UCAPAN DARI RAFIZI RAMLI


Selamat hari raya kepada semua.

Ini mungkin hari raya yang paling berbeza kita pernah lalui, tetapi kita selalunya berjaya menyesuaikan diri dengan cepat.

Setiap yang berlaku yang dikira susah pada hari ini, sebenarnya membina kekuatan dan ketahanan di masa akan datang.

Kita tidak tahu bagaimana buruk dan panjang keadaan ini akan berlanjutan. Kalau pun vaksin berjaya ditemui, ia akan mengambil masa yang panjang untuk sampai kepada semua.

Kemungkinan besar ekonomi akan mengambil masa yang panjang untuk pulih. Jumlah orang muda yang tidak mempunyai pekerjaan juga akan terus meningkat.

Usaha saya akan terus bertumpu kepada soal membantu yang muda mencari pekerjaan, membantu syarikat kecil mencari pekerja dengan lebih mudah dan membantu orang ramai mula berniaga secara kecil-kecilan.

Sebahagian dari jawapan kepada masalah-masalah ini bergantung kepada teknologi yang kita bangunkan.

Saya berdoa setiap dari kita diberikan ketenangan dan kebahagiaan untuk bersama-sama mereka yang tersayang di hari raya ini dan hari-hari yang mendatang.

Setiap yang berlaku, walau nampak tidak adil kepada kita hari ini, membuka pintu agar kita menjadi lebih kuat selepas ini, jika hanya kita belajar dari pengalaman yang tidak adil itu.

Selamat hari raya Aidilfitri.



No comments: