LAGI ISU BALAK KEDAH


Isu balak kedah!!
Siri 3

Memetik dari laporan dari PAS Kawasan Sik mengatakan penulisan saya adalah satu fitnah, ingin sekali sy perjelaskan dan menyatakan pendirian saya bahawa semua penulisan itu berlandas fakta jelas.

Selaku aktivis yang acap kali menaikkan isu isu balak kedah sebelum ini bermula dari perjuangan saya dalam politik PAS. Isu balak adalah satu isu besar yang harus diketengahkan untuk pengetahuan rakyat kerana ianya satu sumber pendapatan negeri yang harus diperjelaskan dengan terperinci .



Isu balak tidak boleh ditulis sesuka hati tanpa fakta jelas .Penulisan saya berkenaan isu balak kedah membuatkan PAS gelisah dan tidak senang duduk dan cuba mencari jalan untuk menghentikan penulisan saya.

Ingin sy perjelaskan disini bahawa, berdasarkan perangkaan tahun 2017, keluasan kawasan berhutan dinegeri kedah adalah kira kira 342,431 hektar.Daripada jumlah tersebut, kawasan berhutan berstatus HSK adalah seluas 341,976 hekyar atau 36% sahaja daripada keluasan tanah negeri manakala selebihnya iaitu kira 455 hektar masih berstatus tanah kerajaan.

Perjuangan kami semenjak dari dahulu tanpa mengira sesiapa yang memerintah ialah dengan menyarankan pihak berkuasa Negeri mengekalkan keluadan kawasan berhutan terutama kawasan HSK sedia ada agar selari dan mematuhi pengekalan 50% keluasan tanah negara diliputi hutan.

Selain itu , dasar perhutanan negara 1978 ( pindaan 1992) iaitu mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan bagi pengeluaran dan perkhidmatan hutan yang berterusan.

PAS kawasan Sik melalui saudara MB kedah Sanusi iaitu Ustaz Subky seperti terancam dengan penulisan dan pengalaman saya dalam menaikkan isu isu balak bermula dari zaman Pemerintahan Arwah Ustaz Azizan sebagai MB.

Antara faktor utama yang menyebabkan mereka rasa terancam

*1. Takut kehilangan sokongan ahli PAS*

*2.Bagi menjaga nama baik MB Kedah yang baru iaitu Sdr Sanusi yang umumnya banyak terpalit dengan isu balak sebelum sebelum ini*

*3.Bagi menjaga nama baik PAS supaya tidak dipandang serong oleh rakyat Negeri Kedah*

*4.Untuk menghentikan saya menulis berkenaan isu balak*

Ini adalah faktor utama laporan mengatakan penulisan saya mengfitnah mereka. Umumnya kita ketahui taktik PAS dalam pencaturan politik untuk menunjukkan mereka tidak pernah membuat sebarang kesilapan dalam apa jua keadaan termasuklak isu balak.

Kebanyakan , setiap perkara yang betul mereka akan menangkis dengan mengatakan fitnah. Selama saya menulis isu balak semenjak 10 tahun yang lalu, kebanyakan mereka PAS tidak berani menyatakan apa apa kenyataan walaupun perkara sama sentiasa ditulis. Tetapi setelah isu balak ini menjadi isu panas di kedah dipimpin oleh Sdr Sanusi , mereka merasakan satu ancaman dari segi penulisan isu balak oleh saya.

Setiap penulisan selalunya saya akan berhati hati dengan berpandukan Akta Komunikasi & Multimedia (AKM) yang boleh disabitkan kesalahan dan boleh DIDENDA sehingga RM50K, atau DIPENJARA sehingga SETAHUN, atau kedua2nya.Saya tidak buta undang undang.

Oleh sebab itu, isu balak yang ditulis oleh saya merangkumi masa pemerintahan PAS dan UMNO negeri Kedah termasuk pemerintahan PH ianya merujuk pada isu isu penting dengan fakta jelas.Kenapa MB kedah sekarang rasa terancam ? Kenapa sentiasa kata semua tulisan netizen adalah fitnah ?

Jika MB kedah Sanusi berani dan telus, sila dedahkan kelulusan konsesi balak dari zaman Ustaz Azizan , Mat Bashah dan Mukhriz?

*1. Syarikat mana yang mendapat tender balak ?*

*2.Siapa dalang utama menjadi broker balak ?*

*3.Berapa pembayaran kepada kerajaan negeri yang sepatutnya dapat ?*

*4.Siapa yang menyeleweng kelulusan balak dari zaman ustaz azizan dan dizaman Mat Bashah ?*

Adakah sanusi berani mendedahkan mengikut saluran undang2 setelah menjadi MB ?

Mengikut akta komunikasi, jika penulisan saya adalah satu fitnah, sila bawa ke mahkamah dan kita bongkarkan bersama2 siapa dalang utama yang mengambil keuntungan balak negeri kedah. Biar rakyat kedah tahu bahawa penyelewengan balak ini sudah lama berlaku bukan sahaja dizaman PAS tetapi dizaman zaman pemerintahan sebelumnya.

Adakah sanusi berani membuka fail lama berkenaan kelulusan pembalakan dari pemerintahan yang sebelum ini?

Mungkin sdr Sanusi lupa bahawa, perjuangan rakyat mendesak untuk pihak Berkuasa Negeri komited bagi memastikan kawasan berhutan dan kawasan semulajadi darat di negeri Kedah terpelihara, Pihak Berkuasa Negeri perlu juga mengambil maklum dan tindakan:-

1. Mengganti semula kawasan HSK yang telah dimansuh mengikut Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Perhutanan 1985 dan menyatakan kawasan yang diganti;

2.Meminda peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan pengeluaran (pemansuhan) kawasan tanah daripada HSK. Tujuan pindaan adalah supaya apabila Pihak Berkuasa Negeri hendak memansuhkan status tanah daripada HSK perlu terlebih dahulu diadakan penglibatan awam sebagaimana yang dilaksanakan di negeri Selangor;

3.Bersungguh-sungguh menangani isu pencerobohan dan penorakaan haram kawasan HSK dan mengambil tindakan peguatkuasaan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Sebagai contoh, isu pencerobohan dan penorakaan haram di Hutan Simpan Bukit Malut, Pulau Langkawi;

4.Mewartakan semua kawasan yang dikategori sebagai KSAS Tahap 1 dan Kawasan Rangkaian Ekologi 'CFS' 'Primary Linkage' dan 'Secondary Linkage' sebagai kawasan perlindungan.

5.Memohon pampasan kepada Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Negeri akan kekurangan hasil disebabkan tidak membenarkan kegiatan pembalakan di kawasan gugusan hutan Ulu Muda

6. Tidak akan meluluskan semula permohonan yang telah dibatalkan

Ini diantara saranan supaya Pihak Berkuasa Negeri boleh mempertingkatkan komitmen menguruskan sumber hutan dan kawasan semulajadi darat secara lestari dan mampan.

Sepatutnya YAB Menteri Besar Kedah Sdr Sanusi menjawab semula penulisan dan tuduhan dengan berfakta , bukan menyalahkan netizen dengan mengatakan semua penulisan adalah fitnah bagi menjaga kedudukan.

*Leman Raja Lawan*
Mantan Pengarah BIRO Tanah, Pertanian dan luar Bandar Amanah Negeri Kedah
Mantan Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik.



No comments: