PERJUANGAN YANG BERBEZA


Man Toba



PH nak tumbangkan PN adalah demi rakyat dan negara.

Manakala Tun M pula nak tumbangkan muhyidin adalah demi dendam peribadi beliau.

Walaupun pihak yang mahu ditumbangkan tu hampir sama, tapi tetap tidak serupa..

Demi mencapai dendam, Tun akan sanggup buat apa sahaja, tidak mustahil beliau akan bersetuju menubuhkan kerajaan walau apa jua syaratnya asalkan muhyidin jatuh..

walaupun syaratnya adalah meninggalkan satu atau dua parti komponen PH, bergantung pada jumlah kerusi, samada meninggalkan DAP atau AMANAH atau KEADILAN.. sebab tujuan utama beliau bukanlah mahu tubuh kerajaan bersama PH tetapi hanya mahu balas dendam terhadap muhyidin..

Maka jika Tun M jadi PM, agenda rakyat bukanlah keutamaan beliau, jika PH bersama dalam kerajaan pun PH tetap punyai kekangan untuk melaksanakan agenda reforms mahupun menunaikan manifesto PH..

LGE sudah mendedahkan pada February 2020 bahawa Tun M sebenarnya tidak mahu laksanakan manifesto PH ketika beliau jadi PM dalam kerajaan PH.

PH disabotaj dari dalam ketika jadi kerajaan 22 bulan, baru² ini pun sudah didedahkan bahawa Tun mengarahkan supaya orang²nya melakukan sesuatu supaya rakyat hilang keyakinan kepada DAP.

Jika PH mahu melaksanakan agenda reforms dalam sistem negara, mahu bantu rakyat, membiarkan Tun M jadi PM sekali lagi bukanlah jalannya..

Apakah PH tidak sedar lagi, Tun M menjadi PM selama 22 bulan dalam kerajaan PH, menjadikan PH tidak popular di kalangan rakyat ketika itu, kerana rakyat tidak melihat PH menjadi seperti apa yang diharapkan kerana tumpuan Tun M pada ketika itu bukanlah mahu menjayakan manifesto PH.

Aku harap, PH belajar dari kesilapan..

No comments: