MAAF SAYA TERPAKSA BERKATA..


SARIDAH SH ABDULLAH

Jika TM diangkat sebagai PM untuk kali ke 3, DSAI adalah orang yang saya salahkan KERANA membiarkan usaha semua penyokong DSAI melihat piala dijulang TM.

Malaysiakini - Kerajaan hari ini tidak sah, tegas Mahathir dan AnwarPemimpin Bersatu perlu berjiwa besar satukan parti
Musa Hitam letak jawatan kerana didakwa cuba guling Dr M | Free ...Peribadi Dr Mahathir Mohamad: BIODATA ALLAHYARHAM TUN GHAFFAR BABA

Saya tak tahu yang lain, tapi saya dah letih. Setiap kali kami memberi sokongan dan sorakan semangat kepada DSAI yang hampir ke garisan penamat, DSAI akan slow down beri kemenangan kepada lawan.

DSAI if you wanna be a hero, do it alone, we Malaysians need a Saviour. Terima kasih kerana membuka jalan reformasi dan memperkenalkan kepada kami, Namun jika DSAI tidak berupaya meneruskan, kami dan generasi kami akan teruskan perjalanan.

Saya berdoa agar ia khabar angin sahaja, dan DSAI tidak akan mudah patah kerana terlalu berlembut dengan si Mahatua. Sedarlah DSAI, TM seorang yang sombong dengan Tuhannya. Tidak pernah kesal dan insaf atas segala kesilapannya. DSAI akan menjadi penyumbang kepada kelangsungan kerosakan yang akan dilakukan selagi hayat TM dikandung badan, jika DSAI memberi peluang kepada TM walau bersyarat, walau ditandatangani dengan darahnya sekalipun.

Cukuplah setiap kali dia tertawa dari pandangan matanya dan mencemuh dengan senyuman sinisnya.

Jika DSAI benar-benar mau membantu rakyat dan selamatkan Malaysia, JANGAN sekali-kali mengalah dengan Mahathir WALAUAPAPUN alasannya!

P/S Tolong ingat doa dan pesanan Ustaz Fadhil Nor sahabat baik DSAI, apakah DSAI ingin melihat Mahathir hidup lama melihat kerosakannya tanpa insaf?


No comments: