*MALAYSIA BERDEPAN DENGAN KERAJAAN YANG RAPUH*




Kerajaan PN bakal runtuh, PAS dan UMNO atau Muafakat Nasional (MN) bersama PN hanya kerana jawatan dan kuasa setealah kalah pada PRU 14. Pelbagai tekanan kepada TSMY di buat demi memenuhi nafsu mereka.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang di harapkan tak kesampaian. Malah jawatan Menteri kanan di penuhi oleh PPBM dan UMNO cuma satu saja.

UMNO paling kecewa kerana Presiden dan Timbalan Presidennya tidak ada dalam kabinet. Malah dalam jawatan Menteri, PPBM melebihi UMNO.

Seperti dalam surat Hj Hadi pada negara negara arab, Hj Hadi menyatakan dengan jelas PAS di janjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Agama.

Sudah tentu PAS begitu kecewa kerana jawatan tersebut tidak di perolehi tanpa sebarang jawatan menteri kanan.

Di fahamkan semua jawatan menteri kanan dan menteri adalah cadangan Azmin Ali pada TSMY. Ini adalah sebab utama mengapa Azmin Ali menjadi sasaran pemimpin pemimpin UMNO.

April 21, 2020 – Halaman 2 – INFO TERKINI POLITIK, SOSIAL DAN ...


Sejak akhir akhir ini pemimpin pemimpin UMNO dengan jelas membuat kenyataan yang mereka tidak mengiktiraf Kerajaan PN yang tidak pernah mendaftar dengan ROS. Malah mereka lebih mengiktiraf BN dan Muafakat Nasional (MN) walapun MN juga tidak pernah berdaftar.

Sudah menjadi kepastian UMNO & PAS tidak akan bersama PN untuk menghadapi PRU 15 di mana mereka lebih yakin boleh memenangi PRU melalui MN.

Seandainya kerajaan PN kelal sehingga PRU 15, dengan ketiadaan UMNO & PAS, maka PPBM akan bersendirian. Umum juga tahu kemenangan calun Bersatu pada PRU 14 banyak di sokong oleh jentera PKR dan DAP. Malah Amanah banyak mengorbankan kerusi mereka untuk di beri pada Bersatu.

Mampukah PPBM bersendirian menghadapi lawan yang besar seperti PH dan MN. Adakah 13 Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke PPBM akan kekal dan terpaksa melawan MN dan PH sedangkan dulu mereka mereka ni menang atas tiket BN.



Begitu juga dengan kumpulan 11 orang yg keluar PKR, adakah mereka mendapat tempat dalam PPBM dan di beri ruang untuk bertanding di tempat yang sama. Jika di beri peluang pun adakah mereka boleh menang sedangkan undi yg di perolehi pada PRU 14 adalah dari rakyat yang menyokong PH. Dalam masa sama mereka akan berdepan dengan MN & PH.

Jelas sekarang kalau PPBM terus bersama dengan PN sehingga PRU 15, PPBM akan menghadapi PRU bersendirian dan berisiko tinggi akan kalah adalah besar.

Secara jelas kerjaan PN sekarang tidak begitu harmoni dan boleh diibaratkan retak mencari belah. Adakah rakyat masih mengharapkan kerajaan yang tidak ada kesefahaman ini mentadbir Malaysia untuk tempoh 3 tahun yang akan datang.

Persoalan sekarang adakah PPBM yang paling berkuasa dalam PN hanya akan tinggal nama selepas PRU 15. Dalam masa yang sama adakah PAS & UMNO atau MN akan membiarkan PPBM berkuasa dalam PN sehingga PRU 15.



No comments: