PERIKATAN NASIONAL SEMAKIN MIRIP BARISAN NASIONAL






Amirudin pula ialah Senior Vice Presiden (Pelaburan), Malaysia Venture Capital Management Bhd, selain menjadi Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat. Terdahulu, bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Dato' A. Kadir Jasin mempertikaikan perlantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia Bhd. Kadir dalam tulisan di blognya 'The Scribe' berkata, Abdul Wahid berjasa dengan bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib. "Maaf cakaplah kalau saya kata bahawa kerana 'jasa' kepada Mohd Najib itulah maka Abdul Wahid mungkin tidak layak diberi tugas dan kepercayaan untuk mengepalai Bursa Malaysia," tegas Ahli Majlis Pimpinan BERSATU itu. Menurut beliau, "Abdul Wahid adalah antara ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang meluluskan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd.




No comments: