KINI TUHAN DAH TUNJUK



Satu persatu Allah tunjukan Kebenaran.. Kata Tuan Ibrahim, Kenapa perlu bawa maksud bahasa Inggeris kepada Melayu dengan maksud MEWA ?

Respon pemimpin dan ahli parlimen DAP.. Mengapa pula elok elok kementerian Alam Sekitar guna bahasa Malaysia ditukar kepada bahasa Inggeris ? Bukan kah PAS dan kelompok bani Melayu mahu mendaulatkan Bangsa dan bahasa Melayu ? jadi yg khianat bahasa Melayu ni DAP atau PAS ?

Nampak tak wajah sebenar depa.. bagi mereka, Semuanya halal.. Bagi DAP dan PH semuanya haram! begitu juga penggunaan poster kementerian dlam bahasa Mandarin dan Tamil oleh pemimpin MCA dan MIC..Tetapi Isu yang sama digunakan sebagai alat dan Politik PAS main kan sentimen kaum dan Agama,,

Lagi teruk Kata Tuan Ibrahim, Kenapa perlu terjemah perkataan Inggeris kepada Melayu ? Apakah PAS lupa.. Sebelum ni Ulama dan pemimpin PAS lah yang terjemahkan kata PAN kepada FAN ? pertama Parti Amanah tak pernah menisbahkan partinya Sebagai PAN,tetapi sebagai Amanah.. Tetapi Pemimpin dan Ulama PAS nisbahkan Amanah sebagai PAN dan diterjemah sebagai Kuali dalam bahasa Inggeris..

Dan lagi teruk ada Ulama PAS dalam muktamar menggunakan lafaz Fan dalam bahasa Arab sebagai Binasa..Ketika dia mengungkapkan kata Fan itulah datang ribut membadai Khemah khemah Muktamar PAS..dah hari ini Ulama tersebut pun dah meninggal Dunia..

Apa pun..Allah sedang menzahirkan kepada kita tipu daya mereka..kononnya mahu mempertahankan Bangsa dan bahasa Melayu..Sedangkan mereka sendiri yang khianat pada bahasa Melayu.. Umapamanya Kerajaan negeri Kelantan,Tanah Tinggi Lojing dijenamakan sebagai Lojing Highland..

Tapi tu lah PAS.. Nasib baik penyokong dan Ulama PH tak gunakan singkatan betul PAS Parti Islam semalaysia sebenarnya sebagai PIS... kalau tak.. yang betul Kencing itu parti UMNO dan PAS.. Bukan PH... hari ini apa slogan jahat depa kencing Rakyat,akhirnya ianya berbalik kepada mereka...  :)

Ipohmali

No comments: