kerajaan PN minta kembali mandat dari pengundi! Biarkan rakyat yg layak mengundi tentukan nasib kerajaan.

18) Benda yg mudah, jangan lah dirumitkan. UMNO dan PAS mesti bertindak ikut kehendak dan kemahuan rakyat. Kalau itu gagal difahami, silap gaya PRU-15 nanti, kecundang kembali!


KARUT MARUT PANDANGAN MAHATHIR


Tun Mahathir hari ini menyatakan sebab-sebab mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan sebelum ini. Antara sebabnya adalah kerana Anwar Ibrahim tidak popular dikalangan orang Melayu, Anwar Ibrahim pernah menghadapi 3 pilihanraya umum sebelum ini namun tidak berjaya membentuk kerajaan. Untuk pengetahuan Tun Mahathir yang menumpang teduh atas ikhsan Anwar Ibrahim, muhasabah dirilah. Lihat semula Tun Mahathir datang daripada mana. Tanpa persetujuan Anwar Ibrahim yang dimana Tun Mahathir bersusah payah merayu pada Anwar Ibrahim dan kononnya insaf atas kesalahan beliau terhadap Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 dahulu, sila reset semula. 

Tun Mahathir daripada parti Umno, ia suatu kerja biasa keluar dan masuk parti untuk menggulingkan individu yang bergelar perdana menteri sebelum-sebelum ini lagi. Tun Mahathir sudah menjangkakan BN akan jatuh dalam PRU14. Beliau pun umum keluar Umno masuk pula PH yang dibina daripada perjuangan perit jerih Anwar Ibrahim sebelum ini, kemudian dia mahu dirinya dicalonkan sebagai PM semasa Anwar Ibrahim didalam penjara, terpaksalah kena mohon maaf dengan Anwar Ibrahim, minta restu, sebab Anwar Ibrahim adalah ketua gabungan parti-parti dalam PH. Dia merayu untuk jadi PM dan Anwar Ibrahim memaafkan segala kesilapan yang Tun Mahathir pernah lakukan ke atas Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi. Kemudian, parti Bersatulah yang paling banyak bertanding di kerusi-kerusi parlimen pada PRU14, namun parti beliau jugalah menempah keputusan yang rendah memenangi kerusi-kerusi parlimen yang diberikan peluang.

 Kemudian PKR adalah parti kedua paling banyak bertanding dan menempah keputusan parti pertama dalam PH yang memenangi kerusi-kerusi parlimen dan iikuti DAP serta Amanah. Apa teori politik yang cuba Tun Mahathir bina adalah lapuk. Tanpa Tun Mahathir, waktu dimana rakyat lapisan usia dan kaum menuntut perubahan, terutama golongan anak-anak muda. Tanpa Tun Mahathir PH mampu memenangi PRU14. Bila seorang diktaktor memimpin Putrajaya tentulah sifatnya anti reform. Usaha reform ini jelas gagal selagi mana ia dikemudi oleh seorang diktator, malah tidak lain wujud unsur merosakkan dan sabotaj dari dalam gabungan PH supaya PH kelihatan semakin lemah.



ANWAR DAN KEJAYAAN SEMASA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN



Sewaktu DIA menjadi menteri pelajaran, DIA telah arahkan pembelajaran mengenai mandi safar di berhentikan kerana itu terpesong dr ajaran Islam

Sewaktu DIA menjadi menteri kewangan DIA telah mencadangkan skim pinjaman tanpa faedah utk mengelakkan masyarakat Islam dgn sistem riba

Kemudian DIA telah mencadangkan penubuhan bank Islam dan perbankan Islam utk masyarakat Islam keluar dari sistem riba.. dan sekarang perbankan Islam dimalaysia ada dimana2 bank..

DIA juga telah di pilih sebagai menteri kewangan terbaik Asia 1997..

DIA juga mencadangkan Tekun dan Amanah iktihar utk membantu usahawan bumiputra berniaga.

DIA juga mencadangkan penubuhan University Islam pertama di malaysia yg diberi nama UIA..

Sewaktu DIA muda dia telah ditawarkan menjadi pembantu PM ke2 tetapi DIA menolak utk menubuhkan yayasan anda utk membantu anak melayu yg tercicir dalam perlajaran..

DIA itu adalah Saudara Anwar Ibrahim .. kerana itu kami ingin menggankat DIA sebagai PM kerana kami yakin DIA mampu membawa perubahan..

#dsai4pm
#anwaribrahim
#keadlian
#kamikeadlian

Man toba


BELAH LA..SERABUT HABIH....


KENYATAAN MEDIA DSAI



KENYATAAN MEDIA
30 Jun 2020

MENJAWAB TOHMAHAN

Saya ingin merujuk dan menjawab tohmahan segelintir kumpulan kononnya saya sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat. 

Ingin saya tegaskan ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak. 

Saya tidak berkomplot di belakang seperti sesetengah pihak yang lain.

Ia tidak pernah dibincang dalam KEADILAN atau di peringkat Pakatan Harapan, dan tidak dibangkitkan dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Maka saya membantah sekerasnya dakwaan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

TAK NYANYUK NAK KATA APANAMA.,?


Norshidah Md Daud

Berusaha balik untuk dapatkan balik jawatan dalam kerajaan... Opsss maaf, mendapatkan kembali MANDAT RAKYAT




Lepas bodo p letak jawatan, dia p cadangkan diri dia sendiri sebagai PM sekurangya untuk tempoh 6 bulan hingga setahun
Ditolak oleh PKR disebabkan alasan x munasabah antaranya DSAI x boleh jadi PM kerana mengetuai parti pelbagai kaum
Adakah selepas 6 bulan hingga setahun, PKR akan jadi parti untuk Melayu?

Time ni mula dah kedengaran suara-suara gampang dok kata DSAI gila kuasa
Jenuh aku dok pikir, camne lahanat tua kutuk tu yang masih nak jadi PM kali ke 3, tapi yang dikatakan gila kuasa adalah DSAI

Ni la peranan cybertrooper pro Madey p jaja pelbagai persepsi buruk kepada DSAI

Kemuncak penghinaan bila Khalid Samad samada dengan sengaja atau tidak, mengungkit balik hal pembebasan DSAI kononnya asbab Madey yang jadi PM disebabkan kemenangan PH dalam PRU tempohari. Walhal kami semua tau DSAI akan dibebaskan x lama je lagi walaupun tanpa Madey sebagai PM

Cukup halus permainan mereka

Akhirnya yang di burukkan tetap DSAI

Sendiri buat persepsi, sendiri percaya, sendiri jaja.


PN TAK POPULAR, PH BOLEH MENANG

MASA JADI PEMBANGKANG DULU, INGAT HANGPA CERDIK. BILA JADI KERAJAAN NAMPAK HANGPA BODO.PENYOKONG SENDIRI PUN HANGPA BIARKAN. LA NAK JADI BODO BALIK KAH?


NORSHIDAH MOHD DAUD

Lepas PKR menolak cadangan Madey untuk melantik diri dia sendiri sebagai PM & DSAI sendiri buat keputusan untuk menolak sebarang kerjasama  pembentukan kerajaan baru bersama Madey daalm PH, terhegeh-hegeh pemimpin Amanah dan DAP p meeting dengan lahanat tua kutuk tu sedangkan kita semua sedia maklum bahawasanya Madey bukan lagi dalam PH. Dia sendiri gelandangan, dibuang oleh parti sendiri.

Dalam PH ni parti yang ada hanyalah PKR, Amanah DAP. Bodo p kejar lagi lahanat tua kutuk tu untuk ape?

Dah p meeting ngan lahanat tua kutuk tu, keluarlah pelbagai option untuk jawatan PM dan TPM. Tetibe wujud PH+

Meeting tanpa DSAI, tapi boleh calonkan DSAI sebagai TPM. Paling xleh blah, Madey memaklumkan bahawa Amanah dan DAP mencalonkan Pie sebagai PM (aku percaya Madey sebenarnya yang mencalonkan Pie, tapi hingga harini Amanah dan DAP x menolak pun statement Madey tu. Sendiri mau ingat la)

Pie juga memimpin parti pelbagai kaum sama seperti DSAI. Tp kenapa Madey menyokong pemilihan Pie  momohon agar parti-parti lain dalam PH juga membuat keputusan yang sama? 

Sampai sekarang sekor pun dak-dak oren masam x mampu bagi jawapan kat aku. Tapi mereka tetap mengatakan DSAI yang salah sebab x berusaha mendapatkan mandat rakyat dan gila kuasa x sabar nak jadi PM.
Ingat ..kami boleh lantik hangpa , kami juga boleh buang hangpa...jika itu yang dipaksakan keatas rakyat dan nampak hangpa juga tak secekap Umno Bn.



PKR LEMAH ?


Hamdan Taha

PKR sekarang berada di dalam kedudukan paling lemah. Mereka parti yang lemah kerana presiden parti iaitu dato seri anwar ibrahim sangat lemah..

Presiden lemah dan su agung pkr juga seorang ahli politik yang hebat pecak silatnya tetapi hanya di gelangang ceramah....sebagai su agung dia tidak berjaya menjadikan pkr di geruni oleh kawan lan lawan...

Dalam keadaan sekarang pun yang mana sepatutnya pkr lupakan sahaja tentang jawatan PM dan tumpukan kekuatan parti. Tidak saya nampak satu gerakan mengantikan pimpinan baru untuk mengambil alih tugas timbalan presiden....tugas naib presiden yang hilang seperti rafizi dan nurul izzah....jika kekosongan tempat azmin dan rafizi juga nurul tidak di ganti dengan segera pkr di lihat parti mengecut setiap hari....

Hari hari azmin gunakan segala yang ada untuk menarik orang keluar pkr....dan pkr pula telah mengambil jalan memecat ahli ahli mereka yang bertaling tadah satu tindakan betul....tapi kena ada pengisian baru dengan segera....lubang lubang perlu di tampal dengan segera....macam sakit gigi kerana Lubang dan gigi goyang.....sakit yak amat...ubatnya hanya tampal lubang atau cabut gigi....jika tampal je terus dah hilang sakit... begitu juga jika di cabut....hilang sakit serta merta....jika tak di cabut cepat nyut nyut tu tak tahan....sakit dan sehingga tak boleh tidur....

Saya sebenarnya terkejut melihat kelemahan anwar ibrahim apabila beliau menjadi presiden parti...hilang sokongan dan tidak di geruni oleh kawan dan lawan. Kenapa boleh jadi begitu sedangkan sebelum menjadi presiden beliau adalah satu simbul dalam pkr yang boleh di jadikan penawar dan ubat pada masalah....tetapi apabila dah jadi presiden beliau di ijak ijak oleh kawan dan lawan tampa ada nilai....

Selagi pkr di takbir oleh beliau dengan di bantu oleh su agung yang lemah dan gagal turut sama ketua penerangan yang bisu dan buta bagaimana pkr nak di takuti oleh kawan dan lawan. Timbalan...naib...ketua wanita...semua dah tak ada.....apa yang tinggal dalam pkr....

Saya si fahamkan nak ambil ke ahlian baru pun su agung dan biro politik sukar untuk selesaikan terlalu berpolitik sehingga lupa bahawa pkr sudah di telanjangkan bulat oleh musuh dan rakan dalaman....dah di bogel....

Selangor presiden dan parti tak boleh nak mencengkam pentadbiran. Mb selangor secara terbuka hari ini membuktikan dia adalah betul betul proxi kepada Azmin Ali....saya dapat bayangkan jika MB selangor ini presiden dia tun m....dah lama belayar dah MB tu....tapi PKR tak mampu bertegas.....kerana PKR dan Presiden tidak kuat.....

Tu belum lagi cerita su politik presiden yang pelik dan bergerak secara semberono tampa peduli sesiapa pun. Su politik yang menjadikan presiden parti sebagai barang dagangan dan harta peribadi....kira lagi lagi lemah lah presiden dan parti....

Sebenarnya hebat azizah pula jadi presiden selama dua puluh tahun penuh gaya dan berjaya.....

Jadi melihat itu tak hairan lah amanah dan dap buat pkr dan anwar seperti daun karipuler jer....buat penyedap dan bau sahaja....itu pun tak ada tak apa....cuba pkr dan presiden kuat....kena balun ada orang balun balik....baru lah pengikut seronok.....ini pengikut pun jemu

Pkr parti reform yang tak reform reform lagi sebenarnya.....pkr kena berani sesuia dengan asal usul dan kelahirannya....presiden kena berubah atau bagi orang lain jadi presiden dia kekal jawatan ketua umum.....

SELEPAS PKR DIPECAHKAN..APAKAH PH JUGA BAKAL BERPECAH ANGKARA MAHATHIR?


Bermulanya PKR pecah ialah apabila Azmin Ali yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 pada 2018, tiba-tiba dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Tun Mahathir Mohamad.
Dengan memegang jawatan sebuah kementerian baru yang kanan itu, Azmin mula dilihat sebagai anak emas baru kepada Tun Mahathir.
Apa lagi, oleh kerana sudah memegang jawatan Menteri Besar Selangor, PKR tidak pernah menyenaraikan nama Azmin untuk dilantik sebagai menteri kabinet.
Apabila dijadikan menteri, gambarannya ialah Azmin dilantik itu bukan oleh syor PKR, tetapi melalui kuasa mutlak Tun Mahathir.
Selepas itu, Azmin bukan saja memperlihatkan mentor politik yang didewakannya ialah Tun Mahathir, malah mula bercakap dengan nada yang berbeza berkaitan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.
Seterusnya, itulah yang mendorong Rafizi Ramli mengambil keputusan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan laluan Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan menjadi sukar jika Azmin terus kekal di jawatan itu.
Kemenangan Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR, meskipun dengan undi tipis, bukan saja tambah meretakkan PKR dan menjauhkan lagi hubungannya dengan Anwar, malah Azmin mula secara terbuka mahukan Tun Mahathir kekal sehingga penggal, suatu hakikat benarnya jangkaan Rafizi.
Sehinggalah mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH pada 21 Februari lalu, itulah pendirian keras Azmin, sebelum pada 23 Februari beliau menganjurkan Langkah Sheraton yang membuatkan kerajaan PH tumbang jadinya.
Harus difahami, gerakan Azmin bersama UMNO, Pas, GPS, Warisan, serpihan PKR dan kemudian disertai oleh Muhyiddin Yassin pada awal dan sepanjang masa perancangannya adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan baru yang mengenepikan PKR, DAP serta amanah.
Kerajaan baru itu masih mengekalkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan oleh kerana Muhyiddin setuju menyertainya, beliau telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, suatu jawatan yang sepatutnya diperuntukkan kepada Azmin sebelum itu.
Itulah sebabnya pada petang 23 Februari itu mereka mengadakan pertemuan di rumah Tun Mahathir yang mana gambar pertemuan itu telah tersebar luas baru-baru ini.
Hakikatnya, semua kecelaruan dalam PKR dan PH tidak akan berlaku jika Azmin tidak dijadikan menteri dan ketika ini beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Semuanya adalah agenda Tun Mahathir untuk memecah-belahkan PKR dan memperlihatkan Anwar hilang kawalan terhadap partinya sendiri – suatu alasan paling mudah untuk berhujah bahawa beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dan Tun Mahathir kekal selama-lamanya memegang kuasa.
Di waktu yang sama, Tun Mahathir pula terus melengah-lengahkan peralihan kuasa, sambil mengukuhkan kedudukan dengan menjalin hubungan di belakang tabir dengan Pas dan juga UMNO.
Hari ini, walaupun PH sudah tumbang dan Tun Mahathir turut jatuh daripada kerusi Perdana Menteri, perpecahan dalam PKR terus berlaku susulan racun yang ditaburnya melalui sikap memanja, memberi keselesaan serta memberi harapan masa depan kepada Azmin.
Adalah difahami, semuanya berpunca daripada Tun Mahathir yang memang tidak mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.
Hari ini juga, di sebalik sudah terjatuh, Tun Mahathir tetap berusaha menyekat kemaraan Anwar, walaupun beliau tiada apa-apa dan bukan sesiapa lagi dalam Bersatu dan juga PH.
Hanya dengan kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PH, Tun Mahathir secara berterusan masih mengikat DAP dan Amanah bersama-samanya dengan selalu memanggil pemimpin kedua-dua parti itu bertemu serta bermesyuarat dengannya.
Tidak tahulah apa yang dijanjikannya kepada mereka, tetapi pemimpin DAP dan Amanah seolah-olah begitu terpikat dengannya sekarang ini, walaupun sejarah masa lalu Tun Mahathir terhadap mereka tidaklah baik sangat sewaktu berkuasa di era BN dahulu.
Sebab itu, baik apabila Tun Mahathir mahu mencalonkan dirinya sekali lagi atau menonjolkan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, kecenderungan DAP dan Amanah ialah menyokong beliau.
Malah, pemimpin DAP dan Amanah juga, tanpa perasaan hormat, sudah berani menyanggah Anwar dan membela Tun Mahathir melalui kenyataan media, walhal mereka adalah anggota rasmi PH bersama PKR yang secara logiknya segala permasalahan sepatutnya diselesaikan melalui mesyuarat atau saluran parti.
Malangnya, Tun Mahathir yang tiada apa-apa dan bukan sesiapa itu pula yang lebih mereka sanjungi.
Sekali lagi, sama seperti beliau memecah-belahkan PKR sebelum ini, Tun Mahathir sekali lagi ternampak mahu memperlihatkan PH yang dipimpin oleh Anwar sebagai tidak stabil dan berpecah akhirnya.
Kalau dulu Azmin adalah tempatnya menabur racun kepada PKR, kini DAP dan Amanah pula tapak semaian untuk memecah-belahkan PH.
Kepada DAP dan Amanah, lihatlah sejarah dan bukalah mata sementara PH pada ketika ini masih lagi belum terlambat untuk diselamatkan. 

(Shahbudindotcom 30/06/2020)


AKHIRNYA MOKHTAR SENIK BUAT LAPORAN POLIS.



Ulama PAS akhirnya membuat laporan polis, aku berharap pihak polis memberi top priority kes ini kerana melibatkan kepentingan umum dan berprofile tinggi..



Menjelang PRU-15: Damaikan perpecahan dalam PH elak penyokong sendiri sabotaj

Menjelang PRU-15: Damaikan perpecahan dalam PH elak penyokong sendiri sabotaj

VIDEO TERKINI ; Tiada lagi perbincangan dengan Mahathir..yeeeee haaaa..BERITA LAMA






Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menubuhkan kerajaan tidak lagi berbangkit.
Menurutnya, beliau tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Dr Mahathir.



PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menubuhkan kerajaan tidak lagi berbangkit.
Menurutnya, beliau tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Dr Mahathir.
“Kami masih Pakatan Harapan (PH) dan dia sudah meninggalkan PH,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung penubuhan kerajaan baharu.



ANWAR Ibrahim bersama isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di kediaman di Bukit Segambut. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN




KEH..KEH..KEH,,UJIAN LA KONON;;;




Alhamdulillah Malam Ini Ana Menerima Kunjungan Daripada Af Ustaz Mokhtar Senik Yang Kebetulan Berada Di Bumi Utara Dalam Rangka Lawatan Majlis Muafakat Pondok..

Ana Menjemput Beliau Datang Makan Malam Bersama Di Yayasan Ar-Riyaadah.Dalam Kesempatan Bertemu Dengan Beliau, Banyak Cerita Yang Ana Dapat Dengar Dari Beliau Diatas Perkara Yang Viral Sekarang.. Benarlah Ujian Allah Kepada Hambanya Itu Bermacam Cara dan Bentuk..



Tetapi Ana Melihat Raut Wajah Af Ustaz Sangat Tenang Berhadapan Dengan Ujian Ini.. Apa Yang Keluar Dari Mulut Beliau Ialah "MAHKAMAH ALLAH ADA" Apabila Ana Bertanya Kenapa Ust Nampak Tenang? Jawapanya Sangat Indah "Ustaz Ana Sekarang Sedang Di Tarbiyyah Oleh Allah Untuk Bersabar Dengan Ujian Untuk Menghapuskan Dosa"..

Allah... Inilah Nilai Orang Yang Beragama Menjawab... Dalam Pertemuan Itu Juga, Ustaz Mokhtar Bukan Sekadar Bercerita Mengenai Tohmahan Golongan Tertentu, Tetapi Ditunjukkan Bukti Kepada Kami..

Nasihat Ana Kepada Sahabat Diluar Sana.. Jangan Mudah Termakan Dengan Perkara Yang Viral, Sebelum Kita Selidik Dahulu...

Sama-Sama Kita Doakan Kepada Allah, Agar Allah Memberikan Kekuatan Kepada AF Ustaz Mokhtar Senik...








MCA DESAK DAP TUNTUT KERUSI TPM 2 BAGI LIM KIT SIANG



ADRIAN LIM CHEE EN

Petang tadi, Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng sekali lagi menghasut orang Cina agar menuntut kerusi Timbalan Perdana Menteri bagi Lim Kit Siang.

Dakwa Tan Teik Cheng, DAP dengan 42 kerusi Parlimen harus berdiri teguh menuntut kerusi TPM kedua bagi Lim Kit Siang.

(Ini posting MCA dalam bahasa Cina https://www.facebook.com/2212692808965426/posts/2820471821520852/)

Komunis MCA ini licik. Dia tulis dalam bahasa mandarin kerana dia nak bangkitkan sentimen orang Cina di samping mengelak orang Melayu faham hasutan mereka.

Tidak apa lah. Saya bantu terjemahkan untuk orang Melayu faham. Orang Melayu kene baca betul-betul dan tengok game Komunis MCA tau?


Seperti yang saya selalu katakan lah. Inilah game RASIS UMNO dan KOMUNIS MCA.

Depan orang Melayu, UMNO akan hasut orang Melayu kononnya DAP anti-Melayu.
Depan orang Cina, MCA pula hasut orang Cina kononnya DAP terlalu pro-Melayu dan membelakangkan kaum Cina.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Tan Teik Cheng ialah pahlawan dan pemimpin perjuangan anti-Jawi.

Di Penang pada Ogos 2019, Tan Teik Cheng telah mengepalai gerakan petisyen anti-Jawi untuk hasut orang ramai membantah Jawi. Dari petang sampai malam dia duduk di pasar awam untuk ajak orang ramai tandatangan petisyen anti-Jawi.
(Bukti video https://www.youtube.com/watch?v=vm6-QezpBZI&feature=youtu.be)

Dia juga jelajah pegang ke seluruh pelusuk negara bersama Dewa Wee Ka Siong dan akar umbi Komunis MCA untuk menganjur himpunan anti-Jawi. Bukti ada dalam gambar-gambar yang telah dilampirkan.

Banner dan sebagainya Komunis MCA tulis dalam mandarin. Sebab Komunis MCA nak elak orang Melayu faham slogan-slogan anti-Jawi yang ditulis mereka.

Takpelah. Saya sudah terjemahkan untuk orang Melayu faham.

Ingat tak, saya pernah bongkar bahawa MCA secara senyap-senyap telah berjaya sapu dan bolotkan pelabuhan-pelabuhan strategik di seluruh Malaysia seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Melaka?

Ok. Yang duduk dalam Pelabuhan Pulau Pinang hari ini sebagai Pengerusi ialah Tan Teik Cheng yang sama.

Dia lah antara Komunis-komunis MCA yang telah berjaya tawan pelabuhan-pelabuhan strategik Malaysia.

Hebat bukan?

Bantah Jawi, buat petisyen tolak Jawi, round seluruh negara buat perhimpunan tolak Jawi, akhirnya dapat juga jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan dalam Kerajaan Melayu Muslim PN.

Selepas dapat jawatan, teruskan lagi kerja hasut orang Cina tuntut kerusi TPM.

Mana pejuang-pejuang Melayu UMNO PAS? Suarakanlah bantahan. Kenapa membisu? Komunis MCA sudah berjaya genggam dan pecahkan telur Melayu-melayu UMNO PAS ye?




KALAU DIA ADA DALAM PH PUN...AKAN KALAH JUGA

Dia dari parti mana nak pilih pengganti? Tak ada parti dan ditolak parti yang beliau tubuhkan sendiri.Hinanya manusia bila diperlakukan begitu dan   memalukan bukan ?

Tahniah TSMY.Dalam banyak banyak orang dalam politik, anda bijak kenakan si dia..ajar cukup cukup supaya generasi baru kenal kenapa dipanggil mahazalim dan mahafiraun.

Jangan beri peluang beliau berjaya...ingat ,kalau dia berjaya, dia akan balas dendam dan bukan untuk rakyat.Elok berpakat dengan orang yang sepatutnya .,..matlamat dia nak balas dendam.Jangan leka dan diarkan dia mencatur politik negara ikut suka hati.


DUA DUA EKOQ SAMA

Angkat martabat sistem pondok, ‘ustaz jari tengah’ pesan Mokhtar usah terpedaya

Angkat martabat sistem pondok, ‘ustaz jari tengah’ pesan Mokhtar usah terpedaya


MD


Terus mempertahankan ulama Pas, Mokhtar Senik, penceramah yang dikenali umum sebagai ‘ustaz jari tengah’ berpesan agar tumpuan untuk memartabatkan institusi pondok tidak terjejas.
Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin berkata, Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tetap meneruskan langkah walaupun ditabur fitnah oleh pengguna Facebook, Alexander Pittsuwan Thomprason.
“Dalam pertemuan saya dengan Ustaz Mokhtar Senik, saya ada berpesan kepada beliau bahawa jangan terpedaya dengan permainan mereka sehingga terjejas misi yang sedang kita rancangkan dalam perjuangan kita mengangkat martabat sistem pondok.
“Sebab itulah Ustaz Mokhtar Senik meneruskan langkahnya walaupun taburan fitnah sedang rancak ditabur oleh individu yang masih diragui status agamanya,” katanya dalam hantaran di Facebook anak bekas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad itu.
Kelmarin, Ustaz Ahmad Husam mempersoal status agama Alexander Pittsuwan Thomprason yang sebelum itu membongkarkan skandal berkaitan Mokhtar dengan individu menyamar dikenali sebagai Leena.
Ustaz Ahmad Husam juga didengar mengeluarkan kata kesat ketika mempertahankan Mokhtar dalam dalam siaran Facebook (FB) Live itu dengan menyebut haram jadah dan but** pak hang.
Presiden AMANAH
Mengulas lanjut, Ustaz Ahmad Husam mendakwa misi dan visi yang sedang digalas oleh Mokhtar sangat besar iaitu menyatukan semua pondok pengajian Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di bawah satu bumbung dan merancang agar institusi pendidikan itu terus mekar dan subur.
Sehubungan itu, Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia tersebut berkata, pejuang Islam sepertinya wajib bangkit menentang golongan penabur fitnah.
Malah, Ustaz Ahmad Husam pernah menunjukkan jari tengah ketika berceramah dalam Masjid Permatang Berangan di Sungai Petani pada 2015 dilihat tiba-tiba mengheret nama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
“Sebab itulah wahai pejuang Islam, kita wajib bangkit dan tentang golongan penabur politik fitnah ini.
“Jika mereka benar ingin menegakkan kebenaran mari kita buka fail siasatan di atas kes Ustaz Mokhtar Senik Dan Presiden AMANAH.
“Saya rasa wajib juga kita menyucikan imej Presiden AMANAH daripada terpalit dengan isu Zaza. Ada bran (berani)?” tempelaknya lagi.
Minggu lalu, gambar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire lengkap tertera nombor pendaftaran serta nombor telefon yang dikaitkan dengan Mokhtar tular di media sosial.
Pemilik Pondok Annur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu mendakwa nombor telefonnya telah digunakan pihak lain tanpa sedar.

Blog Archive

My Blog List

Followers